Friday, 21 August 2009

Kami Melakukan Vandalisme Di Sekolah! Muahahaha!



Kimie : Ayisy, ko buat apa tu?
Ayisy : Gua rasa cam tak yakin jek dengan ketulenan besi ni. Kuat ke?
Kimie : Kuat punyer, besi K.Lipis mari bai. Ambik dari rumah Dato Siti Nurhaliza.

Rilex, sebenarnya kami (Ayisy, Shafiq, Kimie, Fareez, Han dan Afiq) cuma menconteng dinding dengan penuh kesenian dan kecantikan. Heh! Semalam masa PBS kat SK Wan Ibrahim, Kuala Lipis kami dan kakak KPLI telah diberikan lesen untuk melakukan vandalisme secara profesional. Mural. Satu perkataan yang aku rasa korang dah faham bila mendengarnya. Oh yeh! Ni lah kali pertama aku buat mural. Hah! Pe kono den dah besar panjang tak pernah buat mural.


Ayisy : Han, aweks IPKB kat bawah! Comel seh!
Han : Mana-mana?

Kami melukis mural bukanlah di dinding tepi kelas, tangga ataupun di kaki lima. Yang kami lakukan jauh lebih tragik iaitu melukis mural di dinding bangunan tingkat dua. Iyer! Tingkat dua. Ceh, kalau buruh binaan dengar kompom kena nganjing sebab diaorang dah biasa dengan ketinggian tersebut. Ekeke... Sebenarnya, gigil gak kaki masa naik stand nak panjat ke dinding tu. Bila aku naik jek, mula rasa macam-macam. Lutut longgar, ketar-ketar, rasa goyang-goyang. Tak sampai 15 minit aku buat mural, tiba-tiba perut aku rasa len macam. Sah nak ter*&^&*. Cam syiaall jek keadaan tu. Dah la susah nak naik, nak turun lagi la malaun.


Cikgu Amir : Kerja, kerja.
Ayisy : Ekekeke.. Dah macam buruh binaan dua orang nih.
Han dan Afiq : Kuterima semua ini, sudah menjadi takdir Ilahi.... Sob3!

'Syabas! Kerana Anda Hadir Ke Sekolah Hari Ini'. Camtu la ayat yang kami buat kat dinding tu. Heh! Kalau korang la yang jadi anak murid, korang rasa bangga tak apabila datang ke sekolah tiba-tiba diucapkan syabas sebab datang ke sekolah? Hihihi...


Han : Siot budak tiga ekor yang lain tu, curi tulang tol.
Fareez : Bukanlah, diaorang pergi usha aweks PBS kat library.
Afiq : Yeke? Patutla aku usha aweks tu jual mahal, rupanyer diaorang dah usha. Sh*t!

Pengalaman yang aku dapat daripada aktiviti ini ialah merasai nikmat keseronokan seperti seorang buruh binaan sedang membuat bangunan. Ya pak, cat warna biru mahu ditaruk huruf mana pak? Ok dah, apa yang penting hasil kerja kami dapat dilihat oleh seluruh penduduk Kuala Lipis jika melalui SK Wan Ibrahim. Cara? Hahahaha... Kerek...kerek...dan kerek lagi...! Lepas ni kalau pergi Kuala Lipis, kompom aku merendahkan kelajuan motor di hadapan SK Wan Ibrahim kerana ingin menyaksikan lukisan mural tersebut. Mural yang penuh dengan keegoan, kekerekan, kesensasian sekumpulan guru pelatih dari IPGMKTAA.

9 comments:

noor afzan said...

vandalisme bermural takpe la bro..

giler arg..balik tarawih trus layan blogwalking..
tegar betul..

ALiE said...

ohhh..
feeling sbe kedua macam buruh binaa..
mmg menambah pengalaman r sbe kali n kan.

fiD said...

tapi ko lupe. ko pena melakukan vandalisme kat ostel dulu,, huuhuhuh ...

Nur Hidayah said...

hahaha..
da kne wt mural ker..
ak relax jer..
pbs or pengalaman berseronok seminggu..haha..dtg tepat kul 7.30 blik kul 11..

ayisy said...

hehehe.. vandalisme yg dihalalkan.. feel macam buruh binaan seronok weh.. hihihi... eh, aku pernah buat vandalisme kat sdbl ke? cam takder jek. hahaha.. PBS=pengalaman berseronok seminggu? Hak3!

norashikin rahmat said...

nice!

ayisy said...

thanks! :)

FiNa said...

ahahaha.. tegolek-golek aku bace...

How To Play Blackjacks said...

Matchless theme, it is interesting to me :)