Wednesday, 14 March 2012

Memori Yang Akan Dikenang

Downhill Genting Highland. Pemandangan memang cun!


Bulan 4..5..6..7..8..9..10..11

Tambah tolak cuti apa semua tinggal dalam 7-8 bulan sahaja kaki dan tayar motor aku berada di sana. Sekarang, seminggu macam sehari. Sehari macam satu jam. Pantas berlalu.

Mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Kesimpulan tentang life 5 tahun lebih di situ. Seperti yang pernah aku kata, life di sana adalah 360 darjah berbeza seperti yang aku idamkan, berbeza seperti yang aku bayangkan, berbeza persekitaran, berbeza budaya dan berbeza dengan life aku sebelum ini.

Pada awalnya, memang terlalu sukar. Biasalah. Permulaan memang sukar. Bila sudah lama, ianya biasa. Dan kadang-kala ada yang menyeronokkan untuk dikenang. Walaupun secara keseluruhan life di sana memang "tak best". Hahaha. Tapi masih ada kenangan yang manis untuk dikenang dan dicerita.

Cuma aku nak sentuh satu perkara yang menjadi kegilaan aku di sana. Yang tak pernah aku terfikir. Yang tak pernah aku bayangkan. Dan tak pernah aku jangka ianya menjadi kegilaan aku.

Riding di kawasan pergunungan.

Lahir di Batu Pahat. Mana ada banjaran. Mana ada jalan macam ular kena palu. Mana ada kabus tebal menutupi pemandangan. Mana ada udara sejuk walau tengah hari. Mungkin ada la Gunung Soga tu tapi biasa-biasa jek. Tak feel sangat pun.

Bila riding di kawasan gunung dan hutan, kadang-kadang kita rasa bukan macam di Malaysia pun ada. Kita rasa jauh dari budaya hidup biasa. Kita rasa puas. Kita rasa sesuatu yang baru.

Bila fikir, tinggal berapa bulan saja lagi di sana. Entahlah. Tak pasti adakah tahun depan ada lagi peluang riding seperti sekarang. Ditambah lagi kawan-kawan se'riding' mungkin membawa haluan masing-masing. Sukar untuk berjumpa dan berkumpul.

Hampir 5 tahun main motor. Macam-macam berlaku. Pahit manis. Rasanya kenangan bersama dunia riding lebih besar berbanding kenangan zaman belajar. Member-member riding yang dikenali, walaupun jarang berjumpa tetap menjadi ingatan.

Sekarang, aku dah mula boleh mengumpul segala kenangan sepanjang 5 tahun ini untuk dijadikan satu fasa. Seperti mana aku kumpul kenangan sepanjang 5 tahun di sekolah menengah dahulu. Dan tahun depan dan masa akan datang, ada benda untuk aku sembang dan kenang.


Pemandangan yang tiada di tempat sendiri.



Jalan yang mungkin akan dirindui suatu hari nanti. haha



Monday, 20 February 2012

Ughhhhh...!

Sesukar manapun hidup, pasti ada ruang untuk kita rasa bahagia seketika :)


Sedih... Murung... Oh.. Memang jem la sekarang ni. Dalam otak hanya fikir hujung minggu. Hujung minggu mesti balik. Kepala serabut tahap maksimum. Makan tak selera. Berat dah turun hampir 3kg. Urggghhh...! Lagi 2 bulan lagi praktikum. Lagi 2 bulan. Cepatlah masa berlalu... (@_@)

Kali ini aku rasakan kehidupan paling sukar. Paling sukar. Terlalu sukar sehingga kadang-kadang termenung memikirkan jalan keluar. Tidur tak lena. Makanan sedap tak terasa sedap. Cerita kelakar terasa membosankan. Orang ketawa kita hanya mampu tersenyum.

Kehidupan yang sukar sebenarnya mengajar kita. Mengajar kita supaya lebih kuat menghadapi kehidupan yang mendatang yang mungkin lebih sukar.

Sekarang, hanya perlu bersabar dan tahan. Ikhlaskan hati menerima dugaan ini. Biarpun terasa senak di hati dan kepala. Mohon kepada Allah agar dikeluarkan daripada beban masalah ini.

Walau diri dihimpit rasa duka dan tertekan, jangan dilayan sentiasa perasaan itu. Cari peluang untuk menggembirakan diri sendiri. Mudah jek. Jika cuti, pulanglah ke rumah atau tempat yang kita suka. Sekurangnya ia mampu melupakan seketika masalah walau sehari. :)


Saturday, 28 January 2012

Satu Lagi Perpisahan~

Pertemuan dan perpisahan adat kehidupan. Masih ingat lagi zaman awal berpisah dengan rakan persekolahan, memang cukup perit. Dan sekarang, berpisah pula dengan rakan di IPG. Berpisah sementara waktu menjalani praktikum. Sekali lagi diri merasai perit.

Selalunya, perpisahan akan berlaku bila kemesraan mula timbul. Bila proses dan umur persahabatan berjalan selama beberapa tahun, bila ianya mula terasa dekat, bila ianya mula membaca hati ke hati, di situlah akan bermulanya perpisahan.

