Posts

Showing posts from May, 2011

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Image
Tahniah buat pengeluar motosikal Yamaha kerana berjaya mengeluarkan sebuah moped yang memenuhi selera pengguna dan berlainan daripada moped biasa. Yamaha 135LC 5 speed 2011 (Malaysia)... Bagi aku, cukuplah pengeluar motosikal lain yang hanya mengeluarkan moped dengan spec biasa-biasa dan tradisional. Hanya ubah rupa moden sikit manakala teknologi enjin tiada perubahan ketara. Yang membuatkan Yamaha 135lc berbeza dengan moped lain? 4 dan 5 speed, 135cc, liquid cool, ada bakul, multi function dan monoshock untuk 4 lejang sudah memadai. Nak kasik lagi sentap, kasik sumbat twin cam (DOHC). Heh! Gambar atas kredit to Y135C-Community Of LC'ians Spirit Satu lagi! Beli Yamaha 135lc 5 speed 2011 terus boleh buat leper. Sebab? Tayar standard kilang dah cukup lebar. Depan 70/90, belakang 100/70. Nak lagi sedap, tukar tayar lebih grip dan footrest racing. Rim? Siap sedia lebar. Saiz belakang 2.50, depan masih tidak pasti. Jika dilihat sport rim ada lubang, Enkei? Harga? RM7600++ OTR. Dah boleh

Ride Dan Bercuti Di Kuantan

Image
Assalamualaikum semua! Cuba kita ingat balik, bila kita tonton tv dan baca akhbar mesti kita akan terbaca tentang suatu kegilaan. Maksud di sini, sesuatu yang orang buat pelik atau obses terhadap sesuatu. Contohnya, ada yang obses terhadap manga, ada yang gila barangan antik, ada yang gila berjalan sampai sanggup merentas dunia seorang diri dan sebagainya. Aku pulak, memang gila berjalan. Kalau boleh tiap-tiap hari nak berjalan. Dulu aku cuba kawal perasaan ni disebabkan macam berlebihan. Tapi bila fikir balik, apa salahnya jadi diri sendiri? Buat sesuatu tanpa fikir pandangan orang lain terhadap kita janji benda itu tidak salah. Jadi, aku tekad untuk layan minat aku ni sepuasnya! Tiap-tiap minggu berjalan naik motor? Ahhh! Layan jek! Janji puas dan lega! Cerita lain pulak.... Orait, dah lama aku tak tulis berkaitan aktiviti ride. Semester ni, aku berpeluang ride bersama member rapat aku memandangkan mereka melanjutkan pelajaran di Shah Alam. Jadi, dekat dan senang untuk berkumpul. Buk

Belajar Daripada Perasaan Sedih

Image
Entry sebelum ini telah aku luahkan apa yang terbuku dalam hati selama beberapa tahun. Dan, dari komen-komen yang diberi oleh rakan, ada benda yang aku perlu belajar... Perasaan sedih dan bimbang masih lagi lekat di hati. Aku rasa sepanjang hidup, pada masa inilah aku mengalami perasaan sedih paling lama. Tapi daripada perasaan sedih ini, banyak aku belajar, banyak perkara aku temui. Sepanjang aku sedih ini, aku cuba berfikir dan menilai kembali kehidupan aku secara keseluruhan. Dari mula aku tadika sampailah sekarang... Alhamdulillah, tiada perkara yang aku rasa sangat berat aku lalui. Bahkan, perkara-perkara pahit yang pernah aku lalui menjadi manis. Mungkin apa yang aku lalui sekarang, aku hanya tersenyum bila teringatkannya suatu hari nanti. Aku sebenarnya terlupa untuk bergantung harap kepada Allah apabila dilanda kekecewaan dan kesedihan. Yang aku fikir sebelum ini hanyalah berusaha. Berusaha dan mencari jalan penyelesaian dan hanya terfikir untuk berusaha mencapai apa yang aku i

Masalah Terbesar Dalam Diri Aku Sekarang

Image
Gambar masa sekolah. Gambar semasa hidup aku begitu bersemangat, begitu komited dengan pelajaran dan menanam impian yang ingin dituju. Salah satu masalah yang tidak pernah hilang dalam hidup aku sejak 2-3 tahun kebelakangan ini adalah perasaan menyesal dan kecewa. Dalam blog ni rasanya banyak kali aku tulis dan luahkan perasaan sebegini. Setiap kali timbul perasaan menyesal dan kecewa, aku rasa tertekan dan serba tak kena. Kemudian aku tulis dalam blog untuk meredakan sedikit perasaan aku. Apa yang aku sesalkan dan kecewakan? Aku menyesal kerana silap membuat pilihan sambung pelajaran dan kecewa apa yang aku impikan tidak menjadi kenyataan. Ok, fine. Benda ni aku dah cuba lawan. Kadang-kala, aku rasa kuat untuk lawan. Tapi, kadang-kadang, aku mula rasa macam gagal untuk melawan rasa kecewa dan mula tertekan. Banyak faktor kenapa aku macam ni. Antaranya, life di kampus langsung tak kena dengan jiwa aku. Banyak benda serba tak masuk dengan jiwa aku. Bila tengok gambar kawan-kawan kat lua