Friday, 31 December 2010

Hai 2011!



Assalamualaikum W.B.T

Esok tahun 2011 akan menjelma. Jadi, apa target ko Ayisy? Target aku dalam bidang materialistik adalah:

1. Padding atau protector. (rm80-100)
Okeh, benda ni boleh dikatakan wajib kepada rider yang suka main koner atau riding di kawasan pergunungan.

2. Helmet fullface. (rm300-400)
Okeh, malang tidak berbau! Walaupun naik moped, tapi itu bukan masalah untuk berasa malu memakai helmet fullface. Risiko tetap sama! Jangan sampai orang lain sagat lutut, korang sagat dagu!

3. Kasut Supra Highcut atau sewaktu dengannya. (rm200-400)
Nak beli boot riding mahal sangat. Jadi beli kasut highcut pun jadilah. Melindungi kaki semasa riding dan juga selesa semasa hangout.

4. Leather Jacket. (rm120)
Hari tu jumpa jaket kulit kat BP. Tapi disebabkan aku dah banyak shopping, aku tangguhkan pembelian pada tahun hadapan. Huhu.

Peh! Banyak betul target materialistik. Okeh, ni target dalam bidang dalaman. Haha.. Tiada ayat yang sesuai.

1. Nak jadi budak baik. (@_@).

2. Tak nak kutuk-kutuk tempat tu. Haha!

3. Nak jadi insan yang lebih berjimat dan beli barang yang diperlukan sahaja. Kurangkan makan fastfood, tengok wayang dan beli junkfood seperti chocolate dan sebagainya.

4. Tak nak beli pakaian berjenama mahal. Okeh, dulu memang bad habit aku suka benda-benda macam tu. Tapi sekarang aku lebih suka ke butik-butik biasa. Pilihan lebih style dan jauh lebih murah!

5. Target sehari belanja tak lebih RM15. Tapi kat tempat tu boleh ke? Dengan barang mahal, makanan mahal, gunting rambut mahal, bapak segala mahal. Dah macam duduk kat bandaraya. Ops! Terkutuk plak. Kah3! Ok2, ni last!

6. Cuba untuk memahami orang sekeliling aku yang tak sekepala. Aku sebenarnya ada ego sikit. Tapi masih terkawal la. Haha!

7. Cuba untuk lebih gembira dan menerima semasa belajar di sana. Harap berjaya la. Tapi selalunya bila tension, aku lari jauh-jauh. Pergi riding atau balik BP. Riding membuatkan aku rasa bebas sebebasnya!

Nak pakai kereta tapi duit tak cukup. (@_@)

Orait, aku rasa itu sajalah target aku untuk semester pertama tahun 2011 nanti. Harap 60% berjaya. Target tahun 2010 aku hampir 75% berjaya ditunaikan. Yes! Mulanya rasa taknak buat target 2011, tapi fikir balik apa salahnya kan?

Friday, 24 December 2010

Suka Duka Kehidupan Tahun 2010


Assalamualaikum w.b.t





Sudah berbulan aku tak update blog ini. Maaflah jika ada yang memberi komen atau mesej aku tak balas. Serius, dekat 3 bulan aku tak jenguk blog sendiri. Puncanya? Mungkin aku lebih memberi tumpuan kepada minat aku iaitu riding dan touring. Dan, kekecewaan aku selepas pihak advertising gagal memberi sebarang bayaran hasil dari blog ini. Ya! Mereka berhutang RM200++. Tapi tak apa, aku tak anggap aku gagal, bahkan aku masih memperoleh sesuatu melaluinya iaitu ILMU. Ilmu berkaitan internet dan tak kurang ilmu berkaitan perniagaan. Berharga bukan? Orang berjaya selalu berkata, Dare To Fail! Dan kegagalan ini sebenarnya membuka mata aku betapa pentingnya merancang kehidupan lebih-lebih lagi berkaitan merancang wang.

Boleh aku katakan, selepas melanjutkan pelajaran aku agak boros dalam membelanjakan wang. Iyalah, baru dapat pegang duit banyak, semua benda nak beli. Tapi sejak kebelakangan ini, aku mula lebih berhati-hati dalam menguruskan wang. Rasa menyesal ada gak sebab kenapa dari dulu tak fikir macam ni. Tapi masih belum terlambat. Benda yang dah berlaku biarkan berlaku. Orait?

Tahun 2010, bagi aku merupakan tahun yang penuh dengan suka duka. Rasanya terlalu pantas masa berlalu. Lagi beberapa hari kita akan masuk tahun 2011 sedangkan aku rasa macam baru minggu lepas aku menyambut 1Jan 2010 di Pudu. Hehe. Alhamdulillah, hampir semua azam yang aku tanam berjaya dicapai. Nak tahu apa azam aku untuk tahun 2010? Klik ni! Tahun 2010 juga merupakan tahun paling banyak aku riding dan touring. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Yup! Aku dapat rasa kesannya. Huhu... Selalu berjalan membuatkan aku rasa Malaysia ni kecil saja. Sampaikan aku pernah balik kampung hujung minggu naik motor jek sebab dah rasa dekat. Dan, target aku untuk menakhluk 4 tanah tinggi di Malaysia iaitu Genting, Cameron, Fraser dan Bukit Tinggi akhirnya tercapai. Puas rasanya. Wuuhuu!




Tahun 2010 juga merupakan tahun di mana aku melalui pengalaman pahit kemalangan jalan raya. Eksiden masa balik dari Cameron Highland. Huhu. Rakan-rakanku juga banyak yang kemalangan. Tapi setiap perkara pasti ada hikmahnya. Lepas jek kemalangan barulah nak ride dengan berkhemah dan beringat. Hehehe...

Kehidupan aku di IPG juga aku rasakan semakin baik. Walaupun kehidupan di situ bukanlah kehidupan yang aku inginkan, tapi kenapa harus sentiasa kecewa dan menyesal dengan apa yang dilalui? Benda dah terjadi, kita tidak boleh berpatah balik. Teruskan dan laluinya dengan hati yang cekal. Mungkin sekarang sakit, tapi mungkin manis untuk masa hadapan. Betul kan? Hidup tak selalu indah tapi hidup juga tak selalu derita.

Mungkin semua dah tahu aku belajar di IPG. Aku jadi guru? Hahahaha! Macam lawak seh. Serius! Aku tiada minat dan bakat dalam bidang perguruan. Sudah 3 tahun berusaha untuk ke arah itu tapi gagal. Tak pasti mana silapnya. Kalau diberi peluang untuk berpindah IPG, aku akan berpindah. Keadaan sekeliling yang buat aku tak selesa dan rasa looser. Hidup di kawasan pedalaman memang tak happening. Heh! Sorylah kalau orang situ marah dengan kenyataan aku. Tapi jujurnya memang aku kureng happening duduk situ. Berhijrah ke tempat lain bukan bermaksud putus asa tetapi mencari peluang membaiki diri di tempat lain. Right?