Perpisahan di sini bukanlah bermaksud berpisah langsung tak jumpa-jumpa. Tapi berpisah yang aku maksudkan ialah tidak lagi bersama. Masing-masing jauh. Namun, cukup perit untuk dirasai.

Rasanya sudah bertahun-tahun letih melayan rasa hati berpisah dan berjauhan dengan rakan persekolahan. Tahun depan, mungkin bertambah lagi rasa perit tersebut dengan satu lagi perpisahan.

Thursday, 26 January 2012

Cinta Itu Buta... Hahahaha!



Seseronok mana pun aku ride ke sana ke sini, segembira mana pun aku berjalan di negeri orang, seghairah mana pun melayan koner di banjaran-banjaran gunung... Masih tak dapat menandingi seronoknya menghabiskan masa bersama teman rapat sejak zaman sekolah lagi.

Setengah hari menghabiskan masa bersama teman rapat terasa begitu bermakna. Lebih bermakna berbanding menghabiskan masa hujung minggu dengan meleper ke sana ke sini.

Ketenangan dan keindahan Cameron Highlands masih tidak setanding ketenangan yang diberikan di tempat sendiri. Bila berada di tempat sendiri, seakan hilang segala perasaan bimbang. Bila bersama teman rapat, seakan lupa segala masalah dan sedih yang membelenggu hati. Digantikan dengan gelak tawa dan kongsi cerita. Setiap saat mengukir senyuman di wajah.

Kan indah jika semua itu berada di sekeliling kita setiap masa. Seperti suatu ketika dahulu~ Memang benar kata orang, cinta itu buta. Entahlah... Sehingga kini masih sukar menerima tempat lain dan orang lain. wakakaka!

Friday, 13 January 2012

Minat

Ini risiko! Tapi anda menghadapinya kerana anda minat!

Dalam hidup, kita kena pilih dan buat sesuatu yang kita suka. Pilihlah sesuatu yang kita suka walaupun ianya sukar. Kerana perkara yang sukar, kita akan tetap semangat untuk melakukannya jika kita suka. Pilih yang kita mahu. Pilih yang kita idamkan. Begitu juga semasa membuat sesuatu keputusan, dahulukan minat dan gerak hati.

Sebabnya, dalam hidup kita akan sentiasa dilanda ujian. Namun, kita pasti akan menghadapinya dengan semangat kerana apa yang kita lalui adalah perkara yang kita suka. Biarpun kita jatuh tergolek, kita akan bangun dengan semangat baru mengejar kejayaan yang kita idamkan.

Berlainan jika kita memilih perkara yang kita tidak suka. Benda yang senang menjadi sukar. Bila jatuh, sukar untuk bangun. Bila tersungkur, seakan tiada semangat untuk bangkit. Tersandung batu pun mengeluh berpanjangan.

Itulah bezanya. Jangan takut untuk memilih yang kita mahu hanya kerana takutkan risiko. Dan jangan memilih yang kita tidak mahu hanya kerana ianya jalan selamat. Percayalah, jalan selamat akan berubah menjadi risiko jika ianya perkara yang paling dibenci oleh anda.

~Sekadar berkongsi pengalaman~

Friday, 6 January 2012

Sedih


Hari ini, sekali lagi hidup aku diberi ujian. Selepas hampir 4 bulan hidup selesa, akhirnya masa yang ditunggu dan ditakuti tiba. Praktikum di kawasan pedalaman dan orang asli. (@_@)

Walaupun telah bersedia, tapi bila ia menimpa, memang tak boleh sorok perasaan sedih, sunyi, takut dan risau. Tapi kita kena percaya, Allah tak akan menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Lagipun sebelum-sebelum ini, perasaan yang sama telah banyak kali timbul. Ujian demi ujian silih berganti. Bila sudah lepas, diimbas kembali, aku boleh tersenyum. Maksudnya, dengan izin Allah, memang aku mampu menghadapinya.

Kadang-kala, timbul rasa sedih dan sayu bila aku rasa macam tiada siapa yang faham dan nampak situasi aku sekarang. Walaupun bercerita dengan rakan rapat dan family, mereka tak nampak apa yang sebenar aku lalui. Akhirnya, hanya Allah tempat aku berdoa, meminta pertolongan dan mengadu. Sebab hanya Dia yang betul-betul mendengar kesedihan dalam hati aku.

Untuk menghilangkan perasaan takut dan sedih bila ditimpa ujian, bukan mengambil masa yang singkat. Ia mengambil masa. Ia mungkin mengambil masa 2,3 hari, seminggu, sebulan, setahun mahupun bertahun. Tapi percayalah, pada satu peringkat kita akan rasa diri kita bertambah kuat menghadapi ujian-ujian hidup.

Bila melihat kehidupan orang lain, timbul juga rasa iri hati. Iri hati melihat kehidupan mereka gembira dan seronok. Tapi kita cepat- cepat buang perasaan itu. Setiap apa yang ditakdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Orang yang berjaya dan bahagia juga selalunya pada permulaan hidup diberi ujian dan kehidupan yang sukar. Apapun, dalam hidup kita kena yakin dan percaya dengan rahmat dan pertolongan Allah.

~Entry ini ditulis dalam mood yang sangat-sangat sedih~
~Tapi aku tetap nak kata, chill bro!!! hahaaha~