Spyware Doctor Starter Version.



Tak nak banyak cakap, cuma nak kongsi satu software yang aku rasa mampu membantu korang menangani gejala spyware di laptop masing-masing. Jangan cakap korang dah pakai Antivirus boleh selamat daripada suku-sakat spyware. Dulu aku sendiri memandang remeh terhadap spyware dan Alhamdulillah satu hari tu aku kepingin nak mencuba apa itu Antispyware. Cari punyer cari mak aih takder yang percuma. Semua perlu dibeli walaupun versi crack ada tapi aku malas menggunakannya. Tapi korang jangan risau! Korang masih boleh mendapatkan Antispyware yang berbayar secara percuma. Wow! Serius wey! Mari kita ucapkan ribuan terima kasih kepada Google kerana dengan menggunakan Google Pack, korang semua boleh mendapatkan software berbayar bernama Spyware Doctor secara percuma. Yeh!


Software Spyware Doctor ni kalau korang beli harganya dalam USD29.95 bersamaan lebih kurang RM95++. Mahal tu... Orait, nak tau camne nak dapatkan Spyware Doctor versi percuma? Mula-mula korang pergi website ni http://www.pctools.com/spyware-doctor/google_pack/#download. Kemudian tekan button download kat bawah sekali tu. Selain daripada korang dapat Spyware Doctor secara percuma, korang jugak boleh mendapatkan software percuma lain seperti Google Earth, Google Dekstop, Norton Security Scan, Real Player dan sebagainya. Masyuk!!!

Picit button 'Start Free Download Now!' untuk memuat turun Spyware Doctor Starter Version.

Selain Spyware Doctor, korang boleh ambil software lain yang berkenan di hati.

Ok, ni pendapat aku tentang Spyware Doctor. Antispyware ni memang smart, ringan dan berkesan. Seronok tengok dia tangkap spyware yang berkeliaran di dalam laptop aku. Sebelum aku guna Spyware Doctor ni, antivirus aku tak dapat detect spyware-spyware ni. Hampeh tol! Lepas guna Spyware Doctor, barula aku tahu banyak spyware menyekodeng laptop aku. Haktuih! Korang bila lagi nak cuba? Takkan guna Antispyware Crack/Pirate kot... Yang berbayar tapi percuma dah ada, ambil la. Malu-malu kucing plak. Lempang nak? Bak kata kawan aku, Hafiz. Heh!

*Spyware Doctor percuma ini adalah versi Starter Version sahaja. Ia hanya menawarkan fungsi asas tetapi sudah cukup untuk menangkap spyware di laptop anda. Jangan biarkan laptop anda diskodeng spyware!!! Ayokk tak tau! Takot tak? Ekekeke...
*pastikan korang sudah mempunyai software Google Updater, kalau takder takper. Ikut jek arahan kat website tu nanti. :)

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???