Kadang-kala, bila aku baca balik blog ini, rasa geli pun ada gak. Iyalah, masa tu buat blog untuk jana duit apa semua tu. Jadi menulis blog bukan dengan sepenuh hati dan niat yang betul. Huhuhu... Ingat lagi 2 tahun lalu, ketika aku mula berblogging. Ketika itu dunia blogging sedang rancak. Tahun ini aku mula tinggalkan komuniti tersebut. Namun pada bulan lepas aku mula menjelajah kembali dunia blog/website. Tak sangka ianya bertambah meriah dan berwarna-warni. Malaysia boleh!

Tahun 2009, aku mempunyai satu hobi iaitu mengumpul jam tangan. Masuk tahun 2010 entah ke mana hilang hobi tu. Hehehe... Tapi masih lagi mengikuti perkembangan dunia jam tangan cuma tak se'hardcore' dulu. Sudah puas mungkin... Sekarang, aku mula berjinak-jinak minat kereta. Tapi keadaan ekonomi masih tidak cukup. Tengok orang main drift, mak aihh..kepengen seh...! Membuatkan aku tak sabar nak masuk alam pekerjaan. Huhu...



Sekarang gian tengok orang main drift..

Itulah serba sedikit perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2010. Tahun yang aku rasa aku macam dah dewasa. Heh! Buat sahabatku Syafiq Manaf yang masih berada di hospital akibat penyakit yang dihadapi, moga tabah menerima ujian dari Tuhan. Memang berat dugaan tersebut. Aku sendiri tak sampai hati melihat keadaannya. Semoga Tuhan menyembuhkan penyakitnya. Amin...

Untuk tahun 2011, aku tidak meletakkan sebarang azam. Cukup bagiku agar kehidupan untuk tahun 2011 nanti berjalan dengan lancar dan dipermurahkan rezeki. Amin... Aku juga berharap agar sentiasa diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan yang dilalui..kehidupan yang jauh terpesong dari apa yang aku cita-citakan. Huhuhu..

Akhir sekali, aku nak minta maaflah jika ada terkasar bahasa ke, apa ke, tak balas komen ke, mesej ke sepanjang aku menyepikan diri dari blog ini. Aku amat hargai pengunjung yang datang ke blog ini walaupun aku senyap jek. Tiada niat pun buat macam tu. Lepas ni rasanya mahu kembali menulis blog. Yeh!

nota kaki: panjang giler entry ni. :P



Sunday, 19 September 2010

Erti Raya Tahun Ini...

Takder kerja ambil gambar kat tunggul.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Sengal la ko Ayisy dah seminggu raya baru nak ucap. Haha... Takper-takper, bukan salah pun kan.

Sudah lama tak update cerita baru. Maklumlah, kesibukan dan keseronokan untuk menyambut raya selama hampir 3 minggu.

Raya tahun ini macam biasa, best dan happening. Berjumpa dengan insan-insan yang mungkin hanya setahun sekali berjumpa. Kalau tiada raya, mungkin hubungan kekeluargaan atau persahabatan boleh terputus. Masing-masing sibuk dengan tugas dan pelajaran. Nak jumpa masa cuti pun susah. Jadi, di Hari Raya lah peluang untuk berjumpa dan bertanya khabar saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Apabila sudah lama tidak berjumpa, macam-macam cerita keluar dan hendak dibualkan. Tak berhenti-henti nak kongsi. Huhu... Masing-masing sudah berubah. Paling syahdu, berjumpa dengan seorang cikgu aku yang boleh aku anggap antara terbaik sepanjang persekolahan. Last jumpa tahun 2007. Banyak kata-kata nasihat yang diberi olehnya. Tak ubah seperti masa zaman sekolah, cikgu tersebut selalu memberi kata-kata semangat dan nasihat. Sukar untuk mencari insan seperti itu. Sebab tu lah kenangan zaman sekolah sukar untuk aku lupakan dan aku merasakan ianya zaman terindah dalam hidup.

Walaupun cuma sekali dua dalam setahun berjumpa, bila jumpa balik dengan saudara, rakan-rakan terus mesra macam tak pernah berpisah. Rancak berbual macam biasa. Mesra seperti dulu. Itu yang best! Hehe... Kalau dengan member tu, psiko2 dan gurau kasar macam biasa. Tak rasa seperti dah lama tak jumpa. Keakraban masih seperti dulu juga. Tak pernah pudar.

Yang tak best, waktu balik ke kampus. Hadooiii... Mula la sedih-sedih teringat kampung. Huhu... Tapi nak buat macam mana, tanggungjawab kena la buat. Kalau kampus aku cuma 2 jam perjalanan dari rumah, mau minggu ni aku balik rumah lagi sambung beraya. Hahaha!

Ok, di saat dan peluang ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua insan yang mengenali diri ini tak kira sama ada di dunia nyata mahupun dunia internet sekiranya sepanjang pertemuan dan persahabatan aku ada membuat salah. Peace!

Wednesday, 8 September 2010

Helmet MS88 Review.

Helmet MS88 Biru Jembalang Hantu

Kalau korang rider atau penunggang motosikal di Malaysia, pasti korang tahu sejenis helmet yang diberi nama MS88. Ada orang cop ini helmet Mat Rempit. Lantak koranglah nak cop apa. Orang Malaysia memang suka macam tu, suka buat andaian tak tentu pasal. Nampak orang naik motor dicop Mat Rempit, nampak orang bawak BMW terus cop orang kaya padahal yang bawak tu entah-entah driver jek takpun pengedar barang harremm...! Huhuhu...

Masa aku beli motor Yamaha 135LC, dapatlah free sebijik helmet MS88 ni. Tapi apa punya tokey kedailah bagi aku helmet MS88 warna biru dah tahu aku beli motor warna merah. Tak mecing! Tapi orang bagi bersyukur jek lah. Huhu.

Sebelum ni, aku memang tak pandang helmet MS88 memandangkan helmet ni dicop helmet Mat Rempit. Dan satu lagi kualiti helmet ni aku rasa macam kureng sikit lagi-lagi bahagian padding/span di dalamnya. Nipis wooo... Sangat nipis sampai kalau pegang boleh rasa bahagian yang macam polisterin tu. Apa entah istilah sebenarnya. Haha. Akan tetapi! (ceh! Ayat SPM). Helmet ni mendapat sijil sah dari SIRIM bagi membuktikan tahap keselamatan dan ketahanan helmet MS88 ni. Menurut rider yang pernah pergi tengok SIRIM buat test ketahanan helmet, diaorang cakap antara ujian yang dilakukan adalah dengan menghempaskan seketul besi 10kg setinggi 4 meter ke atas helmet. Gilos! Kena kepala komfem lenyek! Dan yang ajaibnya helmet MS88 ni berjaya melepasi ujian dan dugaan daripada SIRIM. Huuuu...

