Posts

Showing posts from February, 2009

Orang Munafik a.k.a Berbual Kambing...

Image
Helo! Korang semua tahu apa maksud berbual kambing. Istilah berbual kambing ini popular mase aku sekolah dulu. Istilah lain yang sama waktu dengannya ialah berbual lebat,berbual kencang dan sebagainya. Pelik-pelik jek istilah ni kan. Oklah,aku nak kongsi sikit apa yang dimaksudkan dengan orang munafik. Definisi Munafik • Istilah syarak: orang yang menzahirkan apa disembunyikan di dalam hatinya. • Ertinya, orang yang di dalam dirinya tidak ada keserasian dan keselarasan antara zahir dan batin. • Sekiranya apa yang disembunyikan adalah pendustaan terhadap asas-asas iman dia adalah munafik yang tulen,dan hukumannya di akhirat adalah hukuman orang kafir. Asas Kemunafikan/Nifak • Asas kemunafikan adalah kufur dan takut. • Individu yang munafik menyembunyikan kekufurannya kerana takut diketahui identitinya yang sebenar iaitu kufur. • Mereka berpura-pura Islam kerana ingin mendapatkan habuan keduniaan dengan Islam mereka secara zahir. • Dan mereka berusaha menghancurkan Islam dan umatnya dari

INTEL...Oh...INTEL

Image
Salam semua. Aku nak citer sikit pasal INTEL ni. Sejak masuk semestar 1 Ijazah ni,ada satu program yang dinamakan INTEL. Aduiii... Tapi nak tak nak,kene buat jugaklah. Serabut gak mula-mula tu nak paham apa itu program INTEL. Tapi dengan bantuan beberapa orang pensyarah yang gempak dan hebat,dapat gak la aku dengan kumpulan aku paham apa yang nak dibuat. Bila aku belek-belek buku dan cd yang INTEL bagi,pening gak nak paham. Maklumlah,BI... Hehehe... Papepun,let go kawan-kawan.. Kita buat betol-betol. Kalau menang,kita pegi Japan woooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo..

Mak Bapak saman Cikgu... Apa kes.

Image
Zaman sekarang,aku selalu gak dengar kes cikgu kene saman dengan mak bapak budak. Dah macam musim plak. Bila cikgu cuit sikit anak murid,kene saman,kene report polis. Berita-berita macam ni membuatkan aku rasa geram dan panas hati. Kecoh giler la mak bapak zaman sekarang. Sikit-sikit nak saman. Kalau tak nak anak kena cubit,rotan,pukul dengan cikgu tanpa alasan munasabah,pegi la hantar anak diorang belajar kat sekolah yang diorang buat sendiri. Yang anak diorang plak,jambu arr main report-report kat orang lain. Konon otai atau samseng kat sekolah,tapi main ngadu-ngadu,saman-saman. Kecut la diorang! Selama pengalaman aku kat sekolah,hampir kesemua guru-guru aku baik dan bertanggungjawab. Aku rasa takda sebab nak kata guru sekarang takda kualiti macam guru zaman dulu. Memang aku tak nafikan ada segelintir guru yang kurang fokus terhadap kerjaya guru,tapi walaubagaimanapun,diorang tetap ada jasa dan sumbangan dalam mendidik diri aku. Ada pengajaran yang aku kutip daripada diorang. Adad l

Nak jadi Cikgu...

Assalamualaikum... Fuh,penat gak arini dok kat bilik kuliah. Dari pukul 8pagi sampai pukul 1tgh,kuliah memanjang. Tapi takpelah... Sebenarnya aku nak cerita satu cerita,dari mula-mula aku mohon untuk masuk IPGM(dulu maktab perguruan),ramai orang akan tanya,kau minat ke jadi cikgu?? -Kau betul-betul minat nak jadi cikgu?- Kenapa dari dulu aku asik dengar soalan macam ni sampailah sekarang. Aku dah masuk IPGM pun orang masih tanya soalan macam ni. Sebenarnya soalan ni lah yang paling aku menyampah dengar. Sibuk sangat tanya minat ke tak. Suka hati aku la minat ke tak kan... Memang la nak jadi cikgu kene minat. Tapi daripada orang tanya minat ke jadi cikgu ni,baik tanya soalan lain. Tanya apa pengalaman sepanjang masuk IPGM ke,apa masalah selepas bergelar guru pelatih ke... Kan lagi berfaedah tu...

KKE... Untuk pelajar PPISMP. hehehe..

Jenis Emosi atau Perasaan. 1. Gembira Semua manusia inginkan kegembiraan. Kalau dapat mereka tidak mahu bertemu dengan kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, kemarahaan dalam kamus hidup mereka. Akan tetapi sudah menjadi sunnatullah bahawa kejadian di alam ini adalah dalam berpasangan. Bila ada kesedihan, mesti ada kegembiraan. Apabila seseorang gembira, mereka melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Sebagai contoh, apabila seseorang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan, orang itu akan memberitahu berita tersebut kepada ibu bapanya, sahabat, jiran dan sebagainya. Perasaan seronok membuatkan seseorang berasa tenang, bersemangat, melupakan masalah yang sedang dihadapi dan sebagainya. Kadang kala, apabila seseorang itu terlampau seronok, mereka akan menangis kerana terlalu gembira. Apabila seseorang gembira, pipinya terangkat, mata berbentuk bulan sabit serta bibir berbentuk perahu. 2. Rasa bangga Tercetus bila seseorang terasa

Untuk Budak PJK... hua3!!!

