Friday, 1 January 2010

Tahun Baru 2010. Nak Buat Apa Ekk...


Ahhhhhhhhhhh! Sedih seh masuk tahun baru ni. Cuti dah habis. Rasa begitu pantas masa berlalu. Ingat lagi ketika aku pergi Melaka bulan November lepas. Sekarang cuti dah habis. Takper-takper, tak baik sedih-sedih dan terkenang masa lalu, kita kena pandang masa depan dan...dan..enjoy? Emmm. Tak dapat dipastikan. Haha.

Oklah, orang selalu bila masuk tahun baru ada azam kan. Alah, biasa dah dengar perkataan azam ni. Aku pun ada gak. Haha. Budak yang tengah belajar selalu cakap nak dapat CGPA 4.00 kan. Aku plak tak target apa-apa. Aku cuma belajar, periksa dan tengok dapat berapa. Senang tak payah risau. Haha. Malas nak cerita tahun ni aku nak jadi budak baik lah, lulus periksa dengan cemerlang lah, jadi pelajar berdedikasi lah...bla3. Takder maknenyer.

Auummmmm! Nak jumpa menatang nih.

Tahun ni macam biasa, aku nak melancong secara radikal. Fid, apa macam plan kita tahun 2010? Singapura? Indonesia? Sabah/Sarawak? Atau Japan? Haha.. Kalau domestik plak kat mana? Desaru? Penang? Mersing? Kelantan? Aku layan...!

Cari yang paling murah. Hahaha. Janji boleh buat skodeng sudah. Hik3!

Kalau barang plak, untuk semester pertama tahun ni aku nak kurangkan pembelian jam tangan. Aku nak beli benda lain plak. Aku rasa cukuplah tahun 2009 aku banyak beli jam. Puas dah. Tahun ni aku nak beli kamera digital. Disebabkan aku selalu melancong, rasanya dah macam tak sesuai mencapap ambil gambar hanya menggunakan kamera handphone. Tergedik-gedik depan kedai jam mewah pastu ambik gambar guna handphone. Walaweh! Tak cute la bro. Hak3!

Payah giler cari barang ni. Kat mana ada jual ekk.

Kedua, aku nak beli kotak simpan jam. Benda alah ni punyer la payah nak cari. Takder jual kat kedai. Takper, teruskan pencarian kau Ayisy. Naik lemas dah jam-jam kau tu dalam kotak kasut. Hihi...

Ketiga, errr... Macam biasa jam. Jam Swatch. Hehehe. Takpun G-Shock DW-5600. Pastu spek (cermin mata) baru! Yey! Nak beli yang macam sekarang cuma warna lain.

Keempat, motor baru. Haha. Kalau ada duit lebih aku nak angkat motor Yamaha 125zr atau 135LC. Boleh balik kampung tiap bulan tanpa perlu tercongok tunggu keretapi sampai. Sebenarnya naik EX5 tu pun boleh, selamber jek pergi cuma aku nak laju sikit la.

Kelima. Aweks baru. Hak3! Takder lah. Gurau jek. Peace! :P

15 comments:

Sharinginfoz said...

selamat tahun baru.. bosan2 singgah le...

Gula Naik 20 sen

Jom Gunting Rambut

Sharinginfoz said...
This comment has been removed by the author.
imanshah said...

Banyak azam ko..semoga tercapai..selamat tahun baru

Afzainizam said...

alam dari kami http:firestarting automobil.blogspot.com

Salam tahun baru.... Azam baru... matlamat baru.... Target baru...

2009 telah pergi meninggalkan kenangan, Suka & duka, Tawa ria..

Kini 2010 kita akan hadapi....

Tingkatkan Prestasi kurangkan kontraversi.....

Dengan kesempatan ini kami ucapkan
"Selamat Menyambut Tahun Baru..."

ahsfantasy24 said...

bgus2!
bli cmra..
DSLR pn ok gak, hehe~

ayisy said...

sharinginfoz, selamat tahun baru gak, :)

imanshah, huhu. tu cuma matlamat jek, apa2 pun harap tercapai lah. selamat tahun baru 2010 :)

afzainizam, yup! target baru. haha. selamat tahun baru gak :)

ayisy said...

ahsfantasy, mmg target nak dslr. tp duit tak cukup. huk3!

[z@ck] said...

whoaa..
awek baru?
ahahaha

ayisy said...

zack, hehehe. tu gurau jek. main2. :P

Finaz said...

oooo..len kali kalo nak beli box cenggitu bgtau Kak Finaz. Akak tahu kat ner ada dgn mudah jer boleh beli janji ada pulusss hehehe..

misz_m0niQue said...

eppy new year. sedih rasa nk tnggl 2009. but life must go on.

ayisy said...

Kak Finaz, hah!! kat mana? huhu..

misz_monique, byk kenangan sepanjang 2009. Yup! hidup perlu diteruskan. :)

dunia said...

Kotak jam boleh beli dari lelong.com ataupun eBay. Satu lagi dari blogger Koleksikitani. Dia ada kotak yang boleh isi 12 ketul

jan said...

wah.byk nyer azam.gud luck!

ayisy said...

dunia, oh.. thanks utk info kamu. nnt saya cuba usha. hehe..

jan, hehe.. ni la 1st time buat azam pada tahun baru. selama ni buat bodoh jek dengan tahun baru :)