Aku Tak Puas Hati!!!

Aku tengah tak puas hati ni. Tersangat tidak berpuas hati dengan apa yang telah berlaku kepada diriku ini. Pada bulan 12, tahun lepas, aku telah membeli sebuah modem broadband 3g berjenama HUAWEI e169g yang berharga rm399. Benda cinonet tu aku beli dekat PC Fair BP Mall. Sebelum aku beli benda cinonet tu, aku dah usha semua kedai dekat Batu Pahat, Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Kebanyakan masa tu modem jenama HUAWEI e169g dijual pada harga rm499. Giler mahal! Jadi, masa dekat PC Fair aritu, modem tersebut dijual pada harga rm399. Kira murah la kan berbanding harga kat tempat lain. Aku usha dekat ebay pun harga lebih kurang sama. Jadi selepas berfikir selama dua hari berturut-turut, aku mengambil tindakan drastik untuk membeli modem tersebut. Hahaha... Aku membeli modem 3g HUAWEI e169g pada harga rm399! Bangga giler masa tu sebab dapat harga paling murah. *masa tu la*

Kemudian aku daftar perkhidmatan internet jalur lebar Celcom pakej Basic (rm68 sebulan) sebab terpengaruh dengan iklan dia dekat televisyen. Siyut tol la camne boleh terpengaruh dengan iklan Celcom masa tu! Agaknye Celcom pakai 'PENTOL' kot masa buat iklan tu. Masa bulan pertama aku menggunakan perkhidmatan Celcom Broadband, servisnya amat mengecewakan. Asik dapat line GPRS jek. Lepas 3minggu guna, baru la dapat line 3g. Memang syiok la surf internet dengan line 3g.. Laaajuuuu jek. Hehehe...

Selepas 5bulan aku melayan internet menggunakan Celcom Broadband dan modem HUAWEI e169g, aku berasa kira puas hati la walaupun kadang-kadang die buat hal cam kambing. Hihihi... Tapi bila aku usha balik harga modem tersebut, pehhhhh! Ahhhhh! Hampeh! Kebanyakan kedai jual modem tu pada harga rm250-rm299. Murah giler! Lebih murah rm100 daripada harga masa aku beli dulu. Peh! Baru lima bulan berlalu, tapi harga dah turun dekat rm100 lebih. Tipu punyer kedai! Naseb baik sepanjang aku menggunakan khidmat broadband ni ok aje, kalau tak, tau la nanti. Hehehe... Walau apapun, aku masih berpuas hati la dengan modem cinonet ni. Banyak jasanya pada diri aku sepanjang satu semester ni. Hehehe...


Modem 3g HUAWEI e169g aku yang cute.

Modem aku bersama laptop aku.

Lampu berwarna hijau biru (tengah line 3g)

Comments

aZRi aZLaN said…
aku belum pakai lagi. nak juga pakai benda cinonet ni tp msh takut2 lagi. takut xberbaloi. ko bole bg suggestion?
naz. said…
ngee. apsal skg suda murah!
dulu aku beli 699 tau..
bengang jer...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???