Great Teacher! Cikgu Mohd.Husin bin Yahya

Assalamualaikum semua. Pada petang yang sempoi-sempoi keadaannya ini, sedang aku lepak-lepak di dalam bilik mengadap laptop kesayangan... Tiba-tiba...

Yaaah! Aku membuka sebuah fail gambar yang diambil semasa saat-saat akhir menjawab kertas SPM a.k.a hari-hari terakhir persekolahan aku. Ohhh..! Beberapa keping gambar cikgu aku masih tersimpan rapi dalam fail laptop aku. Huhuhuuu...! :) Namanya...

Cikgu Mohd.Husin bin Yahya

Nak dijadikan cerita, sejak aku menjejakkan kaki di asrama SMKDBL daripada tingkatan 1
sehingga tingkatan 3, belum pernah ada warden tetap di asrama aku kecuali Cikgu Hairul masa
aku tingkatan 1 dan 2 kalau tak silap. sampaila pada suatu hari tu, tiba-tiba, datang seorang
ustaz baru masuk sekolah aku. Namanya Ustaz Zafri. Dia jadi warden asrama aku.
Pastu, tak berapa lama selepas itu, datang lagi seorang cikgu baru kat sekolah aku.
Dan cikgu itulah yang bernama Cikgu Mohd.Husin bin Yahya.

Kitaorang panggil dia Cikgu Husin jek. Die jadi warden aku daripada tingkatan 3 sampaila tingkatan 5. Best woo
bila teringat mase die jadi warden. Tapi aku masih ingat lagi mase Cikgu Husin mula-mula jadi warden kitaorang.
Pada suatu malam yang tenang,
die marah sebab ada budak isap rokok. Dia jerit kuat giler. Terkejut berok kitaorang mase tu. Baik-baik
tengah tunduk nak tertido, bile dengar die jerit, haaa! Peh!
Secara automatik terkujat badan aku. Member lain pun sama. Hahaha...
Cuak giler bai...

Tapi garang-garang die pun, bagi aku, die la cikgu paling "caring", berdedikasi, bertanggungjawab dan banyak lagilah.
Kadang-kadang belanja kitaorang makan. Belanja dekat KFC tuu! Bukan warong mamak beb...
Kalau hari minggu, mesti dia bukak dvd player die dan pasang dekat bilik bacaan.
Jadi, budak asrama ramai-ramai turun tengok dvd setiap hari minggu. Best beb, tak la borim sangat dok asrama kan.
Setiap malam, sebelum budak asrama tido, dia akan pusing satu blok asrama.
Masuk tiap-tiap dorm, bebual dengan budak-budak, rilex jek beb. Bukan semua cikgu boleh jadi macam tu kan?

Tapi, pada tarikh 28/12/2008, dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seseorang. Aiseymen... Tak dapat la aku nak rasa dia belanja lagi makan dekat 'KEDAI PAKCIK'. Korang tau apa tu KEDAI PAKCIK??
Haaa! KEDAI PAKCIK tu sebenarnya KFC. Tapi Cikgu Husin gelar KFC tu KEDAI PAKCIK sebab logo KFC mempunyai gambar seorang Pakcik Tua. Hehehe...
Tapi apapun, aku nak ucap tahniah kat Cikgu Husin selepas selamat melangsungkan perkahwinannya akhir tahun lalu. Semoga berbahagia hingga ke akhir anak cucu. Kepada Cikgu Husin, saya nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada tersalah kata atau perbuatan sepanjang saya mengenali Cikgu... Halalkan makan minum terutamanya KFC yang cikgu belanja. Hehehe...

Aku berasama member di majlis kawen Cikgu Husin.. Tahniah cikgu!

Cikgu Husin semasa hari-hari terakhir bersama kami... :(

Haa! Tu die! Cikgu Husin belanja KFC! Kedai 'PAKCIK'.

Budak ASBENTA and The Gang bersama Cikgu Husin...


Cikgu... Nak sain????

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???