Meraung Di Lata Meraung Part 1


Aku sempat wat iklan Maggi sebelum memulakan perjalanan. Woi syarikat Maggi! Ko taknak amik aku jadi model Maggi ke? Kompom korang punyer Maggi laku dikalangan penunggang motosikal.

Yezza! Seperti yang dijanjikan, aku akan menulis pengalaman merempit di Lata Meraung, Jerantut. Entry sebelum ni aku mendapat respon daripada pembaca yang mengatakan terlalu panjang dan aku dah agak korang mesti bosan nak baca kan. Sory la sebab masa aku tulis kat WordPad nampak pendek jek, bila paste kat blog mak aih panjang macam berita surat khabar. Aku janji, entry kali ni tak ditulis panjang-panjang. Nak tulis panjang-panjang kau pergi jadi wartawan surat khabar la Ayisy....!

Kawan-kawan, kan minggu lepas aku rasa down kan, so lepas pergi berkelah di Lata Meraung, pehhh! Terus meraung aku sebab gembira tak hengat dunia. Ekekeke... Lata Meraung, kau memang marvellous! Fantastic! Cuma tempat ni agak sunyi dan di pedalaman. Bahaya kalau pergi setakat sorang dua. Serius aku cakap, antara banyak-banyak tempat aku merempit, ni lah tempat yang paling mencabar untuk diterokai bermula dengan jalan selekoh maut, perkampungan biasa, estet getah, ladang kelapa sawit, kampung orang asli dan hutan rimba. Setakat naik EX5 boleh lagi tapi lagi syok kalau korang layan dengan motorcross. Kesian bila tengok kat tayar Dunlop TT100 Roadmaster aku asyik masuk lubang. Nasib baik die tak merajuk sampai membocorkan dirinya. Heh!

Jadi, apa tunggu lagi, aku sajikan gambar-gambar happening kitaorang untuk tatapan pembaca sekalian. Ni baru Part 1, part seterusnya akan menyusul... Prenggg....prengggggg....! Oooyehhh!

Well, kalau dah nama pun rempit beramai-ramai, mesti ada cabaran yang melanda. Ni motor Syafiq semasa di operate akibat mengalami pendarahan tayar melampau. Nasib baik jumpa pomen, kalau tak letak tepi hutan jela motor tu. Hik!

Aku kalau bab posing memosing memang suka. Ni kat depan sebuah kedai area Jerantut semasa menunggu motor Syafiq dibetulkan. Piwit!

Last kopek! Korang nak tau, masa pomen tu baiki motor, dia tanya ada tak skru bunga? Aku pun dengan pandainya menunjukkan spanar pembuka sparkplug. Budak-budak apalagi, gelak macam syiaall jek. :P

Sebuah rumah orang asli. Budak-budak kat sini sporting abes, siap lambai-lambai kitaorang lagi. Heh!

Korang ingat tak cerita Senario yang ada adegan kejar mengejar di Ladang Getah pastu motor orang India tu terbarai satu persatu. Hak3! Suasana gambar di atas lebih kurang macam tu la.

Ok Ayisy, satu, dua...tiga! Prengggg! Prekkkk... Nampak macam senang jek nak layan benda alah ni, tapi bila buat tak naik-naik motor aku tu. Memalukan betul motor JGH 13** aku ni. Heee!

Comments

Deqna said…
nak ikut bleh?

T_T
Nadiene said…
weh, ko meraung tak kat sane??
ayisy said…
Boleh2.. Tp Deqna kene bawak motor eh.. Hehehe..

Meraung beb! Nantikan part seterusnya. Tgok aku meraung. Huhuhu..
TerubukMasin said…
gua suka yg lasak2 nie..lu dtg sh alam bro..kte konvoi ramai2..lu jgn segan..gua pki motor sedang2 je..Konvoi MU amcm??kehkeh..
naz. said…
wah. entry dah menjadi pendek!
kihkih.. :p
siap ade part2 pulak..


wah kauuu...bjalan sokmo sehh..
Deqna said…
lau camtu nty ak bawe kete viva..
pastu kiter drift nak??
ak drive,ko dok sebelah diam2~~

hehehe(ceh,poyo gler =P)

*dah la viva kecik,deqna bajet bley drift..=P
Admin said…
wahhhaaa farez g ugak kew??
haha~
aZRi aZLaN said…
wah, best doh. aku nk gak rempit mcm ni. tp xda member r nk rempit...

nasib baik ko jmpa geng 1 kepala. aku hampeh...
ayisy said…
Peh Deqna..! Ko dah ada keter eh.. Ni yg jeles ni. hahaha...

A'ah.. Farez rempit gak aritu.. Huhu...

Cari la member kat U. Mesti ada punyer. Huhuhu..
Anonymous said…
Good work... thanks for share...

Get More Details

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...