Belajar Hilangkan Tekanan Dan Kebosanan.


Apabila aku menjejakkan kaki ke kampus, tiada lagi aktiviti keriangan seperti mana yang aku alami di kampung sendiri. Nak tak nak, kena pandai cari sesuatu yang menghiburkan dan menghilangkan kebosanan.

Nasib baiklah di IPG aku ramai budak-budak yang suka ride. Setiap kali cuti hujung minggu, jika tidak ada apa-apa pasti ada saja rancangan. Jadi, boleh aku katakan antara aktiviti utama untuk menghilangkan bosan adalah jalan-jalan menunggang motosikal. Takde aktiviti lain dah. Tu jek lah. Hehe..

Selain daripada jalan-jalan, kadang-kala guru pelatih dan pensyarah IPG dijemput untuk mengiringi rombongan orang kenamaan yang datang ke Kuala Lipis ataupun IPG kitaorang sendiri. Best eskot-eskot orang ni, dapat baju free, makan dan duit. Kih3! Lagi-lagi ada polis eskot lagi la rasa jalan tu macam kitaorang yang punya. Kah3! Alah.. sekali sekala. Bila lagi kan nak seronok-seronok lepaskan tension belajar...

Semalam, IPG aku menerima lawatan daripada Rektor IPG, Pegawai Namibia Teacher Training College, Pengarah, Tim Pengarah KPM dan IAB. Sebelum diaorang tiba, kitaorang eskot bagi meraikan kedatangan mereka. Huhu... Bila difikirkan, aku rasa macam bangga bila ada orang datang nak tengok sistem pendidikan guru di Malaysia. Iyelah, jika zaman dahulu hanya orang kita sahaja ke luar negara untuk melihat sistem diaorang. Tapi sekarang, orang luar pula datang untuk melihat kita. Kombang hidong eden. Hehe..




Mat saleh ambil gambar tu sporting habis!


Menyambut tetamu masuk. Huhu...

Bila ada aktiviti sebegini, aku rasa seronok hidup di kampus ni. Ramai orang suka cakap bosan lah duduk sini, takder benda pun. Sebenarnya kalau korang tinggal di mana pun, tetapi pandai menyesuaikan diri dan bijak mengisi masa dengan aktiviti yang menyeronokkan, aku yakin korang tetap akan happy. Janganlah asyik merungut dan merungut. Kalau macam tu sampai bila-bila pun korang akan tetap tersiksa dan dibebani kebosanan maha dasyat! Hahahaha!

Comments

besh3,,,
pic yg 1 st skali tuh smart!
suke2..
tp...
konvoi2 pon..
jgn hon2 ae,,,
bising!
he3
This comment has been removed by the author.
hans said…
macam best juga konvoi polis ikut
ko kira leh bawa moto besar la yer
zetty said…
kalau kite x happy kan diri kite sendiri....sape lagi kan....hehehe
fiD said…
ehmmm. mcm pernah dgr ayat cikgu usin jek.. heee
hans said…
yups
hidup dimana pun kalau pandai sesuaikan diri mesti akan rasa best

p/s : Review Film : Mantra Filem Seram Paling Terbaik Keluaran Metrowealth?
wahh..ni rupanya aktiviti korang..
Nampak cam best...
ayisy said…
ctiey, Huhu... Saya tak hons, budak2 lain yg hons. Hihi..

Hans, Best memang best tp tak boleh bawak laju2. Aku tak boleh bawak motor besar, lesen b2 jek. Bawah 250cc jek bleh bawak. HUhu..

Zetty, Yup! Kita kena pandai menghappykan diri. Kalau ayik merungut bosan, sampai bila bosan tu takkan hilang punyer. Huhu..

Fid, apakah ayat itu?

Hans, Rasa best akan datang kalau kita usaha mencarinya. Tak cari mmg rasa bosan akan mencari kita. Keh3!

PEJUANG KESENIAN EXTREME, Hehe. Inilah jek lah aktiviti yg sesuai di tempat aku belajar. Mmg best, tapi klu eksiden terus tak best! Haha
Afzainizam said…
wahhhh best aku mmg minat sangat rider ni betul yang ko cakap... dok dalam kereta dan dok atas motor lain rasanya...

aku tak rasa konvoi ni buang masa... banyak anda berjalan banyak yang anda dapat.. luas pandangan.. luas pengalaman...
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
ayisy said…
Afzainizam, Aku kalau jauh kena naik motor. Tak boleh naik bas nnt mabuk. Hehehe.. Pelik betul.

Konvoi kalau niat baik dan menjaga keselamatan semasa berkonvoi mmg best. Dapat merapatkan silaturahim sesama rakan. :)
hans said…
owh
bawa slow2
mengantuk juga tu
hahahaha

den nak kongsi video yang mampu buat ekau muda 10 tahun dari usia sebenar selepas menontonnya

p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis
ayisy said…
Bawak slow sorang2 mengantuk. Ramai2 tak la ngantuk sgt. Hehe...
ishiko said…
betul2x... duk kat mane2x pun kalo tanak juin aktiviti.. cmtu lah..
ayisy said…
ishiko, Hehe... Tak nak join apa2 maknanya anda akan menghadapi kebosanan yg sgt. Huhu..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...