Saturday, 8 June 2013

Perjanjian Cameron

Masa di IPG, kebanyakan masa aku habiskan bersama rakan-rakan yang main motor. Makan, lepak, study, jalan-jalan, shopping dan sebagainya aku lebih selesa dengan geng-geng motor. Sebenarnya, tak pernah terfikir pun motor akan jadi hobi utama. Masa zaman sekolah, memang tak sentuh motor. Tapi minat tu memang sejak kecil dah ada. Kalau tengok motor, tahu la apa jenisnya, berapa CC nya.

5 tahun setengah berlalu, kenangan bermain motor di sana aku tutup dan simpan menjadi memori terindah. Tersangat indah. Hampir setanding indahnya dengan memori zaman sekolah. Jadi, sebelum kami berpisah selepas tamat belajar, kami buat satu perjanjian. Perjanjian yang dinamakan Perjanjian Cameron. hahaha

Perjanjian tu kami buat namun tak la serius sangat nak tunaikan. Memandangkan masing-masing berada di haluan yang berbeza. Seorang di utara, seorang di tengah dan seorang di selatan. Tapi sebagai seorang rider! Amboii... Jarak bukan penghalang. hehe

Dan minggu lepas, perjanjian yang asalnya hanya ingin mendaki Cameron terus melalut menjadi ride pusing Malaysia terus. hahaha. Ride 5 hari 4 malam terasa seperti sehari jek. Serius. Bayangkan hampir setengah tahun menahan rindu dan gian, akhirnya...akhirnya...ahhhh...susah nak cakap dia punya best tuh. Dipendekkan cerita, ni la lokasi ride kami.

Johor-Sabak Bernam-Ipoh-Cameron-Koyan-Fraser-Kuala Lipis-Gua Musang-Jeli-Gerik-Baling-Kulim-Padang Besar-Penang-Johor

Seronok, best, teruja, lepas rindu, gembira, berbual kencang, ahhhhhh...banyak sangat perkataan nak digambarkan. Memang best. Memang besttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt. Korang tak akan faham dengan perasaan aku dia punya best tu! hahaha. Ni aku letak sekeping dua gambar. Sebenarnya banyak gila gambar tapi aku malas upload sebab gembira sangat. Korang pun takkan faham kegembiraan aku tu. haha. Akhir kata, biasalah hidup. Ada masa kita sedih gila ada masa kita gembira gila. Part sedih tu yang.....hmmm.




Wednesday, 1 May 2013

Kawan-Kawan Punya Cerita

Semakin kita dewasa, semakin sunyi hidup kita. Semasa kita dilahirkan, kita dikelilingi oleh semua orang tak kira keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. Ketika kita memasuki alam persekolahan, kita ramai kawan. Kalau yang tinggal di asrama, 24 jam hidup kita dikelilingi oleh kawan-kawan. Kemudian, bila berada di IPT, kita mula berkawan secara berkumpulan. Selalunya, kawan-kawan kita ialah kawan yang sama dan sekepala dengan kita. Ke mana kita pergi, apa yang kita buat, lepak makan semuanya dengan beberapa orang kawan kita itu.

Sekarang, bila masuk alam pekerjaan... Hahaha. Sorang-sorang weh. Walaupun duduk rumah sewa berlima, masing-masing sibuk dengan kerja. Sudah sampai masa cari peneman? kahkahkah. Lex lu.

Sunday, 14 April 2013

Harapan


Ketenangan dan kebahagiaan merupakan perkara yang sukar dicari. Walaupun kita dah ada segalanya, namun kebahagiaan tidak mengekorinya. Sakit... Memang sakit... Tercari-cari dan menanti penuh harapan bila ia akan menjelma.

Thursday, 11 April 2013

Nak balik

Dalam banyak-banyak perkara atau azam, satu benda yang aku betul-betul inginkan ialah berada dekat dengan keluarga. Sejak daripada tingkatan satu, aku sudah berjauhan dengan keluarga. Sampailah sekarang. Sejak itu, rutin biasa iaitu hari Jumaat seronok nak balik rumah, hari Ahad sakit kepala nak balik asrama, kampus atau tempat kerja.

Kadang-kala jeles gak tengok rakan yang berada di samping keluarga setiap hari. Bosan weh duk luar. Walaupun bagi sesetengah orang merantau di tempat orang lebih baik untuk mencari pengalaman. Bagi aku, tak kisah duduk luar ke duduk tempat sendiri, janji ia sesuai dengan diri kita dan terbaik untuk diri kita. Ada orang mungkin lebih baik di luar, ada orang lebih baik di tempat sendiri. Bagi aku, bila berada dengan keluarga, hidup lebih terasa tenang dan bersemangat. Tenteram.

