Friday, 24 December 2010

Suka Duka Kehidupan Tahun 2010


Assalamualaikum w.b.t





Sudah berbulan aku tak update blog ini. Maaflah jika ada yang memberi komen atau mesej aku tak balas. Serius, dekat 3 bulan aku tak jenguk blog sendiri. Puncanya? Mungkin aku lebih memberi tumpuan kepada minat aku iaitu riding dan touring. Dan, kekecewaan aku selepas pihak advertising gagal memberi sebarang bayaran hasil dari blog ini. Ya! Mereka berhutang RM200++. Tapi tak apa, aku tak anggap aku gagal, bahkan aku masih memperoleh sesuatu melaluinya iaitu ILMU. Ilmu berkaitan internet dan tak kurang ilmu berkaitan perniagaan. Berharga bukan? Orang berjaya selalu berkata, Dare To Fail! Dan kegagalan ini sebenarnya membuka mata aku betapa pentingnya merancang kehidupan lebih-lebih lagi berkaitan merancang wang.

Boleh aku katakan, selepas melanjutkan pelajaran aku agak boros dalam membelanjakan wang. Iyalah, baru dapat pegang duit banyak, semua benda nak beli. Tapi sejak kebelakangan ini, aku mula lebih berhati-hati dalam menguruskan wang. Rasa menyesal ada gak sebab kenapa dari dulu tak fikir macam ni. Tapi masih belum terlambat. Benda yang dah berlaku biarkan berlaku. Orait?

Tahun 2010, bagi aku merupakan tahun yang penuh dengan suka duka. Rasanya terlalu pantas masa berlalu. Lagi beberapa hari kita akan masuk tahun 2011 sedangkan aku rasa macam baru minggu lepas aku menyambut 1Jan 2010 di Pudu. Hehe. Alhamdulillah, hampir semua azam yang aku tanam berjaya dicapai. Nak tahu apa azam aku untuk tahun 2010? Klik ni! Tahun 2010 juga merupakan tahun paling banyak aku riding dan touring. Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Yup! Aku dapat rasa kesannya. Huhu... Selalu berjalan membuatkan aku rasa Malaysia ni kecil saja. Sampaikan aku pernah balik kampung hujung minggu naik motor jek sebab dah rasa dekat. Dan, target aku untuk menakhluk 4 tanah tinggi di Malaysia iaitu Genting, Cameron, Fraser dan Bukit Tinggi akhirnya tercapai. Puas rasanya. Wuuhuu!




Tahun 2010 juga merupakan tahun di mana aku melalui pengalaman pahit kemalangan jalan raya. Eksiden masa balik dari Cameron Highland. Huhu. Rakan-rakanku juga banyak yang kemalangan. Tapi setiap perkara pasti ada hikmahnya. Lepas jek kemalangan barulah nak ride dengan berkhemah dan beringat. Hehehe...

Kehidupan aku di IPG juga aku rasakan semakin baik. Walaupun kehidupan di situ bukanlah kehidupan yang aku inginkan, tapi kenapa harus sentiasa kecewa dan menyesal dengan apa yang dilalui? Benda dah terjadi, kita tidak boleh berpatah balik. Teruskan dan laluinya dengan hati yang cekal. Mungkin sekarang sakit, tapi mungkin manis untuk masa hadapan. Betul kan? Hidup tak selalu indah tapi hidup juga tak selalu derita.

Mungkin semua dah tahu aku belajar di IPG. Aku jadi guru? Hahahaha! Macam lawak seh. Serius! Aku tiada minat dan bakat dalam bidang perguruan. Sudah 3 tahun berusaha untuk ke arah itu tapi gagal. Tak pasti mana silapnya. Kalau diberi peluang untuk berpindah IPG, aku akan berpindah. Keadaan sekeliling yang buat aku tak selesa dan rasa looser. Hidup di kawasan pedalaman memang tak happening. Heh! Sorylah kalau orang situ marah dengan kenyataan aku. Tapi jujurnya memang aku kureng happening duduk situ. Berhijrah ke tempat lain bukan bermaksud putus asa tetapi mencari peluang membaiki diri di tempat lain. Right?

Kadang-kala, bila aku baca balik blog ini, rasa geli pun ada gak. Iyalah, masa tu buat blog untuk jana duit apa semua tu. Jadi menulis blog bukan dengan sepenuh hati dan niat yang betul. Huhuhu... Ingat lagi 2 tahun lalu, ketika aku mula berblogging. Ketika itu dunia blogging sedang rancak. Tahun ini aku mula tinggalkan komuniti tersebut. Namun pada bulan lepas aku mula menjelajah kembali dunia blog/website. Tak sangka ianya bertambah meriah dan berwarna-warni. Malaysia boleh!

