Sunday, 4 July 2010

Bandar? Kampung? Atau Pedalaman?


Balik kampung kerjanya makan..makan...makan...bera*

Dulu masa aku sekolah, ramai kata belajar/hidup di kawasan pedalaman bagus, menenangkan dan boleh mengelakkan kita daripada terlibat dengan gejala negatif. Selain itu, belajar/tinggal di kawasan pedalaman dapat menjimatkan duit dan kos sara hidup. Peh! Meleleh air mata baca statement ini.. :P

Betul ke pernyataan ini? Sejak aku lahir, aku dah rasa tinggal di kampung, FELDA, bandar dan pedalaman. Lahir dan membesar di kampung kemudian sekolah rendah tiga tahu di FELDA, balik semula ke kampung seterusnya menyambung pelajaran di sekolah berasrama di kawasan bandar. Habis sekolah sambung belajar di IPG (kawasan pedalaman). Peww! Ada macam orang nomad ke? Kah3!


Makan lagi...

Paling best? Bagi aku paling best duduk di kampung dan bandar. Di kampung suasananya menenangkan tetapi meriah. Petang-petang boleh pusing kampung dengan motor. Lepak dan makan tepi pantai. Peh! Sedap seh! Jalan tak jem. Merasai tiupan angin laut yang kencang! Tengok budak-budak kecik main pasir sampai berkudis. Hahaha!

Di bandar pula macam-macam ada. Segala kemudahan ada. Hiburan, tempat shopping, banyak event... Kos hidup? Entah, bagi aku ok jek tak mahal pun. Janji happening dan tak muram. K.Lumpur lain la pasal banyak tol. Wakaka!

Pengalaman aku duduk di pedalaman, takdelah menjimatkan kos. Boleh tahan gak mahal.Makan mahal, barang terhad. Gejala sosial? Ada gak. Suasana aku tak nafikan tenang. Sesuai la untuk budak-budak belajar.

Kesimpulannya, duduk kat mana-mana pun tetap memerlukan duit. Hahaha. Tapi aku suka duduk tempat yang meriah dan happening! Agggghh! Nak balik kampung! *Mood dah tak tahan kebosanan*



Suasana di kampungku. :) Boleh main rally! Haha...

9 comments:

nor_anifa said...

kg mana ?? cam beshh jee ada pantai..hehehh

ayisy said...

Kampung dekat Senggarang, B.Pahat. Huhu. Mmg dekat dgn pantai. Balik kmpg mmg wajib pergi pantai. :)

duniajam said...

Suasana kg memang sangat mendamaikan. Kalau aku, aku mmg lebih suka kg banding bandar.

ayisy said...

duniajam, Kampung mmg mendamaikan. Seronok duduk kampung. Dulu masa kecik2 duduk kampung main basikal keliling kampung fuhhh! Seronok. Kampung aku dekat dgn bandar. Jadi senang. Kalau nak rileks duk rumah di kampung, nak seronok2 pergi jek bandar. Huhu...

Afzainizam said...

wahhhhhh aku pun nak balik kampung gak... kampung ko ni macam kampung aku gak lah... ade pantai... aku mmg suka lelepak pantai ni tenang fikiran....

ohhhh sana pun pakai benteng batu gak ye... tak ade pasir lah... samalah kat tempat aku ni tengah musim cari sembilang tapi aku gi dapat blukang aje... nak buat ape

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

ayisy said...

Afzainizam, kampung aku ada benteng batu sebab nak elak hakisan. Huhu... Kalau air pasang mesti paras air lebih tinggi drp darat. Kecik2 dulu aku pun selalu ikut ayah aku mancing ikan sembilang. :)

fiD said...

percayalah, kampung dulu dan sekarang amat berbeda sekali...

dari segi sosialnya dan life style.

mungkin kamu pun tahu...

ayisy said...

Fid, Yup! Kalau diikutkan sosial dan lifestyle, aku lebih suka bandar. Budak kampung skrg pun dah byk terlibat dgn benda bukan2. Hurmm...

fiD said...

akhirnya kamu mengerti.. =P