Jadi, tu la doa aku setiap hari, minta dapat balik duduk dengan keluarga. hahahaha

Sunday, 7 April 2013

Derita Dan Senyuman


Apa perasaan kita bila kita perlu menelan segala kepahitan, kesusahan, air mata, kesakitan demi melihat orang yang telah banyak berjasa kepada kita tersenyum melihat kita berjaya. Dalam keserabutan di kepala meninggalkan halaman kesayangan, aku sempat melirik mata melihat insan yang banyak berjasa itu tersenyum melihat aku pergi menunaikan tanggungjawab. Aku tahu, insan itu bangga dan gembira dengan apa yang aku capai. Melihat semangat dan wajah senyum insan itu, menggambarkan isi hati mereka.

Dalam hidup aku, aku sukar meluah dan mengadu pada orang. Hanya pada Tuhan dan seorang dua rakan rapat sahaja aku mampu mengadu. Kadang-kala, aku mengadu dalam bentuk tulisan seperti di blog ini. Aku luah, aku cuba buang dan aku cuba campak segala isi hati dan perasaan aku dalam blog ini. Bila rasa tak mampu, aku selalu beringat yang Allah tidak akan membebani hambaNya mengikut kemampuan hamba tersebut. Dan, kehidupan ini sendiri sebenarnya ujian. 

Dalam hidup aku, sekeliling aku. Ada orang hidup susah sebab kurang duit. Ada orang hidup susah sebab family berkecamuk. Ada orang susah sebab gagal. Ada orang susah sebab kena penyakit kronik. Macam-macam. Setiap orang diberi ujian berbeza.

Kadang-kadang, aku rasa tak mampu menghadapi. Terbaring di katil, termenung dan bingung. Di mana jalan keluar. Di mana pintu kebahagiaan. Air mata kadang-kadang mahu sahaja dialirkan. Tapi, bila imbas kembali saat-saat sukar yang pernah aku alami, Alhamdulillah, aku boleh hadapinya. Bila buka FB, banyak kata-kata  dan nasihat keluar dari mulut rakan dan ilmuan-ilmuan. Sedikit sebanyak mengingatkan aku supaya kembali positif menghadapi kehidupan.

Apapun, segala apa yang kita lakukan, buat dan hadapi hendaklah kerana Allah. InsyaAllah, hati terasa lapang dan tidak terbeban.

Sunday, 31 March 2013

Entah

Gua dah letih. Gua dah kecewa. Sampai bila harus bertahan. Semakin berat dan berat. Semakin pening dan pening. Motivasi dan semangat kadang-kala semakin pudar dan hilang. Marah dengan perkara yang terjadi. Bengang bila kesabaran tidak membuahkan hasil. Mula mengenepikan positif dalam diri akibat ianya tidak membuahkan hasil. Bertahun-tahun gua hadapi tapi masih belum keluar. Atau ini memang yang dinamakan kehidupan? Syukur hidup masih berTuhan. Masih bertahan dari putus asa. Masih berharapan agar kebahagiaan akan muncul suatu hari nanti walaupun sekarang sudah tidak memikirkannya lagi. Gua redah sahaja kehidupan yang hampir-hampir orang putih kata burn-out.

Atau gua yang tak sedar yang gua sebenarnya hidup dalam nikmat?

Tuesday, 26 February 2013

Sebuah kebiasaan : Aku nak bahagia dalam hidup



Mungkin agak biasa dan membosankan bila diajukan soalan apakah yang anda mahu dalam hidup? Lalu kita pun menjawab kebahagiaan. Sejak lahir sehingga la tamat persekolahan, aku tak pernah terfikir apakah erti sebenar kebahagiaan kerana masa itu aku tak pernah rasa tak bahagia. Jadi aku tak tercari-cari erti kebahagiaan tatkala kehidupan aku masa itu indah-indah sahaja. Sehinggalah aku menyambung pelajaran, di situlah bermulanya.......erti mencari nikmat dan rasa bahagia dalam hidup.

Duit lagi penting bro...lagi penting. Ya, duit memang penting. Tapi bro, serius gua cakap kalau dalam dompet lu tebal ada beribu ringgit, tapi masa tu lu tengah tension, sedih, kecewa dan gelisah (tak bahagia), serius lu pergi shopping mall lu tak rasa nak beli apa-apa. Rasa kosong, bosan dan rasa duit tak ada makna. Bagi yang masih rasa duit lebih penting dari kebahagiaan, sebenarnya kau sedang bahagia cuma duit tak berapa cukup. Aku pernah rasa, tengah happy2 tapi duit kering. Haha. Masih happy cuma duit kering bikin sikit spoil. 

