Posts

Showing posts from February, 2013

Sebuah kebiasaan : Aku nak bahagia dalam hidup

Image
Mungkin agak biasa dan membosankan bila diajukan soalan apakah yang anda mahu dalam hidup? Lalu kita pun menjawab kebahagiaan. Sejak lahir sehingga la tamat persekolahan, aku tak pernah terfikir apakah erti sebenar kebahagiaan kerana masa itu aku tak pernah rasa tak bahagia. Jadi aku tak tercari-cari erti kebahagiaan tatkala kehidupan aku masa itu indah-indah sahaja. Sehinggalah aku menyambung pelajaran, di situlah bermulanya.......erti mencari nikmat dan rasa bahagia dalam hidup. Duit lagi penting bro...lagi penting. Ya, duit memang penting. Tapi bro, serius gua cakap kalau dalam dompet lu tebal ada beribu ringgit, tapi masa tu lu tengah tension, sedih, kecewa dan gelisah (tak bahagia), serius lu pergi shopping mall lu tak rasa nak beli apa-apa. Rasa kosong, bosan dan rasa duit tak ada makna. Bagi yang masih rasa duit lebih penting dari kebahagiaan, sebenarnya kau sedang bahagia cuma duit tak berapa cukup. Aku pernah rasa, tengah happy2 tapi duit kering. Haha. Masih happy c

Pahit Bertukar Manis

Image
Kenangan paling manis dan berharga Kenangan pahit tidak akan pahit untuk selamanya. Kerana apabila masa berganti masa, kenangan pahit tersebut akan bertukar menjadi sesuatu yang tidak pahit lagi. malah mungkin akan menjadi manis apabila kita ingat kembali. Sepahit mana pun, apabila kita sudah keluar daripadanya, kita akan tersenyum apabila teringat kepahitan itu.  Dan kita akan rasa seperti mahu ke tempat yang memberi rasa pahit kepada kita. Melihat, merasa dan mengenang kembali kepahitan yang pernah dilalui. Malah, ada kalanya seperti mahu merasai kembali kenangan yang sudah berlalu itu. Aneh kan. Perasaan boleh berubah dengan mudah sekali. Apapun, sepahit manapun kehidupan yang pernah kita lalui, pasti ianya menjadikan kita lebih kuat dan bahagia.