Dan dari itu, semalam aku pun mengetest helmet ni semasa ronda-ronda Batu Pahat. 1st time pakai helmet ni selepas 6 bulan tersadai dalam rumah. Huhu. Masa pakai tu memang terasa padding helmet ni sangat nipis tetapi kualiti kulit luar (shell) boleh la. Menggunakan sistem D-Ring untuk mengikat tali, lebih selamat berbanding guna klip. Tapi slek takder pelekat atau button untuk mengemaskan ikatan. Tali terbiar tergantung macam tu jek. Huh!

Tapi yang best tentang helmet ni adalah ringan dan sejuk jek masa pakai. Maklumlah padding nipis dan tak melekap dengan kemas kat muka. So, angin boleh masuk dengan lajunya. Ditambah ride dalam kawasan bandar yang panas, memang best la pakai helmet ni. Kepala tak la berpeluh dan rasa berat. Ops, jangan lupa kalau beli helmet ni beli sekali visor berkualiti dari BOGO. Beli yang tinted hitam bagi sejuk mata korang tu. Dan yang penting untuk mengelak segala habuk, tahik dan serangga daripada menerjah kat muka tu. Huhu. Harga helmet ni? Entah, aku tak pernah beli. Huhu. Area RM40 kot.

Helmet ni bagi aku sesuai la untuk jalan dekat-dekat, pergi pasar, ronda bandar dan pusing kampung. Buat jalan jauh aku tak galakkan lah. Buat masuk track boleh, itupun kalau korang memang tak kisah masuk hospital berbulan takpun masuk kubor terus jika berlaku eksiden. Heh!



Bersinar-sinar betul bila diambil gambar. Huhu.


Bahagian dalam kureng sikit. Harap pembuat helmet ni buatlah perubahan sikit.


Guna sistem D-Ring untuk mengikat tali. InsyaAllah selamat...



Thursday, 2 September 2010

Modenas Dinamik dan CT110 Review.


Gila lama aku tak update blog. Haha. Rasa malas dan tiada mood pula. Maklumlah, sibuk dengan School Based Experience di SK Clifford dan sibuk dengan hobi motor aku.

Nak cerita sedikit tentang dunia motor ni. Hari tu, member aku ada minta pendapat untuk dia membeli sebuah motosikal. Dia bercadang untuk beli motor Modenas CT110. Memandangkan aku sebelum ni tak pernah ambil port pasal motor Modenas, so aku buat sedikit kajian pasal motor ni di forum-forum dan internet. Antara motor Modenas yang aku familiar contohnya macam Kriss, Jaguh, GT128 dan skuter Karisma memandangkan motor-motor ni popular dan ada member aku yang pakai.

Lepas aku baca di forum-forum, barulah aku tahu sedikit sebanyak tentang Modenas. Mungkin ramai yang anggap Modenas hanya mengeluarkan motor biasa-biasa. Sebenarnya sebelum ini dan pada masa sekarang Modenas telah mengeluarkan beberapa motor yang berteknologi tinggi cuma mungkin kurang mendapat sambutan. Contohnya dulu Modenas telah mengeluarkan sebuah motor 2 stroke yang aku rasa memang terbaik! Ia adalah Modenas Dinamik 120. Spec yang ada pada motor ni memang boleh lawan Yamaha 125ZR. Cuma sayang motor ni dah stop production (sumber yang aku dapat). Tapi takper, masih ada stok lama di kedai motor. Yang secong hand pun ada. Barang rare ni, cepat rembat! Hehe.. Psss! Swing arm dia yang tak boleh tahan! Haha...


Terbaik dari ladang! Brek disc depan belakang.


Sekarang, Modenas telah mengeluarkan model-model berspec tinggi seperti GT128, CT110 dan Elegan 200. Member aku cadang nak beli Modenas CT110. Motor ni telah digunakan dalam perlumbaan CubPrix jadi ia membuktikan chassis motor ni stabil dan handling yang baik. Aku pernah follow motor ni, bunyi memang terbaik, padu dan sedap. Tangki minyak motor ni (5.3liter) terbesar dalam segmen motor 110cc dan Modenas menjamin setiap isian penuh boleh pergi sehingga 250km. Terbaik! Harga bermula RM3888.00 sememangnya paling berbaloi untuk moped 110cc. Spec yang ada pada motor ni aku tengok hampir sama dan setanding dengan motor 110 keluaran Yamaha, Honda dan Suzuki. So, sesiapa yang berbajet RM4000-4500 bolehlah riki ini motor.


Bahagian belakang cun! Ada handle balancer, agak panjang jadi gegaran kurang. Seat dua tone.

Modenas CT110 di Genting Highland. Kredit to andrewhtf (http://malaysianbikers.com.my)

Ok, ini review yang aku boleh buat melalui pembacaan sahaja. Aku tak pernah tunggang moped 110cc sama ada sendiri punya atau member lain. Jadi, apa yang aku review berdasarkan pendapat peribadi sahaja. Peace! Oh yer, member aku pakai sebuah motor 110cc, entah apa dia setting boleh maintain highway 130-140kmj dari Sg. Besi ke Ayer Keroh. Gillooss! Dan dah ada Modenas CT110 naik Genting Highland serta layan Klawang. Tabik!!!

Sokonglah barang Buatan Malaysia!

Thursday, 19 August 2010

Perasaan Aku Bila...

Kehidupan baru aku selepas 2,3 tahun terjebak dengan dunia motor secara serius. :P

Macam-macam perasaan timbul bila aku baca balik entry-entry lama dalam blog ini. Sampai aku rasa macam malu sangat-sangat. Rasa macam nak tutup sahaja blog ini.

Bila aku belek entry lama, aku rasa macam budak-budak jek. Aku dapat rasakan yang dahulu semasa aku menulis entry, aku cuba masukkan unsur humor dan feel “happy go lucky”. Konon-kononnya lah. Tapi aku tak sedar gaya penulisan seperti itu memang sungguh kebudak-budakan. “Badan rasa geli bila baca entry lama”.

Berbanding sekarang, aku sedar setiap kali aku tulis entry feel dalam kepala aku serius jek. Agak sukar nak buat sebuah entry yang bersifat happening. Mungkin gaya hidup aku dah berubah. Sejak setahun kebelakangan ini, banyak benda lama aku tinggalkan dan banyak benda baru aku cuba.

