Nak Beli Jam Tangan Atau Kereta Waja/Honda Civic?

Jaeger Lecoultre. Peh!

Ok! Dah! Tak payah baca entry homesick tu. Hak3! Malu sehh! Kita pergi cerita lain plak.

Apa pandangan korang terhadap jam RM10, RM100, RM300, RM1000 dan RM100,000. Mungkin ada yang memandang jam berharga RM100 sudah cukup mahal. Ada pula yang menganggap jam berharga RM1000 itu biasalah. Haha. Tapi apa pula pandangan orang yang sanggup membeli jam berharga puluhan ribu ringgit? Adakah mereka ni kaya giler sampai jam yang harganya sama dengan kereta Proton Waja pun masih dianggap murah? Huh!

Masa aku pergi K.Lumpur lepas, aku cuba usha jam-jam jenama mewah. Selalu kalau pergi kedai jenama mahal macam Oris, Rado, Tissot yang berharga bawah RM10,000 sudah cukup membuatkan aku terlopong. Hehe.. Tapi masa kat KL minggu lepas, aku ternampak beberapa butik jam yang menjual jenama mewah yang harganya lagi giler seperti IWC, Patek Philippe, Rolex, Omega, Vacheron Constantin dan sebagainya. Mula-mula ingat nak masuk tapi bila tengok seller dalam kedai tu pun pakai kot kemas semacam, malu seh nak masuk. Kalau aku masuk pun mesti diaorang kata biar betik budak kecik ni ada duit nak beli. Haha. Memang ngeri lah nak masuk. Nasib baik butik-butik tu ada pamerkan beberapa buah jam di hadapan butik tu. Boleh la aku cuci mata tengok jam yang harganya boleh beli sebuah kereta Honda Civic 2.0. Haha. Aku rasa tokey butik tu mesti nak bagi peluang orang sengkek macam aku tengok jam mahal riban-riban.

Mat saleh dan minah saleh pun macam jakun jek tengok jam mewah kat Malaysia ni. Padahal jenama jam Swiss mestilah dah ada kat tempat diaorang. Kalau diaorang jakun tengok jenama Seiko atau dari Japan aku tak kisahlah mungkin kat tempat diaorang takder. Entahlah, malas aku fikir.

Kemudian aku nampak satu kedai jam dinding. Tapi kedai tu bukan kedai sebarangan. Jam-jam dinding yang dijual mak aih makan ribu-ribu gak. Kebanyakan jam mekanikal. Suka betul aku dapat tengok. Tengah syok ambik gambar tiba-tiba seller kedai tu sound. Tapi sound secara berkhemah la. Papepun, dapat gak snap beberapa gambar. Hihihi...

Emmm.. Tahun ni aku target nak angkat jam G-Shock dan Orient plak lah. Hehe… Jam-jam mewah harga riban-riban tak sanggup aku nak beli. Elleh, bukan tak sanggup Ayisy tapi ko takder duit kan. Cakap jelah...

Jam-jam sebegini sememangnya sesuai untuk orang-orang yang mementingkan prestij dan mencintai dunia horologi. Bukan calang-calang orang yang dapat pakai jam mewah ni. Aku pulak tak tahulah bila dapat pakai. Hehe..


Kalau tak silap ni jam Patek Philippe. Harganya? RM145 000 bai! Sama dengan harga sebuah kereta jenama Jepun. Ada bran nak angkat?

Rolex.

Ni jam Jaeger Lecoultre kalau tak silap. Harganya murah sikit lah. RM59 500.00 jek.


Vacheron Constantin. Pembuat jam sejak 1755 lagi.

Comments

Zuwairi said…
fuyooh... baik beli keta jer;)
Anonymous said…
Salam bro,

Daripada beli dua jam Orient dan G-Shock,baik beli 1 jam Oris atau Tissot. Sebab kalau campur-campur dgn semua jam yang dah bro beli memang dah dapat ambil satu jam mahal.

Saya dulu suka juga beli banyak jam,tapi bagai dikata selagi tak dapat jam yang betul2 mahal selagi tu dok beli jam murah.

Lepas beli Oris satu terus tak beli lagi jam murah2. Pakai yang tu je. :)
Nadiene said…
aku ade idea, ko beli jam michael jackson! kompom mahal!
duniajam said…
Minat jam ni macam2. Aku dah jumpa macam2 org dengan macam2 ragam. Macam2 style... ada yang minat jam Jepun, ada minat jam Swiss, ada yg minat replika, ada yg minat jam fancy, ada yg minat kumpul banyak2, ada gak yg suka jam high-end dll.

Minat jam plak tak semestinya 'kena' minat jam yg mahal. Jam yg harga rendah pun memadai asalkan ada semangat, passion dengan jam. Itu semangat yg aku tengok di kalangan pengumpul jam setakat ni.

Kebanyakan jam Swiss yg harganya lebih RM100k, pada aku diorang jual hasil seni horologi. Sebuah hasil seni buatan tangan yg cukup indah dipandang bagi mereka yg pandai menilainya. Hasil seni buatan tangan (tak kiralah, lukisan, arca dll) mmg sangat mahal. Itu harga yg penggiat seni letak yg padanya setaraf dengan hasil kerja tangan dia yg burmutu tinggi tu.

Pendapat aku jugak, tak semua jam yg mahal tu berbaloi. Tapi pada org lain, ianya berbaloi. Pendapat kita ni berbeza2 sebab cenderung kita terhadap sesuatu jam tu berbeza. Sebab 90% jam Swiss, enjinnya datang dari ETA. Ada yg beli parts2 dari ETA & pasang sendiri & ada yg beli enjin seketul dari ETA. Enjin yg sama dipasang pada banyak jam yg berlainan jenama dengan harga yg jauh berbeza. Dalam kes ni, yg mahal tu menang brand. Brand yg gah & dikenali harganya juga sangat tinggi.

