Sunday, 19 September 2010

Erti Raya Tahun Ini...

Takder kerja ambil gambar kat tunggul.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Sengal la ko Ayisy dah seminggu raya baru nak ucap. Haha... Takper-takper, bukan salah pun kan.

Sudah lama tak update cerita baru. Maklumlah, kesibukan dan keseronokan untuk menyambut raya selama hampir 3 minggu.

Raya tahun ini macam biasa, best dan happening. Berjumpa dengan insan-insan yang mungkin hanya setahun sekali berjumpa. Kalau tiada raya, mungkin hubungan kekeluargaan atau persahabatan boleh terputus. Masing-masing sibuk dengan tugas dan pelajaran. Nak jumpa masa cuti pun susah. Jadi, di Hari Raya lah peluang untuk berjumpa dan bertanya khabar saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Apabila sudah lama tidak berjumpa, macam-macam cerita keluar dan hendak dibualkan. Tak berhenti-henti nak kongsi. Huhu... Masing-masing sudah berubah. Paling syahdu, berjumpa dengan seorang cikgu aku yang boleh aku anggap antara terbaik sepanjang persekolahan. Last jumpa tahun 2007. Banyak kata-kata nasihat yang diberi olehnya. Tak ubah seperti masa zaman sekolah, cikgu tersebut selalu memberi kata-kata semangat dan nasihat. Sukar untuk mencari insan seperti itu. Sebab tu lah kenangan zaman sekolah sukar untuk aku lupakan dan aku merasakan ianya zaman terindah dalam hidup.

Walaupun cuma sekali dua dalam setahun berjumpa, bila jumpa balik dengan saudara, rakan-rakan terus mesra macam tak pernah berpisah. Rancak berbual macam biasa. Mesra seperti dulu. Itu yang best! Hehe... Kalau dengan member tu, psiko2 dan gurau kasar macam biasa. Tak rasa seperti dah lama tak jumpa. Keakraban masih seperti dulu juga. Tak pernah pudar.

Yang tak best, waktu balik ke kampus. Hadooiii... Mula la sedih-sedih teringat kampung. Huhu... Tapi nak buat macam mana, tanggungjawab kena la buat. Kalau kampus aku cuma 2 jam perjalanan dari rumah, mau minggu ni aku balik rumah lagi sambung beraya. Hahaha!

Ok, di saat dan peluang ini, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua insan yang mengenali diri ini tak kira sama ada di dunia nyata mahupun dunia internet sekiranya sepanjang pertemuan dan persahabatan aku ada membuat salah. Peace!

16 comments:

imanshah said...

selamat hari raya dan selamat memulakan pengajian semula!!

diba said...

berpa bnyk tggul kat umah tu..he
samat ari raya;)

ayisy said...

imanshah, Selamat Hari Raya juga. Huhu..

diba, Huhu.. Banyak jugak lah. Sbb banyak pokok kelapa tua kena tebang. Selamat Hari Raya juga. :)

Afzainizam said...

-SalamAidilfitri-Maaf Zahir & Batin-
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat


ohhhhh kelapa itu di tebang untuk ambik daunnya buat ketupat kut....

ni time raya aje pluang yang ade nak jumpa sepupu sepapat dan kang kawan..... banyak yang nak di borakkan

ayisy said...

Afzainizam, Huhu... Tak pastilah. Balik kampung jek tengok2 dah kena tebang.

Sebab tu ada raya. Kalau tiada raya, mmg tak jumpa2 la saudara mara dan kwn2. Huhu

fiD said...

tapi lagi indah kalau raya dapat main bunga api dan meriam.. orang kata zaman kanak2 itu indah.

ayisy said...

fid, Raya ni aku tengok org main mercun. Boleh lah. Hahaha... Zaman kanak2 mmg indah. Takder rasa malu. Selamber jek....

Seri said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
maaf zahir dan batin

Anonymous said...

Welkom op onze rolluiken winkel! Wij bieden u graag onze [url=http://www.rolluiken-gigant.nl/]rolluiken[/url] aan, goedkoop en in de hoogste kwaliteit van Verano, het toonaangevende merk in de zonwering branche. De rolluiken zijn gemaakt van hoog kwaliteit aluminium. Een [url=http://www.rolluiken-gigant.nl/index.php?page_name=opmeetinstructies]rolluik[/url] monteren kunt u eenvoudig zelf met onze bijgeleverde instructie en daardoor kunt u rolluiken goedkoop bestellen tegen de beste kwaliteit.

Anonymous said...

Лучшая тизерная партнерка для вебмастеров: [url=http://TeaserNet.com/?owner_id=18634]http://TeaserNet.com/?owner_id=18634[/url]

Deqna said...

wuit :)

Anonymous said...

Hey, I can't view your site properly within Opera, I actually hope you look into fixing this.

Anonymous said...

[b]viagra dosage effects video of viagra sex buy viagra on the internet [/b]
Because postresidency fellowships can be competitive many trainees devote two additional years to research. Besides requiring the NAPLEX and law examination some States and territories require additional exams that are unique to their jurisdictions. Webbased software in beta last year and now has more than users. While the terrain varies greatly there is a commonality across Canada and that is the severity of winter. News What Would U Do poses weekly theoretical survival scenarios. In the eighteenth century certain public almshouses evolved into public hospitals by focusing on caring for the sick. So in my mind I did the right things but the outcomes have been all wrong anyway. nonSSL page.

Afzainizam said...

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Selamat Menyambut Aidil adha
Selamat menunaikan ibadah korban
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

Anonymous said...

Great writing! I want to see a follow up to this topic!


http://fish-insurance.info

hans said...

update cepat oiii

P/S : Apabila Si Gila Bertemu Si 'Gila'! Hans Conan Menyiasat!