Kadang-kala rasa macam tertanya-tanya kenapalah aku boleh terjebak dengan blog ni. Mungkin dulu-dulu perasaan ingin berkongsi pendapat, aku luahkan di blog. Berbanding sekarang aku rasakan Facebook sudah mengambil alih serba sedikit fungsi blog. Aku lebih selesa berkongsi di Facebook. Mudah dan berkesan.

Fikir-fikir rasanya seperti mahu tutup sahaja blog ini, tapi rasa sayang pula. Banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat melalui dunia blog. Jadi aku ambil keputusan untuk teruskan blog ini. Hurm...

Ada peluang nanti aku cerita happening-happening sikit. Hahaha!

Monday, 16 August 2010

Kesibukan Yang Tak Pernah Hilang.


Hidup ni kadang kala aku rasakan terlalu sibuk. Sibuk dengan pelbagai urusan duniawi. Macam-macam hal perlu dilakukan. Hidup seolah-olah menjadi robot.

Aku terfikir, apa yang aku dapat dengan kesibukan yang dilalui setiap hari? Sibuk dengan study, presentation, tutorial, amali, kerja kursus, projek... Apa yang aku dapat? Memang ilmu yang aku dapat. Ilmu adalah harta yang paling berharga. Tapi, semua itu seolah-olah hanya dibuat untuk mendapat markah di kertas. Keluar result semester, melihat A berduyun kemudian tersenyum lalu disimpan kertas itu ke dalam fail. Hurmmm... Niat kena ubah ni...

Melalui kehidupan yang dibelenggu dengan peraturan ciptaan manusia memang kadang-kala memeritkan. Terasa seperti peraturan itu tidak munasabah. Walaupun ianya dicipta untuk kebaikan kedua pihak namun aku tetap rasakan ia mengganggu hidup. Peraturan remeh-temeh dibuat dan ditokok tambah memberi kesan kehidupan terasa seperti kebudak-budakan.

Mungkin aku belum nampak atau merasa nikmat daripada segala kepayahan yang dilalui semasa belajar. Tapi kan, bila belajar tinggi-tinggi, kerja tinggi-tinggi tapi kesibukan masih ada. Apa maknanya? Pagi pergi kerja, petang balik kerja. Malam rehat. Setiap hari melalui benda yang sama. Aku rasa macam tidak ada kehidupan. No life orang kata.Duit banyak, kerja banyak, masalah banyak. Huh! Baik tak payah.

Kadang-kadang aku perhatikan orang yang tinggal di kampung, kerja kampung walaupun tak glemer orang kata tetapi mereka merasai kehidupan. Hidup aman damai, tenteram dan jauh daripada kesibukan. Kerja kebun walaupun rezeki tak seberapa masih tetap cukup dan bahagia. Tak perlu tergopoh-gopoh pergi kerja, tak perlu mengikut perintah orang atasan, tak perlu mematuhi peraturan ciptaan manusia yang mengjengkelkan... Dan yang penting masa bersama keluarga juga banyak diluangkan. Itu baru namanya kehidupan!

Sebab tu orang selalu kata duit tidak menjamin kebahagiaan. Memang betul dan aku pernah rasa. Contohnya ketika zaman sekolah aku, tidak banyak duit tapi tetap happy. Berbanding zaman di IPT duit ada tapi tak berapa happy. Entahlah, orang di sekeliling aku selalu cakap hidup perlu diteruskan. Masalah memang tak boleh dipisahkan dengan kehidupan. Kita kena kuat menghadapinya. Dan yang paling penting Think Positive. Dengan cara inilah masalah yang membebani kita akan terasa ringan dan mudah.

Oh kesibukan!!! Bilakah engkau mahu berakhir!!! "Mood tengah rindukan kampung. Menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman." :)

Saturday, 14 August 2010

Program Motivasi Atau Motibasi?

Haha.. Insap..insap...

Zaman sekolah dulu memang dah biasalah dengar perkataan Program Motivasi. Program Motivasi UPSR, PMR, SPM dan macam-macam lagilah.

Apa sebenarnya tujuan program sebegini diadakan? Menyedarkan pelajar? Meningkatkan keyakinan diri pelajar? Memberitahu hala tuju seorang pelajar? Mengurangkan masalah disiplin di sekolah? Hurmmm... Kalau nak cerita apa tujuannya memang banyak.

Aku dari zaman sekolah rendah sampai menengah entah berapa kali kena masuk program motivasi. Sampai dah hafal apa isi kandungan dalam setiap program yang diadakan. Hahaha. Jika difikirkan secara positif, memang banyak kebaikan yang terdapat dalam program ini. Tetapi sejauh manakah keberkesanannya kepada pelajar?

Aku berani kata pelajar hanya insaf selepas 2,3 hari mengikuti program motivasi. Lepas tu...habis. Jadi macam biasa balik. Haha. Tapikan mesti ada seorang dua yang betul-betul berubah dan bermotivasi secara kekal atau lama. Dan walaupun hanya seorang dua daripada berpuluh, beratus pelajar yang mengikuti program motivasi ini berubah, ianya boleh dianggap telah berjaya. Yey! Hehe...

Aku nak cerita pengalaman aku menyertai program sebegini. Banyak-banyak program, terdapat satu program motivasi yang bagi aku memang gilosss! Kena dera ala tentera lepas tu ada aktiviti main pijak-pijak bara api. Peeww! Masa tu form 4@5 tak silap. Siap nangis-nangis konon insaf lah. Keh3! Ada member aku tu kena psiko dengan fasi pasal tak nangis. Giler.. Hehehe...

Lepas tu masa LDK, kena pulak tulis nama member kita yang kita rasakan patut keluar daripada kumpulan. Sadis giler itu aktiviti. Macam cerita Survivor dah. Satu lagi aktiviti apa entah kalau tak dapat selesaikan kena bukak kasut, pastu bukak baju malam-malam kat luar. Aku kalau jumpa fasi tu kat luar memang rasa nak tempeleng jek. Hehe. Ada satu aktiviti seram iaitu night walk. Mata kena tutup lepas tu ditinggalkan berseorangan di kawasan hutan atau sekolah. Peh, ini aktiviti banyak kecut weh. Kepala hotak fikir bukan-bukan, fikir hantulah, fikir binatang buas lah... Huuuu...

Bagi aku, motivasi terbaik datangnya dalam diri sendiri. Itu yang lebih berkesan. Buatlah berpuluh program motivasi pun kalau diri sendiri tak mahu sedar, tak guna gak. Ok, kepada budak-budak sekolah, aku ucapkan selamat berprogram motivasi di masa akan datang. Kikikiki!

*Aku dah bosan, serik, muak dengan program motivasi!!!

Tuesday, 10 August 2010

Hip Hop. Suatu Kenangan Terindah Zaman Sekolah.