Tahun 2009, aku mempunyai satu hobi iaitu mengumpul jam tangan. Masuk tahun 2010 entah ke mana hilang hobi tu. Hehehe... Tapi masih lagi mengikuti perkembangan dunia jam tangan cuma tak se'hardcore' dulu. Sudah puas mungkin... Sekarang, aku mula berjinak-jinak minat kereta. Tapi keadaan ekonomi masih tidak cukup. Tengok orang main drift, mak aihh..kepengen seh...! Membuatkan aku tak sabar nak masuk alam pekerjaan. Huhu...



Sekarang gian tengok orang main drift..

Itulah serba sedikit perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2010. Tahun yang aku rasa aku macam dah dewasa. Heh! Buat sahabatku Syafiq Manaf yang masih berada di hospital akibat penyakit yang dihadapi, moga tabah menerima ujian dari Tuhan. Memang berat dugaan tersebut. Aku sendiri tak sampai hati melihat keadaannya. Semoga Tuhan menyembuhkan penyakitnya. Amin...

Untuk tahun 2011, aku tidak meletakkan sebarang azam. Cukup bagiku agar kehidupan untuk tahun 2011 nanti berjalan dengan lancar dan dipermurahkan rezeki. Amin... Aku juga berharap agar sentiasa diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan yang dilalui..kehidupan yang jauh terpesong dari apa yang aku cita-citakan. Huhuhu..

Akhir sekali, aku nak minta maaflah jika ada terkasar bahasa ke, apa ke, tak balas komen ke, mesej ke sepanjang aku menyepikan diri dari blog ini. Aku amat hargai pengunjung yang datang ke blog ini walaupun aku senyap jek. Tiada niat pun buat macam tu. Lepas ni rasanya mahu kembali menulis blog. Yeh!

nota kaki: panjang giler entry ni. :P



8 comments:

fiD said...

transformasi alam remaja ke alam dewasa....

mengubah kehendak desteni diri...

woit!,huhuh....

apa yg dirasa, tak mungkin kite harap...

ayisy said...

fid, Wow! Ayat puitis... Huhu.. Lagi 4-5tahun, transformasi alam dewasa ke alam perkahwinan. heee...

duniajam said...

Biasa la tu... suatu transformasi yg baik.

Kita punya minat tak boleh byk, sbb kita tak mampu nak tumpu pun. Walau ada cuma 2 minat pun, kita cenderung nak lebihkan yg satu & satu lg akan tertinggal.. apatah lg kalau minat macam2... semuanya akan jd serba sikit, Yg ni sikit, yg sana sikit, itu sikit... past semua tak jadi.

Dulu aku minat moto, main moto sampai puas. Dek kerana frust dgn harga superbike, aku dah malas nak pakai balik dah... & ada macam2 cerita lg psl moto yg buat aku rasa malas dah... Jd skrg aku tumpu minat aku sejak kecik...

ayisy said...

duniajam, Huhu. Sekarang memang aku tengah tumpu satu minat dulu iaitu riding. Sbb takut bila dah kerja masa terluang kurang. Jam tu mungkin boleh layan balik masa dah kerja. huhu

Superbike di Malaysia rasanya harga melampau tinggi disebabkan cukai. Mcm Honda CBR1000rr, kat luar negara harga sekitar RM50k jika ditukar nilai dgn ringgit. Masuk Malaysia harga naik sampai RM90k-100k. Fuhhh!

Tp sekarang tengok Kawasaki dah byk buat CKD model. Harga pun RM30-40k utk 600cc. Rasanya dah ok dah harga tu.

duniajam said...

Suatu ketika dulu aku mmg gila moto... pantang jumpa koner... sejak eksiden slow skit... Pastu lama2 aku boring dgn situasi skrg....

Aku start pakai moto thn 1999. Masa tu Fireblade Rm35-45k... sampai skrg harga dok camtu gak... hadoi... susah nak jupa yg jual bawah RM30k.. gila apa..

Bg aku harga superbike mahal bukanlah sebb mmg dia mahal.. tp cukai yg buat tinggi... sama gak la dgn keta pun... hmmm... cukai cukai cukai... bukanlah takleh cukai lgsg... cuma cukai skrg terlalu tinggi...

Bila dah kawin aku lg stop terus & moto pun dah lama jual. Skrg pakai skuter ja... Haha... Nnt la bila komtitmen ok, ekonomi pun ok bolehlah nak cuba main balik... tp lambat la lg kot... hehehe

tirah said...

omg! dah lama tak menapak sini. hehe

AzwaZynal said...

advertlets tak bayar kau ke?

ayisy said...

tirah, Hehehe... Dah lama tak update.

Azwa, Ha'ah..! Lantaklah. Aku malas nak layan dah..