Keretapi Tanah Melayu...Ubahlah Sikap Kau.

Sekadar gambar hiasan. Ini bukanlah KTM, jauh sekali kalau nak dibandingkan.

I hate Keretapi Tanah Melayu! Fuhhh kanan fuhhh kiri! Tuih! Sedih nak cerita ni. Geram pun ada. Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku nak tanya satu soalan pada korang. "Adakah anda berasa kecewa dengan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu?". Kalau ada, celet ibu jari dengan aku. Yah!

Ni lah yang dikatakan minda kelas ketiga yang disebutkan oleh pensyarah aku. Janji Melayu tidak pernah menepati masa. Janji Jawa? Ekeke! Korang boleh bayangkan tak masa nak beli tiket keretapi tu, dengan jumlah orang berbaris cuma 4-5 orang tetapi mengambil masa hampir 35 minit. Membazir masa aku 35 minit! Dari jam 10.00 malam sehingga jam 10.35 baru aku dapat beli tiket. Yang menjelikkan aku adalah jumlah orang yang berbaris nak beli tu cuma 4-5 orang jek mak cik oii. What The Hekk kena berbaris sampai 35 minit? Kalau 10-20 orang yang berbaris?

Masalah pertama sebab lambat adalah kerana ada 2-3 pelanggan sibuk nak tukar tiket. Yang pekerja jual tiket boleh pulak kalut sebab tak berapa pandai menggunakan sistem tiket berkomputer tu. Tekan sana sini tapi tiket tak boleh tukar. Siap boleh panggil member settlekan. Ya Allah... Member dia pun tak boleh settle. Last-last dekat 20 minit baru settle. Korang tau camne dia settle kan? Sebenarnya dia cuma perlu tekan key BATAL kat komputer tu jek tapi dia tak tau kalau nak tukar tiket kena tekan key BATALkan tiket terdahulu. Walawehhhh.... Encik KTM oii, ko pergilah hantar pekerja KTM ke kursus ICT sebelum bekerja. Bagi bijak sikit pekerja tu. Pengajarannya, sebelum melangkah alam pekerjaaan kita kena penuhkan ilmu di dalam kepala hotak. Haih!

Masalah kedua ko ni KTM pergilah tukar sistem komputer tu. Dah uzur bebenor aku tengok. Ada ke masa tengah nak print tiket aku, printer tu jam. Pastu orang KTM tu boleh pulak shut down komputer dan ON balik. Waduh-waduh, rasa macam nak ternangis plak melihat keadaan ini. Tapi akhirnya selamat jugak proses jual beli tiket aku tu. Orang KTM tu kata bulan Januari 2010 diaorang nak tukar sistem komputer baru. Baguslah kalau camtu. Beli komputer yang ada kad grafik yer bagi laju sikit masa proses tiket tu. Walau apapun, aku tetap respek dengan pekerja KTM tu walaupun tengah kalut tapi tetap sempat buat lawak dan memberi senyuman manis kepada pelanggan. Tahniah aku ucapkan! Camtulah... Baru aku sayang kat kau. Ececehh!

Sebenarnya, benda paling sedih berlaku yang disebabkan kelambatan KTM ni adalah aku miss tengok Datuk Siti Nurhaliza buat show kat Dataran K.Lipis. Ahhhh! Gua terkilan weh! Nak tengok Siti, nak tengok Siti! Kalaulah aku beli tiket tu cuma 5 minit, kompom aku boleh tengok kejap Siti Nurhaliza buat show. Tapi bila aku dah dapat beli tiket, jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Kang kena tahan Pak Guard IPGM sia-sia jek. Dulu boleh keluar sampai pukul 12.00 malam tapi sekarang tak boleh, apa cer? Eh, yang ni kawan aku cakaplah sebab IPGM aku sekarang pakai Pak Guard baru. Tak tau plak camne cara diaorang. Ala Pak Guard, korang tak payah risau, kat Kuala Lipis bukan ada disko pun untuk kitaorang lepak sampai larut malam. Rilex sudah....!

Terkilan beb nak tengok Siti Nurhaliza, kawan aku yang pergi tengok jangan cerita kat aku, kang kena lempang tak pasal-pasal. Heh! Ok, kepada KTM, aku harap teguran ikhlas dari hati tulus aku ni korang jadikanlah pengajaran untuk masa hadapan. Ingat! The Customer Is Always Right! Orait, aku chow dulu, babai!

Di Hospital K.Lipis. Gambar ni aku snap dengan slumber rock jek. Heh!

*on the way balik daripada beli tiket, aku dengan Syafiq singgah Hospital K.Lipis sebab nak dapatkan penutup hidung. Maklumlah sekarangkan tengah hot dengan wabak Selesema Babi. Tapi kitaorang hampa sebab dah habis. Kepada pembaca, jagalah kesihatan korang. Yang penting jangan makan babi! Harammm…!

Malam-malam di Hospital K.Lipis. Ramai jugak orang.

Kat belakang tu tempat nak check Selesema Babi. Huh!

*gambar atas gua ambil di michaeldockery.com

Comments

Nadiene said…
aku rase nak lebih punctual n laju,, keretapi tanah melayu kena tuka keretaelektrik tanah melayu.. baru berdezuuuuuuuuuuuup! ahuhuauha
Asal tak panggil doraemon je suruh buat modifikasi sikit kat situ...kasih kete api tu boleh potong kapal terbang..,baru semat...haha
puterahangjebat said…
HAHAH.. SHAHMI, AKU DGN FADIL, KUL 12 BALIK SMLM.
KAMI TGK DATO SITI PERFOME.
LAGU CERITA SPA Q DGN BUKAN CINTA BIASA.
CNTIK GILER..
KAMI DUDUK BARISAN PALING DEPAN..
SIAP AMBIK PIC N VIDEO LG..
NAK TGK???
MLM NI KAT KELAS AKU TUNJUK..HEHEHE
ayisy said…
Betul tu Daus! Kena tukar Keretapi elektrik tanah melayu!

Masalhnya Doraemon kat Jepun, tu pasal Jepun punyer keretapi laju2. Hehehe..

Ada budak nak kena lempang!!!!!!
Admin said…
haha..
lwak cipan ah tgk printer ktm,
ngan bnyi kreok2 tue, hihi..

sabar2..
ye.
kite serupe..
celet ibu jari..
huhu~

they need improvement a lot..
CZ's thinking. said…
seruis KTM sekarang ntah ape2 tah..kalu nak dibandingkan dengan dulo rasanya sma jer kot...huhu betul ckp ayisy, pihak KTM sepatutnya hantar staf2 dia ke kursus ict supaya masalah macam nie tak timbul...menyusahkan orang sj!!
ayisy said…
Printer brand Lexmark tu.. treertt!

Yup! Celet ibu jari! Hihihi...

Ya, KTM tak pernah berubah. Memalukan negara betul. Huh!
hafiz said…
siapa yang calit ibu jari dah buat ke ?.... aku nak joint sekali TAPI dengan ibu JARI KAKI

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...