Jika dilihat pada zaman sekarang, aku tak berapa nampak lagi kemeriahan anak-anak muda melakukan aktiviti bersifat budaya barat. Mungkin ada cuma aku tak nampak. Maksud di sini jika kita imbas 8 tahun dahulu, anak remaja sibuk dengan budaya Hip Hop, Skin Head, Punk, Grunge dan Reggae.

Semasa aku menjejakkan kaki di sekolah menengah, aku mula mengetahui apa itu Hip Hop. Melihat abang-abang senior ke sekolah dengan baju dan seluar sedikit labuh, kasut Nike Air Force serta kadang kala membawa helmet untuk breakdance. Pergi ke kantin sekolah terpampang sebaris graffiti. Hebat! Di padang, pelajar berkumpul untuk melihat para pelajar ‘battle’ antara satu sama lain. Teruja aku ketika itu. Iyelah, dapat melihat gerak tari breakdance mereka tak ubah macam apa yang aku lihat di tv.


Too Phat.

Boleh aku katakan aku sedikit terpengaruh dengan budaya Hip Hop ni. Sedikit sebanyak aku tahu beberapa jenis nama gerak tari breakdance. Masa tu, kumpulan rap terkenal Malaysia, Too Phat memang hot. Lagu Anak Ayam, Wanna Battle?, Clap To This, Just A Friend dan banyak lagi menjadi peneman setia telinga aku. Kih3! Bila dengar lagu-lagu itu sekarang pasti membuatkan fikiran aku menerawang ke zaman tersebut. Indah....! Yup! Terlalu indah untuk dikenang. Huhu.

Jika pergi mall, boleh tengok budak-budak muda lepak dengan mengenakan dressing Hip Hop. Stail topi senget-senget sikit. Hehe... Kedai-kedai berkonsepkan Hip Hop pun tumbuh macam cendawan selepas ditabur baja. Oh yer, zaman tu orang dengar muzik masih pakai walkman kaset atau discman. Peewww! Nostalgia.


Yo! Haha! malu seh nak tunjuk muka dalam keadaan macam ni. :P

Tapi sekarang, suasana tu dah takder. Rindu pulak rasanya. Hehe. Walaupun budaya Hip Hop ni masih ada, tapi ianya dah berevolusi dan berubah. Agak berlainan dengan yang dulu. Aku sekarang pun dah tak layan Hip Hop ni. Cuma masih dengar lagu-lagu rap zaman 8 tahun dulu, tengok-tengok graffiti dan breakdance.

Apapun, zaman Hip Hop tetap menjadi pengalaman terindah bagi aku. Hip Hop+Sekolah= Kenangan terindah. Hehehe... Sekarang, zaman kampus layan motor pulak. Huhu... Lepas tu zaman kerja layan kereta dan zaman kahwin layan rumah. Hahahaha!

Saturday, 7 August 2010

Hatiku Meronta!!! Yarrggghhh!

Waaargggh! Muka terpaksa potong pasal sengal sangat mimik muka tuh. Hahaha...

Muak. Sedar tak sedar dah dekat 2 bulan aku di kampus. Menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Mengisi masa dengan pelbagai aktiviti sehinggakan aku terlupa untuk menggembirakan hati sendiri. Oh... Baru aku sedar rupanya perasaan bosan dan muak dah mula menjelma. Jiwa meronta-ronta mahu pulang ke rumah. Aku rindukan life di Johor!!!! Agghhhh!

Patutlah bila mengadap Facebook mula merapu bukan-bukan. Buka blog rasa bosan yang sangat. Keluar berjalan rasa seperti mencari sesuatu tetapi tidak jumpa. Hurm... Oh! Rupanya dah lama tak merasai suasana happening.

Dah lama rasanya tidak ketawa gila-gila, berbual gila-gila, keluar berjalan gila-gila, makan gila-gila, shopping berpada-pada (ececeh)... dan banyak lagi gila lah. Hahaha... Apa puncanya? Rupanya dah lama tak jumpa kawan lama. Patutlah.

Penyelesaian? Kau tunggu Ayisy..tunggu. Lagi 3 minggu kau balik. Bila kau balik, semua perasaan di atas hilang Ayisy. Hilang... Seperti buih-buih di lautan dihempas ombak. Eh, apa falsafah kau guna ni? Haha...

Errr... Ayisy, kau ride sana sini tak gembira ke? Gembira la siapa kata tak gembira. Cuma aku rindukan life di tempat lahir. Mana sama kan life di tempat sendiri dan di tempat orang. Huhuhu.

Monday, 2 August 2010

IPT Edu Ride. Masyuk!!!

Huhu...

Alhamdulillah, Sabtu lepas aku dapat menyertai satu ride yang disertai budak-budak IPT dari seluruh negara. Ride ke Cameron Highland yang menghimpunkan beberapa rider dari USM, UM, UTP, UTeM, IPG Pahang dan IPG Perlis berlangsung dengan jayanya. Oh, mengapakah gaya aku menulis seperti menulis laporan rasmi? Haha...

Aku bergerak bersama 2 orang member dari IPG menuju ke Cameron Hignland melalui jalan baru iaitu Koyan-Cameron Highland. Jalan memang terbaik! Memang nikmat lalu jalan situ. Jalan yang lebar, koner besar, kereta kurang ditambah lagi dengan pemandangan Banjaran Titiwangsa memang membuatkan korang tersenyum sepanjang ride.

Disebabkan jalan yang masyuk, perjalanan dari IPG ke Cameron Highland hanya mengambil masa 1 jam 30 minit. Oh yer, pastikan jika ingin melalui jalan tersebut, minyak diisi dengan penuh. Sepanjang jalan itu tiada pekan mahupun stesen minyak. Yang ada hanyalah hutan yang menghijau dan jalan yang super duper best!



Jalan yang terbaik!

Selepas sampai di Cameron Highland, kami menunggu kumpulan dari IPT lain sampai di sebuah warong. Selepas semua selamat sampai, barulah kami bergerak berjalan-jalan. Selepas puas melepak di Cameron Highlans, aku dan 2 member IPG bergerak pulang pada jam 5.45 petang.

Diharap, lepas ni akan diadakan lagi ride seperti ini bagi membuktikan bahawa penunggang motosikal bukanlah kumpulan orang-orang yang tidak mempunyai masa depan seperti mana pandangan segelintir masyarakat di Malaysia hari ini. Ini tidak, nampak budak muda naik motor terus cop Mat Rempit. Huh! Mentaliti kelas ketiga betul...

Sunday, 1 August 2010

Bila Lapar.


Bila lapar, kena makan. Bila makan, kena bayar. Bila bayar, duit keluar. Duit keluar, simpanan makin sikit. Simpanan makin sikit, emosi jadi sakit. Huh!

