Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...

Semasa entry ni ditulis, aku baru habis kuliah Bahasa Melayu Pentaksiran. Kuliah bermula jam 3.00 sehingga jam 5.00 petang tadi. Sebelum mula kuliah, aku dan beberapa rakan kena sound baik punyer dengan pensyarah tersebut sebab lambat 5 minit. “Mentaliti kelas ketiga!!!!”. Peh, menusuk jiwa raga aku betul masa kena sound tu. Huk3! Bila sebut lambat atau tidak menepati masa, ni la budaya orang kita termasuk aku walaupun aku buat cuma kadang-kadang jek. Haktuih la ko Ayisy! Heh!

Tapi serius, tadi aku lambat ke kuliah disebabkan hujan tiba-tiba turun. Aku dah keluar bilik 10 minit awal dan bila sampai jek kat parking motor, hujan mencurah turun. Bila tengok jam dah menunjukkan pukul 3.05, hujan masih renyai-renyai tapi aku tetap rempit jugak pergi kuliah. Bila pensyarah sound, aku diam jek malas nak berdebat sebab aku tahu itu salah aku walaupun aku ada alasan yang sungguh munasabah. Tak baik lawan cakap guru kita ye tak. Dan yang penting, setiap butir kata yang keluar daripada mulut pensyarah itu perlu aku jadikan pengajaran supaya tidak berlaku kes seperti tadi ni. Peace!

Sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal aku lambat ke kuliah. Tetapi ada satu perkara yang menarik perhatian aku hari ni iaitu apakah bezanya antara silap dan salah. Well, masa tengah khusyuk mendengar pensyarah beri kuliah, tiba-tiba dia bercakap mengenai apa itu silap dan salah. Sekali dengar kedua-dua perkataan ni pasti kita akan mengatakan bahawa maksudnya adalah sama.Tapi sebenarnya tidak. Perkataan silap membawa pengertian yang berbeza dengan perkataan salah. Situasi aku lambat datang ke kuliah tadi adalah satu kesalahan tetapi bukan kesilapan aku. Heh! Faham tak? Takper, aku terangkan eh. Kita ke part seterusnya...

'Silap', pensyarah aku kata perbuatan yang tidak disengajakan manakala 'salah' perbuatan yang kita sengajakan. Macam aku, datang lambat ke kuliah sebab hujan dan dengan sengajanya aku tunggu sampai hujan berhenti baru nak pergi padahal kalau rempit dengan EX5 pada kelajuan 100kmj kompom cuma basah-basah sikit jek. Ekeke..! Tapi andai kata semasa aku rempit ke kuliah kemudian tiba-tiba enjin motor meletup lalu aku terbabas masuk ke dalam longkang, itu lain cerita. Disebabkan kemalangan itu aku masuk kuliah lambat 5 minit, ia dikira kesilapan sebab tak sengaja. Orait, faham? Ataupun contoh senang, aku dapat maklumat mengatakan kuliah mula jam 3.30 petang padahal mula jam 3.00 petang. Jadi aku masuk kuliah jam 3.30 petang, lewat setengah jam. Tu dikira kesilapan. Heh!

Kenapalah kau takder bumbung EX5. Kalau ada bumbung kang senang. Taklah aku lambat masuk kuliah bila hujan. Adehh...

Jadi kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, mak-mak, jadikanlah kesalahan yang kita lakukan dahulu sebagai satu iktibar agar tidak diulangi di kemudian hari. Kesilapan yang kita terlanjur buat pula dijadikan pengajaran agar tidak berulang kembali. Macam aku, lain kali kalau hujan kau redah jek Ayisy janji tak lewat masuk kuliah. Takpun apa susah, beli la kereta sebuah macam Deqna tu baru tak kena hujan. Heee…! Sampai bila ko asik nak rempit dengan motor legend tu. Haih…!

Kepada Si dia, Ayisy akui banyak kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan sepanjang perkenalan kita. Mohon dimaafkan segala kesalahan dan kesilapan yang telah berlaku. Kalau boleh, Ayisy nak jek tulis kat blog ni tapi rasanya biarlah ianya berlalu dalam diam....

*gambar aku ambil dari brainygamer.com dan flickr.com

Comments

Deqna said…
ayisy,

ko taching x mse kne marah???


*correction,Deqna x bli lg Viva..
still dlm perancangan ..tunggu lampu ijau mak dlu..nty ak dah ade kete,aku bawak ko n azri n sape2 pi pusing 1 batu Pahat..

InsyaAllah..

;)))))))
Admin said…
si dia = miss J????
hmmm..

yep, mnrik gak sal slah n slap nie..
mle2 xtw gak ad beza, sek bek cik asi gtw,
hehe..

hmm ingt yew kngkwan, 'SILAP' tue wlw xdsngajakan, bila berulang kali t'jd, maka bertukarlah kata 'SILAP' tue kpd 'SALAH'.. hehe
Admin said…
This comment has been removed by the author.
Fairuz Selamat said…
betol.. silap sesuatu yg tak disengajakan.. hahaahah...
tp kewl jek dude....

fairuz pun mcm menjadi kebisaan.. kelas kul11... 10.45 bru mandi.. hahaaha...

mentaliti tu masih di tahap pertama.. tapi attitude tu didominasi pengaruh suasana minda tahap ke3.. ahahah
Fairuz Selamat said…
betol.. silap sesuatu yg tak disengajakan.. hahaahah...
tp kewl jek dude....

fairuz pun mcm menjadi kebisaan.. kelas kul11... 10.45 bru mandi.. hahaaha...

mentaliti tu masih di tahap pertama.. tapi attitude tu didominasi pengaruh suasana minda tahap ke3.. ahahah
ayisy said…
Taching beb! Sob3!!! Oh, aku ngatkan kau dah beli. Orait Deqna, bawak aku pegi men boling kat BP Mall. Kau belanja. Huuuhuuuu!

Si Dia=Miss J, a'ah...taching lagi.. sob3!!!

Hak3! Betul tu bro Fairuz. Biar lambat mandi asal jgn tak mandi. Hahaha..
aZRi aZLaN said…
wah, aku suka. nak tau dgn mendalam tapi takda ajar kat u aku. sedih weh...

ko untung...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???