Masa Depan! Ahhh! Risaunya!

Merenung masa depan yang tidak pasti. Yang depan tu adik member aku, jangan pelik pulak ada budak kecik dalam geng aku. Haha..

Semenjak dua menjak ni aku risau. Risau tentang masa depan. Asyik fikir jek macam mana la aku bila dah habis belajar nanti.

Memang aku belajar di IPG dan dijamin jadi guru. Tapi itu bukan bermaksud 100% aku akan keluar dan terus bekerja. Hidup merupakan sesuatu yang tidak pasti. Jangan terlalu yakin dengan apa yang kita fikirkan. Apa-apa sahaja boleh berlaku sama ada apa yang kita ingini dan tidak diingini.

Ishk! Risaunya. Kalau aku tak dapat pekerjaan yang mampu menampung hidup aku bagaimana? Aduhhh... Perasaan macam ni buat aku tak keruan.

Yang sama atau sebaya dengan aku pernah terfikir tak? Dulu aku pernah fikir tapi fikir yang indah-indah sahaja. Memasang impian yang besar-besar sahaja. Yang manis-manis. Yang hanya membuatkan kita tersenyum... Tetapi tidak pernah terfikir hidup bukan semudah yang disangka.

Mungkin 20 tahun sepanjang hidup aku, aku hidup selesa. Alhamdulillah hampir kebanyakan benda yang aku nak aku dapat.Tidak pernah mengalami masalah besar. Tidak pernah mengalami situasi yang begitu membimbangkan. Hurmm... Macam manalah aku nak hidup nanti. Makan, minum, tempat tinggal, kenderaan, simpanan, duit, kenderaan...

Aku mesti buat sesuatu untuk menghadapi masa depan. Bukan sekadar belajar sahaja. Tapi aku nak buat apa? Itu yang menjadi masalah! Ahhhhh! Pening-pening. Rileks Ayisy..rileks. Tenang dan cuba fikirkan sesuatu yang terbaik. Yeh! Think positive!

*Pernah juga berasa bimbang selepas SPM kerana tidak mendapat sebarang tawaran, tapi tak serisau yang ini!

Comments

duniajam said…
Hidup kita ibarat roda.... ada kala di atas, aka kala di bawah. Ada pasang surutnya.....

Hargailah apa yang ada sekarang kerana itulah yg akan kita bawa. Bersiap sedia & hayati hidup sekarang & jangan mudah putus asa...
midorimina said…
ayisy nnti pas abis blaja jdi ckgu pe? skolah rndah ke mnengah?
ayisy said…
duniajam, Terima kasih. Kita memang perlu hargai apa yang kita ada sekarang. Kena kuat dan tidak mudah putus asa. :)

Nur Azmina, Sekarang tengah buat major Bahasa Melayu. Dan akan ajar BM. Tapi selalunya kat sekolah ajar mcm2. Huhu... Sekolah rendah. :)
.ShazaSulaiman. said…
ayisy,awat nk risau,.hehe.bguih2x..
apehl pn laneh chill aja!hehe;DD

insyaAllah sume bjalan lancar:))
ayisy said…
S, Tiba2 asyik terfikir plak. Huhu... Lepas ni nak cuba jauhkan fikiran drp benda2 nih. :) Amin...
Admin said…
trfikir..
tp xde la rsau ngat,
mken xsbar dew la,
cabaran tu mmg mmbhagiakn wlwpn
trkdg ade yg wt kte perit! hee..
ayisy said…
ahsfantasy24, Kalau saya entahlah, rasa kalau boleh mcm tak nak hadapi masa depan. Tapi benda tu kita kena hadapi. Kena kuat. Tu yg kdg2 rasa tak kuat dan risau. Tp takper, kita tak boleh cepat putus asa. :)
fiD said…
minda ko dah capai tahap dewasa, makanya elok kahwin supaya pasangan ko dapat membantu dan bersama melayari bahtera kehidupan...
ayisy said…
fid, Hahaha.. Rileks dulu.Calon pun takde lagi. Aku tunggu kawan2 aku kahwin dulu baru aku kawin. Kih3!
fiD said…
ko habis lagi 2 tahun , aku 4 tahun lagi.. so aku terpaksa mengapit ko kahwin dulu, ohohoh
ayisy said…
fid, Kau kahwin masa belajar. Heeee...
zizie said…
tak bagus sgt pikir2 mcm tuh..,,setiap hari kita banyak melakukan perkara yg baik atau buruk tanpa kita sedar.,,kita sebagai manusia punya kehidupan tak terhenti selagi kita masih hidup..,,

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???