Posts

Showing posts from April, 2013

Harapan

Image
Ketenangan dan kebahagiaan merupakan perkara yang sukar dicari. Walaupun kita dah ada segalanya, namun kebahagiaan tidak mengekorinya. Sakit... Memang sakit... Tercari-cari dan menanti penuh harapan bila ia akan menjelma.

Nak balik

Dalam banyak-banyak perkara atau azam, satu benda yang aku betul-betul inginkan ialah berada dekat dengan keluarga. Sejak daripada tingkatan satu, aku sudah berjauhan dengan keluarga. Sampailah sekarang. Sejak itu, rutin biasa iaitu hari Jumaat seronok nak balik rumah, hari Ahad sakit kepala nak balik asrama, kampus atau tempat kerja. Kadang-kala jeles gak tengok rakan yang berada di samping keluarga setiap hari. Bosan weh duk luar. Walaupun bagi sesetengah orang merantau di tempat orang lebih baik untuk mencari pengalaman. Bagi aku, tak kisah duduk luar ke duduk tempat sendiri, janji ia sesuai dengan diri kita dan terbaik untuk diri kita. Ada orang mungkin lebih baik di luar, ada orang lebih baik di tempat sendiri. Bagi aku, bila berada dengan keluarga, hidup lebih terasa tenang dan bersemangat. Tenteram. Jadi, tu la doa aku setiap hari, minta dapat balik duduk dengan keluarga. hahahaha

Derita Dan Senyuman

Image
Apa perasaan kita bila kita perlu menelan segala kepahitan, kesusahan, air mata, kesakitan demi melihat orang yang telah banyak berjasa kepada kita tersenyum melihat kita berjaya. Dalam keserabutan di kepala meninggalkan halaman kesayangan, aku sempat melirik mata melihat insan yang banyak berjasa itu tersenyum melihat aku pergi menunaikan tanggungjawab. Aku tahu, insan itu bangga dan gembira dengan apa yang aku capai. Melihat semangat dan wajah senyum insan itu, menggambarkan isi hati mereka. Dalam hidup aku, aku sukar meluah dan mengadu pada orang. Hanya pada Tuhan dan seorang dua rakan rapat sahaja aku mampu mengadu. Kadang-kala, aku mengadu dalam bentuk tulisan seperti di blog ini. Aku luah, aku cuba buang dan aku cuba campak segala isi hati dan perasaan aku dalam blog ini. Bila rasa tak mampu, aku selalu beringat yang Allah tidak akan membebani hambaNya mengikut kemampuan hamba tersebut. Dan, kehidupan ini sendiri sebenarnya ujian.  Dalam hidup aku, sekeliling aku. Ad