Belajar Daripada Perasaan Sedih
Entry sebelum ini telah aku luahkan apa yang terbuku dalam hati selama beberapa tahun. Dan, dari komen-komen yang diberi oleh rakan, ada benda yang aku perlu belajar...
Perasaan sedih dan bimbang masih lagi lekat di hati. Aku rasa sepanjang hidup, pada masa inilah aku mengalami perasaan sedih paling lama. Tapi daripada perasaan sedih ini, banyak aku belajar, banyak perkara aku temui. Sepanjang aku sedih ini, aku cuba berfikir dan menilai kembali kehidupan aku secara keseluruhan. Dari mula aku tadika sampailah sekarang... Alhamdulillah, tiada perkara yang aku rasa sangat berat aku lalui. Bahkan, perkara-perkara pahit yang pernah aku lalui menjadi manis. Mungkin apa yang aku lalui sekarang, aku hanya tersenyum bila teringatkannya suatu hari nanti.
Aku sebenarnya terlupa untuk bergantung harap kepada Allah apabila dilanda kekecewaan dan kesedihan. Yang aku fikir sebelum ini hanyalah berusaha. Berusaha dan mencari jalan penyelesaian dan hanya terfikir untuk berusaha mencapai apa yang aku impikan.
Bila aku fikir balik, kenapa aku selalu sedih kebelakangan ini, mungkin akibat kegagalan aku menggalas tanggungjawab yang diberi. Aku akui, banyak kelemahan diri aku dan kelemahan itulah sebenarnya yang sepatutnya menjadi kelebihan seseorang untuk menjadi guru. Senang kata, jika mahu menjadi guru perlu ada itu, ada ini. Tetapi keperluan-keperluan (SKILL) menjadi guru amatlah kurang dalam diri aku. Dan dari situ, aku sedar aku sepatutnya memperbaiki diri walau sedikit-sedikit. Sekurangnya mencuba. Bukan mencari jalan keluar tanpa berusaha untuk memperbaiki. Harap dimaafkan jika aku terlalu menyusahkan orang sekeliling.
Perasaan sedih membuatkan kita mencari dan belajar. Berbanding perasaan gembira yang mungkin tidak memberi apa-apa pengajaran. :)
Cherating
Hujung minggu lepas, aku pergi bercuti ke Kuantan dengan seorang rakan aku. Alhamdulillah, apa yang diimpikan kami beberapa tahun lalu untuk pergi ride/bercuti bersama-sama tercapai pada tahun ini. Sepanjang hampir 3 tahun lebih aku terpisah jauh dan sukar untuk berjumpa dengan rakan rapat satu sekolah, tahun ini semua itu tiada lagi. Percutian kali ini bagi aku banyak maknanya. Selain seronok melihat tempat orang, banyak perkara aku kongsi dan cerita dengan rakan aku itu. Bercerita tentang masa depan. Bercerita untuk menjadi orang yang 'hebat' suatu hari nanti. InsyaAllah. Tak perlu rasanya aku melayan rasa kecewa dengan impian yang gagal diperoleh. Tetapi, yang perlu adalah membina kembali impian baru. Hidup ini luas dan tak perlu fokus pada sesuatu perkara sahaja. :)
Hurm~ Aku rasa kalau nak bercerita sepanjang bercuti di Kuantan, panjang. Jadi, rasanya nanti aku tulis pengalaman sepanjang perjalanan ke Kuantan itu nanti. :)
Comments
selamat hari guru senpai!