Posts

Showing posts from December, 2010

Hai 2011!

Image
Assalamualaikum W.B.T Esok tahun 2011 akan menjelma. Jadi, apa target ko Ayisy? Target aku dalam bidang materialistik adalah: 1. Padding atau protector. (rm80-100) Okeh, benda ni boleh dikatakan wajib kepada rider yang suka main koner atau riding di kawasan pergunungan. 2. Helmet fullface. (rm300-400) Okeh, malang tidak berbau! Walaupun naik moped, tapi itu bukan masalah untuk berasa malu memakai helmet fullface. Risiko tetap sama! Jangan sampai orang lain sagat lutut, korang sagat dagu! 3. Kasut Supra Highcut atau sewaktu dengannya. (rm200-400) Nak beli boot riding mahal sangat. Jadi beli kasut highcut pun jadilah. Melindungi kaki semasa riding dan juga selesa semasa hangout. 4. Leather Jacket. (rm120) Hari tu jumpa jaket kulit kat BP. Tapi disebabkan aku dah banyak shopping, aku tangguhkan pembelian pada tahun hadapan. Huhu. Peh! Banyak betul target materialistik. Okeh, ni target dalam bidang dalaman. Haha.. Tiada ayat yang sesuai. 1. Nak jadi budak baik. (@_@). 2. Tak nak kutuk-kutu

Suka Duka Kehidupan Tahun 2010

Image
Assalamualaikum w.b.t Sudah berbulan aku tak update blog ini. Maaflah jika ada yang memberi komen atau mesej aku tak balas. Serius, dekat 3 bulan aku tak jenguk blog sendiri. Puncanya? Mungkin aku lebih memberi tumpuan kepada minat aku iaitu riding dan touring. Dan, kekecewaan aku selepas pihak advertising gagal memberi sebarang bayaran hasil dari blog ini. Ya! Mereka berhutang RM200++. Tapi tak apa, aku tak anggap aku gagal, bahkan aku masih memperoleh sesuatu melaluinya iaitu ILMU. Ilmu berkaitan internet dan tak kurang ilmu berkaitan perniagaan. Berharga bukan? Orang berjaya selalu berkata, Dare To Fail! Dan kegagalan ini sebenarnya membuka mata aku betapa pentingnya merancang kehidupan lebih-lebih lagi berkaitan merancang wang. Boleh aku katakan, selepas melanjutkan pelajaran aku agak boros dalam membelanjakan wang. Iyalah, baru dapat pegang duit banyak, semua benda nak beli. Tapi sejak kebelakangan ini, aku mula lebih berhati-hati dalam menguruskan wang. Rasa menyesal ada gak seba