Posts

Showing posts with the label Kenangan SDBL

Langkah Terakhir Meninggalkan SMK Dato Bentara Luar.

Video di bawah merupakan saat-saat akhir saya dan rakan-rakan meninggalkan alam persekolahan di SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat, Johor. Memang tak tau malu betol la aku mase tu. Hehehe... Ambil gambar macam orang sewel. Video ini telah dirakamkan pada tarikh 5/12/2006 bersamaan sehari selepas peperiksaan Biologi(SPM 2006). Langkah terakhir! Di sebuah tempat di mana budak-budak SDBL menjadikannya 'port' menunggu bas untuk pergi ke Summit Parade, Bus Stand BP, Kedai Kasut Champion, Pak O dan lain-lain lagi.

Great Teacher! Cikgu Mohd.Husin bin Yahya

Image
Assalamualaikum semua. Pada petang yang sempoi-sempoi keadaannya ini, sedang aku lepak-lepak di dalam bilik mengadap laptop kesayangan... Tiba-tiba... Yaaah! Aku membuka sebuah fail gambar yang diambil semasa saat-saat akhir menjawab kertas SPM a.k.a hari-hari terakhir persekolahan aku. Ohhh..! Beberapa keping gambar cikgu aku masih tersimpan rapi dalam fail laptop aku. Huhuhuuu...! :) Namanya... Cikgu Mohd.Husin bin Yahya Nak dijadikan cerita, sejak aku menjejakkan kaki di asrama SMKDBL daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, belum pernah ada warden tetap di asrama aku kecuali Cikgu Hairul masa aku tingkatan 1 dan 2 kalau tak silap. sampaila pada suatu hari tu, tiba-tiba, datang seorang ustaz baru masuk sekolah aku. Namanya Ustaz Zafri. Dia jadi warden asrama aku. Pastu, tak berapa lama selepas itu, datang lagi seorang cikgu baru kat sekolah aku. Dan cikgu itulah yang bernama Cikgu Mohd.Husin bin Yahya. Kitaorang panggil dia Cikgu Husin jek. Die jadi warden aku daripada tingkatan 3...

Sejarah SMK Dato Bentara Luar, Batu Pahat, Johor

Selamat Sejahtera semua, Hari ni aku telah menjumpai sebuah video yang aku cari selama ini, Tadi aku dok la jengok-jengok Youtube, Tiba-tiba terlintas di fikiran nak taip keyword SDBL, Pastu dengan secara tak sengajanya, Aku terjumpa video Sejarah Penubuhan SMK Dato Bentara Luar ni... Waahhh! Jom tengok ramai-ramai!

Chow dari asrama... Pertama kali tapi tak jadi... Hahaha...

Helo kawan2!!! Aku nak citer satu citer nih. Korang yang duduk satu asrama dengan aku dulu mesti ingat akulah satu-satunya budak yang tak penah chow... Jambu giler aku ekk! Tapi sekarang dah tak.. Sekarang dah (GANAS). Hahaha! Oklah, berbalik kepada tajuk kita tu, korang tahu tak aku penah chow mase form 1, tapi mase tengah chow aku n the member patah balik sebab jalan yang kitaorang lalu telah di ROADBLOCK oleh sekumpulan anjing. Giler babun cuak! Hasrat untuk makan di sebuah kedai roti canai di jalan LIM POON tidak menjadi. Sebab peristiwa tersebutlah aku tak penah chow mase dok asrama.. Tapi mase FORM 6, tiap-tiap hari aku chow.. Hahaha.. Lagi2 lepas warden kasik aku bawak motor ke asrama. Hua3!!!

Zaman Tingkatan 5...

Image
Tiba-tiba, petang ni aku teringat plak zaman persekolahan dulu. Zaman sekolah lah paling best bagi aku. Semenjak masuk IPT ni, aku rasa bosan jer... Macam takda apa2 yang menyeronokkan. Memang best dah ada duit, kenderaan sendiri. Tapi rasa macam bosan berbanding zaman duduk asrama sekolah dulu. Masa sekolah, macam2 benda aku buat. Yang baik, yang jahat... Emmm... Jadi, ni aku selitkan sikit gambar masa zaman sekolah dulu. Kawan-kawan yang membuatkan hidup aku BESSSSSTTTTTT! Sebenarnya banyak lagi gambar, tp lambat la nak upload. Hehehe...

Gambar Mase Form 5... Let's cekidaot... Students lanang.

Image