Wednesday, 18 May 2011

Ride Dan Bercuti Di Kuantan


Assalamualaikum semua!

Cuba kita ingat balik, bila kita tonton tv dan baca akhbar mesti kita akan terbaca tentang suatu kegilaan. Maksud di sini, sesuatu yang orang buat pelik atau obses terhadap sesuatu. Contohnya, ada yang obses terhadap manga, ada yang gila barangan antik, ada yang gila berjalan sampai sanggup merentas dunia seorang diri dan sebagainya. Aku pulak, memang gila berjalan. Kalau boleh tiap-tiap hari nak berjalan. Dulu aku cuba kawal perasaan ni disebabkan macam berlebihan. Tapi bila fikir balik, apa salahnya jadi diri sendiri? Buat sesuatu tanpa fikir pandangan orang lain terhadap kita janji benda itu tidak salah. Jadi, aku tekad untuk layan minat aku ni sepuasnya! Tiap-tiap minggu berjalan naik motor? Ahhh! Layan jek! Janji puas dan lega!

Cerita lain pulak....

Orait, dah lama aku tak tulis berkaitan aktiviti ride. Semester ni, aku berpeluang ride bersama member rapat aku memandangkan mereka melanjutkan pelajaran di Shah Alam. Jadi, dekat dan senang untuk berkumpul. Bukan macam dulu, sorang di Perlis, sorang lagi di Sarawak. Heh! Dulu, masa berjauhan, selalu berbual bila la nak dapat peluang jalan sama-sama dan sekarang semua itu menjadi kenyataan. Seronok!

Sepanjang perjalanan di Lebuh Raya Pantai Timur.

Jambatan Sungai Pahang

Sebelum-sebelum ni, aku selalu ride di kawasan pergunungan atau tanah tinggi. Jadi, kali ni tukar selera pulak ride ke kawasan kampung dan pantai. Destinasi minggu lepas yang berjaya diteroka ialah Kuantan, Pahang. Ada apa di Kuantan? Kuantan merupakan ibu negeri Pahang. Walaupun lebih kurang besar macam Batu Pahat/Muar, tapi di sini budaya dia berbeza. Kuantan terletak di tepi sungai Kuantan dan di sekelilingnya terdapat pantai yang cantik. Pergi waktu siang? Memang bosan tapi cuba pergi waktu malam. Hehe! Hidup!

Kalau malam-malam, boleh tengok sekumpulan geng-geng kereta berkumpul, geng superbike, skuter dan basikal melakukan aktiviti masing-masing. Di Teluk Cempedak misalnya, selain daripada melihat ombak menghempas pantai, kita boleh lepak di deretan kedai yang terdapat di situ. Kedai makan banyak, fastfood pun ada macam KFC dan McD 24jam. Sentiasa meriah, no hal la kalau nak stay up situ 24jam. Cuma tahan tak tahan jela. Hehe..


Teluk Cempedak

Di tepi sungai Kuantan, ada waterfront. Sambil-sambil jalan tengok sungai, boleh singgah di gerai-gerai sepanjang waterfront tu. Apa yang menarik ialah kebanyakan orang di Kuantan bertutur menggunakan dialek seakan-akan Terengganu. Berbeza dengan orang di daerah Pahang lain. Mungkin faktor sempadan negeri Terengganu. Tapi jangan risau, mereka-mereka ni kebanyakan mesra dan ramah. :)

Waterfront Sg.Kuantan

Di Kuantan, banyak pantai-pantai yang cantik. Bagi aku paling ok ialah T.Cempedak dan Pantai Balok. Cherating? Entahlah... Bosan jek aku pergi. Tentang makanan... Mungkin silap kami tak usha apa makanan istimewa di Kuantan sebelum pergi. Jadi, kami tak dapat teroka apa makanan yang best di Kuantan. Sepanjang berjalan, kami hanya makan makanan biasa-biasa jek. Cuma ada satu warong tu, air dia spesial sikit. Macam ais blended. Aku try Milo Toto namanya, peh! Boleh tahan la. Lagi style dari CoolBlog kot. Heh!


Cherating

Pantai Balok

Macam mana nak ke Kuantan? Kalau dari Kuala Lumpur, boleh ambil Lebuh Raya Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur. Kalau dari Johor, boleh lalu jalan dalam tapi tak pasti lalu mana. Segamat rasanya ataupun Mersing.

Rasanya itu jek. Lepas ni Utara pulak nohhhhhhhh....! Satu tagline aku selalu dengar "Rock n Ride Nohhhhh!". Hehehe!

3 comments:

fiD said...

coolblog mane boleh lawan der. hahah....

ayisy said...

Hahaha.. Tapi aku rasa Milo Toto tu lagi sedap la. Sesedap rasa. Tak terlalu manis, tak terlalu pekat. Ngamcoi jek.

zizie said...

sanggup ko pergi jalan jauh2.,,sampai kuantan plak tuh..,,nk moto.,,kalau naik keta tak pe gak..,,