Aku nak tanya korang, sehari berapa kali makan? Sehari habis berapa ringgit untuk makan? Aku semenjak masuk IPG ni, selalu rasa lapar. Nak makan jek kerjanya. Pagi makan, tengah hari makan, pukul 2.00 petang makan, pukul 5.00 petang makan lepas tu makan malam kemudian kunyah coklat/cekedis malam-malam buta. Kalau aku lapar mesti kena makan kalau tak mood asyik macam nak ngamuk. Hahaha..

Disebabkan aku kuat makan, setiap hari aku habis diantara RM10.00- 15.00 hanya untuk makan! Wow! Macam orang obesiti bunyinya. Ditambah lagi keadaan di mana makanan kat Kuala Lipis mahal. Mana tahan kan tiap-tiap hari duit habis banyak untuk makan. Aku makan bukan sebab nafsu semata-mata, tapi perut lapar sangat. Hurmm... Kalaulah sepinggan nasi+lauk hanya RM2.00, air RM0.50 dan roti RM0.20, mesti sehari tak sampai RM10 habis. Haha.. Itu 20 tahun dulu dapatlah.

Jom tengok jadual perbelanjaan makan untuk sehari aku:

Makan tengah hari + air = RM5.50

Pukul 2 petang (roti) = RM1.00 – 3.00

Pukul 5 petang (snek) = RM1.50 – 3.00

Makan malam + air = RM6.00-7.50

Supper = RM1.50

Jumlah = RM15++ X 30 = RM450!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Harga di atas adalah purata. Tu tak termasuk sarapan sebab aku memang sarapan dengan air masak. Haha... Kalau aku jenis sarapan nasi lemak, roti canai dan teh tarik, mahu jejak sehari RM20.

Sebenarnya nak jimat boleh, tapi bila lapar komfem emosi tak stabil. Tu masalahnya. Jadi aku nak minta pendapat korang, macam mana nak jadikan perbelanjaan aku lebih saving?

Teringat dulu zaman duduk di asrama sekolah, yuran makan untuk sebulan hanya RM30 sahaja. Walhal sehari pelajar asrama diberi makan 5-6 kali sehari. Kenyang! Huhu... Masa tu kerajaan support habis makanan kami. Kalau duduk IPG masih macam tu, komfem elaun aku tak habis. Eh, habis gak tapi habis buat bikin motor. Hahaha...!

Wednesday, 28 July 2010

G-Shock GW-S5600. Jam Bertali Carbon Fiber!

Casio G-Shock GW-S5600

Nak beli! Tapi tak rela duit dilepaskan...

Itulah penangan jam keluaran terbaru Casio, G-Shock GW-S5600. Sekali pandang, tak nampak keunikan yang terdapat pada jam ni melainkan seutas jam G-Shock berbentuk klasik dengan sedikit hiasan. Tetapi setelah diteliti betul-betul, jam ini menggunakan tali yang diperbuat daripada carbon fiber! Peh!

Bila sebut tali carbon fiber, apa yang boleh diharapkan adalah tali ini takkan putus. Jadi ianya memberi ketenangan emosi dan mental korang selepas memiliki jam ini. Tak payah runsing pening kepala bagai sebab takut tali jam putus. Selalunya, jam tali getah akan putus selepas lama digunakan. Selain itu, apa yang aku faham adalah selain daripada tali, bahagian lain seperti spring bar, buckle dan band ring juga disaluti carbon fiber. Terbaik!


Lihat talinya. Di dalam terdapat carbon fiber yang mengukuhkan tali. Gambar diambil dari seiyajapan.com


Yang menjadikan jam ni bertambah cool adalah teknologi yang terdapat padanya. Menggunakan tenaga sang matahari sebagai punca kuasa membolehkan korang tak perlu menukar bateri jam lagi. Hanya perlu pakai, dan hulurkan jam anda ke arah matahari. Hehe.. Tak lah. Gurau jek, takdelah kena buat macam tu sekali.

Teknologi lain ada tapi tak guna aku cerita sebab ianya tidak dapat berfungsi di negara ini. Contohnya time calibration signal reception (Wave Ceptor) yang membolehkan jam membetulkan waktunya secara automatik. Huhu... Harga tak rasmi RM950++. Heh! Aku tak pasti sama ada jam ini dibawa masuk ke Malaysia ke tak. Kalau tak, korang tak payah risau sebab ianya boleh dibeli secara online seperti di eBay, Amazon, seiyajapan.com dan sebagainya. Orait?

Tuesday, 27 July 2010

Naik Motosikal Memang Terbaik!

Haha!

Ada orang cakap gila. Ada orang cakap enjin meletup. Ada orang cakap tak penat ke? Ada orang kata boleh ke? Ada orang kata sakit punggung woo...!

Itulah ungkapan apabila seseorang bertanya kepadaku “Naik apa balik kampung/kampus?”. Lalu aku menjawab “Naik motor kapcai”. Meh sini aku cakap, korang kalau naik motor Honda C70 dari Johor ke Perlis pun boleh sampai. Tarak hal lah! Takdernya enjin meletup, tayar meletup mahupun karburator meletup.

Dahulu, aku pernah buat naik Honda EX5 berusia 10 tahun dari Batu Pahat ke Kuala Lipis makan 7-8 jam, alhamdulillah sampai tanpa sebarang masalah. Pernah juga aku ride dari Kuala Lipis ke Batu Pahat lalu jalan dalam (bukan highway) selama 9-10 jam pun sampai jugak. Jadi apa masalahnya dengan motor kapcai? Jangan pandang rendah motor kecik bro...

Aku kalau ke mana-mana sebolehnya nak naik motor. Aku tak suka naik bas, keretapi dan lain-lain pengangkutan awam. Bukan memandang rendah cuma aku sukakan kebebasan, tak suka menunggu, tak suka buang masa, tak suka sesak-sesak dan banyak lagilah. Lagi satu aku ni mabuk naik bas aircond. Tak sampai 15 minit komfem dah start pening. Lepas tu naik bas/keretapi ni duduk jek. Bosan! Walaupun boleh dengar lagu, tengok tv tapi sumpah tak feel langsung. Berlainan dengan naik motor, kau lapar boleh singgah kedai, kau bosan boleh lepak RNR, kau nak buang air boleh singgah tandas, ada jalan selekoh kau boleh praktis amik lap. Apa lagi? Huhuhu...

Owh lupa pula, kalau jalan jem korang akan senyum sombeng bila naik motor dan memotong sebuah Ferrari. Hehe... Tapi ingat, naik motor ni ada risikonya. Kalau hujan, adehhh.. Itulah kelemahannya. Lagi satu motor ni kecik berbanding kenderaan lain. Jadi risiko kemalangan adalah tinggi. Pakai helmet, dan kalau boleh pakailah alat keselamatan tambahan lain seperti kasut dan knee protector.

