Masa Depan! Ahhh! Risaunya!
Semenjak dua menjak ni aku risau. Risau tentang masa depan. Asyik fikir jek macam mana la aku bila dah habis belajar nanti.
Memang aku belajar di IPG dan dijamin jadi guru. Tapi itu bukan bermaksud 100% aku akan keluar dan terus bekerja. Hidup merupakan sesuatu yang tidak pasti. Jangan terlalu yakin dengan apa yang kita fikirkan. Apa-apa sahaja boleh berlaku sama ada apa yang kita ingini dan tidak diingini.
Ishk! Risaunya. Kalau aku tak dapat pekerjaan yang mampu menampung hidup aku bagaimana? Aduhhh... Perasaan macam ni buat aku tak keruan.
Yang sama atau sebaya dengan aku pernah terfikir tak? Dulu aku pernah fikir tapi fikir yang indah-indah sahaja. Memasang impian yang besar-besar sahaja. Yang manis-manis. Yang hanya membuatkan kita tersenyum... Tetapi tidak pernah terfikir hidup bukan semudah yang disangka.
Mungkin 20 tahun sepanjang hidup aku, aku hidup selesa. Alhamdulillah hampir kebanyakan benda yang aku nak aku dapat.Tidak pernah mengalami masalah besar. Tidak pernah mengalami situasi yang begitu membimbangkan. Hurmm... Macam manalah aku nak hidup nanti. Makan, minum, tempat tinggal, kenderaan, simpanan, duit, kenderaan...
Aku mesti buat sesuatu untuk menghadapi masa depan. Bukan sekadar belajar sahaja. Tapi aku nak buat apa? Itu yang menjadi masalah! Ahhhhh! Pening-pening. Rileks Ayisy..rileks. Tenang dan cuba fikirkan sesuatu yang terbaik. Yeh! Think positive!
*Pernah juga berasa bimbang selepas SPM kerana tidak mendapat sebarang tawaran, tapi tak serisau yang ini!
Comments
Hargailah apa yang ada sekarang kerana itulah yg akan kita bawa. Bersiap sedia & hayati hidup sekarang & jangan mudah putus asa...
Nur Azmina, Sekarang tengah buat major Bahasa Melayu. Dan akan ajar BM. Tapi selalunya kat sekolah ajar mcm2. Huhu... Sekolah rendah. :)
apehl pn laneh chill aja!hehe;DD
insyaAllah sume bjalan lancar:))
tp xde la rsau ngat,
mken xsbar dew la,
cabaran tu mmg mmbhagiakn wlwpn
trkdg ade yg wt kte perit! hee..