Ini pendapat aku saja la. Kalau tanya aku psl Patek tu, kalau mampu, aku tak beli jam tu. Tak berbaloi. Lebih berbaloi beli jenama lain yg jauh lebih hebat dari segi complication & 'kesusahan' untuk hasilkan jam tu. Kalau org tu dah mampu beli jam camtu, mmg jutawan org tu. Kita yg takda duit ni cakap rugilah, buang duitlah, baik beli rumah lah, beli tanah lah.... Dah kawan tu ada duit & mampu... dia beli lah. Kalau kita pun jutawan, rasanya tak cakap banyak beli jam-jam camtu. Hehehe...
ayisy said…
zuewairy, haha. tau takper mahal giler. tp kalau ada duit beli ajer.

bloginformasi.com, yup! betul tuh. tp aku target nak kumpul byk2 dulu pastu dah ada duit baru angkat yang ribu2. skrg cuma main jam2 jepun dan swatch jek. hehe.

fid, hahaha. ntah2 m.jackson pakai jam q&q. Pastu org lelong juta2.

duniajam, aku pulak minat jam bukan sebab jam tu murah atau mahal. Aku akan beli jam tu bila aku minat jek. Bila dah minat jam tu mahal ke murah ke aku akan cuba beli.

pasal ETA tu, mmg aku tak berapa berkenan bila jenama jam mewah guna movement ETA. Apesal tak buat movement sendiri ekk. Tu yg buat rasa tak berbaloi. Beli jam Swatch RM200 guna movement ETA gak. Hehe..

Memang bila kita dah ada duit atau jutawan dah tak byk cakap. Pejam mata jek beli jam mewah tu. Duit kalau dah juta2 anggap ribuan ringgit tu main-main jek. Huhuhu..
duniajam said…
ETA memang pembuat enjin bermutu tinggi. Enjin diorang yg dah 20 tahun pun masik digunakan sampai sekarang. Enjin diorang memang mahal sebab tu harga pun mahal juga. Kalau enjin high-end diorang, harganya lagi2lah mahal.

Kalau brand2 yg mahal ni, buat enjin in-house sendiri, diorg kena keluarkan belanja yg cukup besar untuk R&D. Bila enjin dah siap, harga jam tu akan melambung lebih tinggi. Banyak pengeluar tak sanggup ambik risiko & sebab tu, enjin ETA adalah jalan terbaik. Kalau guna enjin ETA pun dah cukup mahal, apatah lagi kalau buat enjin sendiri.

Aku respek jam Jepun. Diorg boleh buat enjin sendiri & jual jam dengan harga yg jauh lebih murah dari Swiss. Tak dinafikan diorg juga buat jam high-end yg berpuluh ribu RM. Sebab tu masa Seiko keluar, banyak jam Swiss gulung tikar. Tak dapat bersaing dengan Jepun.

Dari segi kualiti, ramai yg bandingkan dengan jam Jepun. Tapi perbandingan yg tak adil & setaraf. Ambil jam Swiss yg harga RM3k tapi nak banding dengan jam jepun harga RM500. Dah tentu Swiss menang. Cuba bandingkan dengan jam Jepun yg harganya RM3k. Sudah tentunya setaraf & silap2 jauh lebih baik dari Swiss.
ayisy said…
Jam Grand Seiko boleh tahan mahalnya. Huhu. Aku tengok, jam Jepun dan jam Swiss masing2 ada auranya tersendiri. Tapi kebanyakan jam high-end aku cuma mampu tengok jek lah. Haha
Takut siot nak angkat jam tu...Boleh beli moto LC tah bape puluh biji dah..
duniajam said…
Kalau mampu, Seiko Marine Master Spring Drive aku nak. Tapi rega dia kat sini RM27k. Erk!
ayisy said…
pejuang kesenian extreme, harga mmg giler lah. kalau motor mmg berpuluh boleh angkat. haha..
Finaz said…
kalo akak baik beli jam, keta pakai keta husband... hehehe..
Ruby said…
kereta.. becasuse tak yah menyusahkan org lain dah lepas ni.. langkah panjang sdn bhd.. hehe..

:D
Ruby said…
OOPPSS.. BECAUSE!
Suraya I. said…
sy akn prefer jam rm10. beli byk2 pstu pki gilir2 heheh!~ jam beribu ribu hargenye tu, kalo ilang mau tak meraung kn~
Unknown said…
jam tu kan melambangkan personaliti dan status seseorang.....hu hu...jam akak rosak...tak beli2 lagi baru....apa status akk agaknye sekarang yg tak berjam ni???
ayisy said…
kak Finaz, hehehe. Akak pompuan. Saya lelaki kalau dah kawen takkan nak pakai kete isteri semata-mata. Hehehe... :P

rabiatul adawiyah, yup! kereta lebih penting dan diutamakan. dah ada kereta baru boleh usha jam ribu2.

suraya, huhu. ada org akan minat jam rm10 tapi beli byk2, ada org minat jam beli satu jek tapi mahal giler. Huhu.. Jam mahal kalau hilang mmg meraung lah.

mila, emmm? saya tak tahulah kak. mungkin statusnya org yg tengah nak beli jam. hehe..
duniajam said…
Kereta puluh ribu harga jatuh.... jam puluh ribu harga tak jatuh. Tunggu lagi lama harga lagi naik. Hehehe...

Kalau nak malabur.... saham, hartanah, insuran lebih baik... Ehehe...
ayisy said…
duniajam, yup! kereta, motor beli jek terus harga jatuh kalau nak jual balik. hehe.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???