Oh yer, aku menyampah melihat sebilangan anak muda yang baru pakai kereta buat muka kerek bila melihat penunggang motosikal. Memaki hamun penunggang motosikal. Ada pula orang pandang rendah pada motor kapcai dan hanya agungkan superbike padahal dia sendiri pun tiada superbike! Apa cer? Hurm... Lantak lah. Yang penting para rider rock! Mungkin suatu hari nanti apabila aku sudah berkereta, aku akan berkata " Naik Kereta Terbaik Seh!". Hehehe.

P/S: Aku nak tanya korang, apakah pandangan korang bila melihat sekumpulan penunggang motosikal? Benci? Suka? Atau melihat mereka ini sebagai pengguna jalan raya yang paling sengkek?


Sunday, 25 July 2010

Kuala Lumpur? Best Ke?


Kuala Lumpur? Sebelum ni aku memang jarang pergi ke KL. Orang kata di KL semuanya ada. Iyeke? Sampai budak tempat aku asyik-asyik turun KL jek.

Dah nama ibu negara Malaysia, mestilah KL antara tempat paling gempak kan. Alhamdulillah, sejak tahun lepas dan tahun ini aku banyak berpeluang pergi ke kota besar ini. Jadi, apa yang aku boleh cakap tentang KL adalah? Takder lah best sangat. Kenapa aku cakap macam tu?

Aku tak nafikan kalau korang cari barang elektronik seperti komputer dan gajet, KL lah syurga barangan tersebut. Aku kalau pergi KL memang rambang mata tengok barang elektronik yang canggih, murah dan terlalu banyak pilihan. Nama Low Yat Plaza aku rasa kalau siapa tak tahu nampak sangat dia tak amik berat tentang kemajuan teknologi komputer di Malaysia. Huhu...

Kedua, KL adalah syurga bagi kaki motor macam aku. Pergi KL berlambak kedai motor dan ada satu tempat namanya Sentul, kat situ ada deretan kedai motor yang akan membuatkan nafsu aku membuak-buak. Hahaha! Di situ meriah dengan pelbagai aksesori motor. Juling biji mata nak buat pilihan. Kalau tak bawa duit lebih merana jiwa raga beb!

Kalau bab pakaian pula, aku rasa KL bukanlah citarasa aku. Entahlah. Bila aku pusing KL, aku tak nampak apa yang aku cari. Sebesar-besar Mid Valley, Time Square, KLCC, Pertama, Sogo, The Mall, Campbell dan sebagainya aku rasa bosan jek kalau mencari pakaian. Mungkin terlalu banyak pilihan atau pilihan-pilihan di situ terlalu asing buat aku. Berlainan jika aku shopping di Johor Bahru dan Melaka, hampir semua kedai bagi aku memang style! Bahkan di Batu Pahat pun aku rasa dah cukup untuk memenuhi keperluan pakaian aku. Hehehe...

Akhir sekali, aku kalau bab jalan-jalan dan shopping, aku sukakan ketenangan. Nak belek barang kena tenang, nak pergi bayar kena tenang, nak makan kena tenang... Tapi kalau kat KL sesak sangat dengan manusia. Nak belek barang ramai orang, nak beli tiket wayang kena beratur panjang, nak bayar kena beratur panjang dan nak makan kat fastfood pun kena beratur panjang giler babeng! Lepak seh kalau camtu. Huhu..

Kesimpulannya, aku lepas ni hanya akan ke KL jika mahu mencari barang komputer dan motor sahaja. Terima kasih. Hahaha!

Tuesday, 20 July 2010

Jejak Kasih Selepas Terpisah 12 Tahun.


Ni gambar diaorang masa darjah 4. Aku dah pindah masa ni.

Teruja tahap gaban! Rasa macam tak percaya jek keadaan ini berlaku. Huhu.. Bayangkan... Kawan-kawan aku yang sudah dekat 12 tahun terpisah berjumpa kembali. Aku pernah terfikir nak cari diaorang tapi tak jumpa-jumpa sehinggalah...

Masa aku bosan-bosan main Facebook, entah macam mana boleh terlintas di fikiran hendak mencari kawan-kawan lama. Aku terus teringat kawan-kawan masa aku bersekolah rendah di Mersing, Johor. Lama betul aku melupakan mereka. Lepas aku pindah ke Batu Pahat, terus lost contact dengan diaorang.

Mula-mula cari tak jumpa-jumpa. Search sana-sini. Akhirnya aku jumpa satu group sekolah lama aku tuh. Huhu... Apa lagi, godek punya godek. Tak jumpa gak. Last-last aku tanya jek kat sorang budak dalam group tu. Terus jumpa sorang member lama. Haha.. Daripada sorang member tu terus jumpa semua member lama. Kah3! Hebat betul teknologi zaman sekarang.

Ni pulak geng aku sejak darjah 3 dan masih melekat hingga sekarang. :)

Hurm... Boleh aku katakan diaorang la geng pertama dalam hidup aku. Geng satu sekolah, geng sepermainan dan geng berbual. Malangnya, aku sempat berkawan dengan mereka sampai darjah tiga sahaja.

Sekarang, semua dah besar-besar. Muka dah lain giler. Sampai aku tak cam. Dah yang lebih best, kebanyakan diaorang belajar di IPG dan UPSI, nak jadi cikgu. Hahaha... Tak sangka. Boleh sama pulak. Apapun, harap korang terus berjaya dalam bidang masing-masing. Ada masa, nanti aku turun Mersing kasik gegar FELDA Nitar 2. Hahahaha!

Wednesday, 14 July 2010

Belajar Hilangkan Tekanan Dan Kebosanan.


Apabila aku menjejakkan kaki ke kampus, tiada lagi aktiviti keriangan seperti mana yang aku alami di kampung sendiri. Nak tak nak, kena pandai cari sesuatu yang menghiburkan dan menghilangkan kebosanan.

Nasib baiklah di IPG aku ramai budak-budak yang suka ride. Setiap kali cuti hujung minggu, jika tidak ada apa-apa pasti ada saja rancangan. Jadi, boleh aku katakan antara aktiviti utama untuk menghilangkan bosan adalah jalan-jalan menunggang motosikal. Takde aktiviti lain dah. Tu jek lah. Hehe..

Selain daripada jalan-jalan, kadang-kala guru pelatih dan pensyarah IPG dijemput untuk mengiringi rombongan orang kenamaan yang datang ke Kuala Lipis ataupun IPG kitaorang sendiri. Best eskot-eskot orang ni, dapat baju free, makan dan duit. Kih3! Lagi-lagi ada polis eskot lagi la rasa jalan tu macam kitaorang yang punya. Kah3! Alah.. sekali sekala. Bila lagi kan nak seronok-seronok lepaskan tension belajar...