Cuma itulah kehidupan. Ada yang mahukan duit dan ada yang mahukan sekelumit kebahagiaan. Kebahagiaan perlu dicari. Kadang-kala kita rasa kenapa bahagia tidak muncul-muncul dalam hidup kita? Sebenarnya sakit dan duka juga penting dalam hidup. Supaya kita lebih beringat dan kembali mendekatkan diri dengan Allah. Supaya kita lebih banyak berfikir dan matang.

Kita tak rasa apa yang orang lain rasa. Manusia berbeza. Jangan pelik kenapa ada orang sanggup derma organ, sanggup buat kerja-kerja amal tanpa bayaran dan mempunyai kerjaya yang tidaklah menjana duit yang banyak tetapi tetap komited dan minat dengan tugasnya. Sebab masing-masing ada kehendak dan tujuan yang ingin dicapai. Kepuasan diri sendiri. Aku tak nafikan majoriti mahukan duit. Nak mewah. Itu majoriti. Kita tak sedar ada orang lain yang tak kisah dengan duit dan kehidupan yang sempit namun puas melakukan apa yang mereka suka.

Sebagai orang Islam, tujuan hidup adalah meraih keredhaan Allah dan memperoleh syurga. Jangan lupa bro. Jangan kecewa kalau kita tak dapat apa yang kita cita-cita masa hidup. Hidup ini luas dan panjang lagi.


Saturday, 23 February 2013

Pahit Bertukar Manis

Kenangan paling manis dan berharga

Kenangan pahit tidak akan pahit untuk selamanya. Kerana apabila masa berganti masa, kenangan pahit tersebut akan bertukar menjadi sesuatu yang tidak pahit lagi. malah mungkin akan menjadi manis apabila kita ingat kembali. Sepahit mana pun, apabila kita sudah keluar daripadanya, kita akan tersenyum apabila teringat kepahitan itu. 

Dan kita akan rasa seperti mahu ke tempat yang memberi rasa pahit kepada kita. Melihat, merasa dan mengenang kembali kepahitan yang pernah dilalui. Malah, ada kalanya seperti mahu merasai kembali kenangan yang sudah berlalu itu. Aneh kan. Perasaan boleh berubah dengan mudah sekali. Apapun, sepahit manapun kehidupan yang pernah kita lalui, pasti ianya menjadikan kita lebih kuat dan bahagia.


Monday, 28 January 2013

Hidup Baru

Hidup baru beb. Serius tak ready langsung. Tak sangka. Apapun, ia rezeki yang Allah beri. Dan aku perlu bersyukur kerana ditempat di Kota Tinggi. Kira dekat. Walaupun hati semahunya ingin Batu Pahat. Dah dekat pun mahu bising ke? Hahaha. Dulu 7 jam perjalanan kau bising. Ni sejam lebih pun bising. Apa daa. Hahaha. 

Kota Tinggi. Ada apa dengan Kota Tinggi. Walaupun aku orang Johor, daerah paling asing bagi aku ialah Kota Tinggi. Minggu-minggu pertama di sini aku rasa asing. Aku tak rasa aku di Johor. Budaya berbeza. Harap cepat suaikan diri. 

Cuti hampir dua bulan di rumah menjadikan aku lemau. Ride sejam lebih terasa jauh. Terasa memenatkan. Otak fikir nak balik rumah je. Kemon beb kemon! Hati kena keras. Keras seperti ketika kau di IPG dahulu!


Thursday, 3 January 2013

Dunia

Kehidupan 5 tahun di sana menjadikan aku celik tentang satu dunia yang aku tak pernah nampak. Tapi dalam masa yang sama menjadikan aku buta dengan satu lagi dunia yang aku tak pernah nampak sepanjang 5 tahun itu.

Telah pusing seluruh negara bukan bermakna anda telah pusing seluruh dunia yang ada di negara ini. Cuba pilih satu tempat, duduk di situ untuk seketika waktu, alami dan selami kehidupan di situ. Barulah anda akan rasa dunia dan kehidupan di tempat itu. Dan sekarang, aku tahu terdapat banyak lagi dunia yang belum aku terokai. Sekadar singgah tidak memberi banyak makna. 

Uptown Shah Alam