Sebenarnya, persoalan ni dah lama terbuku dalam serebrum aku. Kalau kita lihat pakaian atau barang berjenama contohnya Nike, Adidas, Puma, Converse dan sebagainya hampir kesemua akan tertulis Made In China, Made In Indonesia, Made In Malaysia dan sebagainya pada tagnya. Biaselah, walaupun jenama macam Nike berasal dari negara orang putih tapi barang-barang mereka kat Malaysia selalunya dibuat di Asia untuk menjimatkan kos pengeluaran. Jam tangan pun sama gak, walaupun jenama dari Jepun tapi kebanyakan dibuat di China dan Thailand. Sesetengah je yang betul-betul Made In Japan. Ahhh! Tengah giler jam Grand Seiko (tak mampu beli pun, harap masa hantaran :P). Cuma yang membuatkan aku terfikir, kenapa syarikat-syarikat besar ni mesti nak tulis Made In China, Thailand pada barang mereka. Syarikat Nike dan Adidas lagilah ada baju diaorang tulis Made In Thailand walaupun ori (buat kat Thai). Bagi aku lah kan, bila diaorang tulis Made In China pada label barang, jadi nampak macam tak ori wala
Comments