Semalam, IPG aku menerima lawatan daripada Rektor IPG, Pegawai Namibia Teacher Training College, Pengarah, Tim Pengarah KPM dan IAB. Sebelum diaorang tiba, kitaorang eskot bagi meraikan kedatangan mereka. Huhu... Bila difikirkan, aku rasa macam bangga bila ada orang datang nak tengok sistem pendidikan guru di Malaysia. Iyelah, jika zaman dahulu hanya orang kita sahaja ke luar negara untuk melihat sistem diaorang. Tapi sekarang, orang luar pula datang untuk melihat kita. Kombang hidong eden. Hehe..




Mat saleh ambil gambar tu sporting habis!


Menyambut tetamu masuk. Huhu...

Bila ada aktiviti sebegini, aku rasa seronok hidup di kampus ni. Ramai orang suka cakap bosan lah duduk sini, takder benda pun. Sebenarnya kalau korang tinggal di mana pun, tetapi pandai menyesuaikan diri dan bijak mengisi masa dengan aktiviti yang menyeronokkan, aku yakin korang tetap akan happy. Janganlah asyik merungut dan merungut. Kalau macam tu sampai bila-bila pun korang akan tetap tersiksa dan dibebani kebosanan maha dasyat! Hahahaha!

Monday, 12 July 2010

Duit Adalah Segalanya?

Game kehidupan di alam maya.

Duit cumalah sehelai kertas. Tetapi dengan sehelai kertas tu, kita boleh tukar dengan pelbagai benda bahkan orang sekalipun. Haha... Penting sangat ke duit nih? Penting bengong duit! Takder duit macam mana nak hidup. Orang kata duit bukanlah segala-galanya. Duit bukan alat untuk mencapai kebahagian. Iyeke?

Macam ni, sejak dua menjak ni aku boleh pulak gian main game The Sims dan Singles 2. Game ni boleh aku katakan simulasi kehidupan sebenar tetapi dibawa ke alam maya. Game ini membolehkan korang mengawal beberapa watak untuk menjalani kehidupan seperti di dunia sebenar. Korang akan bina rumah, beli perabot, membina hubungan sesama manusia, bekerja, berhibur, kemas rumah, urus hal rumah tangga dan sebagainyalah. Cabarannya ialah menjadikan setiap watak tu hidup bahagia dan harmoni.

Main punya main game ni punyalah susah nak menjadikan setiap watak ni bahagia. Masalah yang aku paling geram sekali ialah kekurangan duit. Berhari-hari, berjam-jam aku main punyalah lama. Punyalah susah nak upgrade taraf kehidupan watak dalam game tu.

Last-last korang tahu aku buat apa. Pergi internet cari cheat. Kah3! Aku cari satu cheat jek, cheat duit! Ya! Duit! Aku pergi masukkan cheat tu dan taruk berapa dollar yang aku mahukan sepuas hatiku. Hahahaha! Dan akhirnya aku berjaya bina rumah yang besar, perabot dan hiasan mewah, alat-alat yang canggih dan sebagainya. Bila benda tu semua berjaya dipenuhi, secara automatik watak-watak yang aku mainkan senang untuk bahagia dan tentu sekali tak payah bekerja. Kah3!

Jadi, apakah kesimpulan daripada game yang aku main ni? Adakah duit adalah segala-galanya? Bagi aku, duit itu penting. Tetapi perlu diseimbangkan dengan perkara lain yang juga sama penting. Takder duit susah, duit banyak sangat pun susah sebab takut orang rompak. Hehe. Jadi senang cerita bersederhanalah. Terpulang kepada setiap individu untuk menilainya. Huhu...

p/s: Game ni hanyalah permainan semata-mata. Tak boleh dijadikan contoh mahupun pedoman untuk hidup di alam nyata. :)

Thursday, 8 July 2010

Tajuk Entry Ini : Perubahan

5 tahun yang lepas.

Sudah masuk bulan Julai rupanya. Tak sangka tahun 2010 ini aku rasakan begitu rempit masa berlalu. Semester lepas semester paling giler aku. Tekanan belajar, member kemalangan jalan raya, aktiviti itu ini, duit sikit dan banyak lagi. Paling sedih aku kemalangan motosikal bulan Mei lepas. Huk!

Bila imbas kembali 3 tahun yang lepas, lagi la aku rasa kejap. Daripada zaman naik bas pergi Kuala Lipis ramai-ramai macam rombongan sekolah, kemudian naik motor Honda EX5 dan sekarang masing-masing dengan motor/kereta baru. Nampak dah perubahan pada diri dan muka masing-masing selepas 3 tahun berlalu. Huhu... Paling best, sebelum masing-masing kemalangan, pantang nampak highway atau selekoh, sekor-sekor masuk hantu. Tetapi lepas kemalangan, baru la nak berhemah di jalan raya. Kat highway K.Lumpur, bawak penuh kesopanan beratur tepi jalan. Keh3!

Dulu, nak balik kampung dari K.Lipis ke Batu Pahat, peh! Terasa dia punya kejauhan. Syahdu betul bila balik kampung. Naik keretapi waktu malam, sedar-sedar dah sampai di siang hari. Sekarang? Haha... Perjalanan 7-9jam dah tak rasa dah. Kampung yang jauh terasa dekat. Merempit balik kampung pun punggung dah tak kebas, tangan dah tak bergetar.

Masa awal di IPG, peraturan suruh pakai kasut waktu kuliah petang, masing-masing melawan. Masing-masing tak nak pakai kasut. Muncung jek mulut. Tapi sekarang, macam dah faham-faham jek setiap kali kuliah rasmi/majlis mesti pakai kasut. Tak payah disuruh-suruh. Mula la sekor dua akan psiko “dah matang budak-budak ni”. Hak3!


Terkini. Semua pakaian di atas sudah aku buang kerana koyak semasa mengambil selekoh cecah siku dan bahu. Kah3!

Harap, untuk semester ini segala perjalanan hidup berjalan lancar. Kalau korang perasan, sekarang ni seminggu terasa begitu kejap berlalu. Masuk kuliah hari Isnin, tengok-tengok esok dah Jumaat. Tengok-tengok eh..dah nak puasa. Pastu eh...nak raya pulak. Tengok-tengok lagi eh...dah kerja. Tengok-tengok-tengok lagi eh...dah nak *==*. Dan akhirnya tengok kat shopping complex, anak berderet macam keretapi berbaris belakang mak ayah. Lepas tu ada yang nangis minta belikan mainan. Kah3!

Ok,ok. Terlebih pulak. Kepada yang masih belajar, harap korang masih bersemangat untuk belajar dan meneruskan kehidupan. Masa akan datang lagi 2,3 tahun tak tahulah apa perubahan yang akan terjadi. Huhu... Bak kata cikgu aku, “Setiap perubahan itu menjanjikan kematangan dalam hidup kita.”