Kepentingan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani: Menambahkan minat pelajar tehadap pembelajaran terutama di dalam kelas Dapat membentuk objektif tingkah laku dengan teliti dan jelas Sebagai sumber untuk perkara seperti pencapaian matlamat ,memerhati gerak-geri ,mendapat maklum balas dan penyampaian undang-undang Penerimaan pembelajaran dapat berlaku dengan lebih cepat. Pengingatan dapat dikekalkan dengan lebih lama Pembelajaran secara individu dapat dilaksanakan Dapat juga menentukan peralatan,menghuraikan istilah dan mengetahui tipu helah sesuatu permainan. Alat seperti slaid,carta,bahan cetak dan gambar boleh digunakan dalam membentuk matlamat pengajaran dan pembelajaran. Memudahkan untuk menyampaikan isi pelajaran, matovasi dapat menarik perhatian pelajar. Membolehkan mengembangkan domain kognitif,afektif,psikomotor, dan sosial pelajar. Dapat meningkakan kualiti pembelajaran dengan memberi panduan untuk menyelesaikan masalah pelajar. Dapat mempertingkatkan sit

Untuk Budak PJK.. hehehe...

KECEDERAAN SEMASA BERSENAM Jenis-jenis kecederaan:1. Kecederaan Intrisik (Direct Injury) Kecederaan ini disebabkan oleh atlet itu sendiri seperti terlalu lebih melakukan regangan (hyper) atau mengalami kejang otot. Ia selalunya melibatkan otot, tendon dan ligamen. Biasanya ia kurang teruk daripada kecederaan extrintik atau kecederaan yang kena dari luar. 2. Kecederaan Intrinsik (Indirect Injury) Kecederaan disebabkan oleh faktor luaran seperti tumbukan, sepakan pelanggaran atau hentakan peralatan yang digunakan atau sebagainya. Ia biasanya lebih serius berbanding dengan kecederaan intrinsic kerana mungkin melibatkan patah, seliuh tulang, koyak yang teruk pada ligamen atau tendon atau koyak pada otot. Atlet sukan seperti bolasepak, hoki, silat, bolasepak futsal sering mengalami kecederaan begini. 3. Kecederaan lebih guna Ia biasanya disebabkan oleh tekanan yang berulang dikenakan pada dikenakan pada satu-satu tempat samada tisu, tulang , ligamen dan tendon. Jika ketelaluan kecederaan ak

Asal usul Bahasa Melayu

Korang tahu asal usul Bahasa Melayu? Nak tahu? Jom baca ni. Pendahuluan Asal Usul. Asal usul orang-orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang kita. Beberapa teori telah menyatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu-Proto. Kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum masihi, datang pula gelombang kedua golongan yang disebut Melayu-Deutro. Mereka ini elah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian

Orang Senggarang!!! Oiiii!!!

Senggarang? Pernah dengar nama tempat ni. Kalau tak penah,kesian... Pada plihan raya ke-11(2004),Senggarang merupakan satu-satunya DUN di Johor yang dimenangi oleh PAS. Hebat tu.. Hehehe.. Tapi pilihan raya 2008 BN kembali memerintah Senggarang. Sekejap jek PAS pegang. Sebenarnya aku nak cerita benda lain,tu mukadimah jek. Korang tahu asal-usul Senggarang. Tahu tak? Jom baca sejarahnya.. Let's cekitdaot!!! Asal usul Pekan Senggarang, Batu Pahat, Johor. Pekan Senggarang, merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Batu Pahat. Kedudukannya terletak berhampiran dengan laut, kira-kira 10km dari Pekan Rengit dan 26km dari Bandar Penggaram, Batu Pahat. Asal usul nama Pekan Senggarang dikatakan berpunca daripada perkataan ‘Sang Garang’. ‘Sang Garang’ merupakan istilah yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk menggambarkan buaya yang mendiami Sungai Senggarang. Pada zaman dahulu, terdapat beberapa ekor buaya yang mendiami sungai tersebut dan pernah memakan haiwan ternakan pendu

Cerpen pertama aku.. Hahaha..

Kasih… Hujan di luar masih belum berhenti. Ika menarik kembali selimut yang hampir terjatuh ke lantai dan cuba memejamkan matanya namun tidak berjaya. Fikirannya masih terbayang-bayang tentang peristiwa yang berlaku siang tadi di dalam rumahnya. Adegan pergaduhan antara ibunya dengan Cikgu Kamal masih berada di kotak fikiran. Ika masih keliru dan tertanya-tanya mengapa ibunya begitu membenci Cikgu Kamal? “Assalamualaikum semua. Nama saya Mohd Kamal bin Sufian. Anda semua boleh panggil saya Cikgu Kamal. Kedatangan saya petang ini adalah untuk melatih kamu semua dalam permainan bola tampar. Kalau kamu semua ada apa-apa pertanyaan, kamu bolehlah jumpa saya di bilik guru ketika waktu rehat ya.”kata Cikgu Kamal Itulah pertemuan pertama Ika dengan Cikgu Kamal ketika menjalani latihan bola tampar sekolahnya. “Ika! Mari ke sini sekejap” panggil Cikgu Kamal di pintu kelas. “Iya cikgu, ada apa panggil saya cikgu? Macam ada apa-apa yang best jek cikgu.”

Hari yang membosankan...

Emm.. Bosannya... Tak tahu apa nak tulis...