Duit Adalah Segalanya?

Game kehidupan di alam maya.

Duit cumalah sehelai kertas. Tetapi dengan sehelai kertas tu, kita boleh tukar dengan pelbagai benda bahkan orang sekalipun. Haha... Penting sangat ke duit nih? Penting bengong duit! Takder duit macam mana nak hidup. Orang kata duit bukanlah segala-galanya. Duit bukan alat untuk mencapai kebahagian. Iyeke?

Macam ni, sejak dua menjak ni aku boleh pulak gian main game The Sims dan Singles 2. Game ni boleh aku katakan simulasi kehidupan sebenar tetapi dibawa ke alam maya. Game ini membolehkan korang mengawal beberapa watak untuk menjalani kehidupan seperti di dunia sebenar. Korang akan bina rumah, beli perabot, membina hubungan sesama manusia, bekerja, berhibur, kemas rumah, urus hal rumah tangga dan sebagainyalah. Cabarannya ialah menjadikan setiap watak tu hidup bahagia dan harmoni.

Main punya main game ni punyalah susah nak menjadikan setiap watak ni bahagia. Masalah yang aku paling geram sekali ialah kekurangan duit. Berhari-hari, berjam-jam aku main punyalah lama. Punyalah susah nak upgrade taraf kehidupan watak dalam game tu.

Last-last korang tahu aku buat apa. Pergi internet cari cheat. Kah3! Aku cari satu cheat jek, cheat duit! Ya! Duit! Aku pergi masukkan cheat tu dan taruk berapa dollar yang aku mahukan sepuas hatiku. Hahahaha! Dan akhirnya aku berjaya bina rumah yang besar, perabot dan hiasan mewah, alat-alat yang canggih dan sebagainya. Bila benda tu semua berjaya dipenuhi, secara automatik watak-watak yang aku mainkan senang untuk bahagia dan tentu sekali tak payah bekerja. Kah3!

Jadi, apakah kesimpulan daripada game yang aku main ni? Adakah duit adalah segala-galanya? Bagi aku, duit itu penting. Tetapi perlu diseimbangkan dengan perkara lain yang juga sama penting. Takder duit susah, duit banyak sangat pun susah sebab takut orang rompak. Hehe. Jadi senang cerita bersederhanalah. Terpulang kepada setiap individu untuk menilainya. Huhu...

p/s: Game ni hanyalah permainan semata-mata. Tak boleh dijadikan contoh mahupun pedoman untuk hidup di alam nyata. :)

Comments

elaun..elaun..seru same2...elaun2.....
masukla....
midorimina said…
haha..
sama lah kita. sya main the sims ni pun asyk pkai cheats duit je.

klau tak, asyk tak ckup duit je.

^_^
Unknown said…
ayisy, "duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit"..... mmmm mcm mana tu ekkk...
hans said…
hahaha
aku xdapat main sim 3
laptop aku nih koman spanar sikit
hehehee
ayisy said…
ctiey, Yah! elaun2! Di mana kau!!! Aggghhh!

Mina, Hehehe.. Betul tu kalau tak mmg duit tak ckup. Huh! Pakai cheats terus senang hati :P

mila, Tu la. Zaman skrg duit tu dah mcm segala-galanya. Hurmmm...

Hans, Aku pulak cuma boleh main The Sims zaman dulu2 punya. Keh3! Tapi layan!
kakna said…
the sims memang wat org addicted..
maen cheat jer.. x yah susah2
fiD said…
hahaha... duit dikatakan permainan dan agenda besar yahudi oleh sestengah pendapat cendikiawan.

Sebab dengan duit kite boleh menguasai dunia. Lihat saja negara barat pro yahudi kan, degn sekatan ekonmi sikit, lumpuh ekonomi sesutu ngara.

Duit, nilai yg dirancang skian berkurun-kurun utk "memegang" dunia...

*org berduit juga hidupnya x tenteram...
ayisy said…
fid, Mereka tu semua hamba duit. Kita dulu zaman sekolah takder duit hidup happy jek. :) Huhuhu...
Ayisy..aq sekarang tengah kesempitan duit la..
hari2 pokai je..
ko tolong carikan aq cheat duit..
nanti aq leh belanja ko..hahaha
ayisy said…
kakna, Game The Sims membuatkan 2 jam menjadi seperti 20 minit shj. Hehe

PEJUANG KESENIAN EXTREME, Kalau betul la cheats duit tu wujud kat dunia ni, dah lama dah istilah bankrap, hutang, pinjaman hilang dalam kehidupan manusia.
kainbatiksaya said…
THE SIMS . suka gila .. nie laptop ea ? bagi crack . haha


dah lama tak jenguk sini. rindu ah hahaha geli je ayat :P
ayisy said…
candy dandy, Ha'ah laptop. Huhu... The Sims sy takder crack. Single 2 jek pki crack. Huhu...

Lama tak jenguk? Heehehe...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...