Rolex Watch



Kebelakangan ni, ramai peminat jam bercakap tentang jam Rolex. Aku pun nak cakap pasal Rolex lah walaupun tak mampu beli dan duit dalam simpanan aku belum tentu cukup untuk buat downpayment jam tu jek. Haha.

Sebut jam Rolex ramai yang kenal. Kau tanya la siapa-siapa pun walaupun dia tak minat jam mesti tahu jenama Rolex. Tu lah penangan jam Rolex. Aku pula sejak kecil dah tahu jam Rolex. Sebelum aku kenal G-Shock dan Swatch, aku kenal Rolex dulu. Kat surat khabar pun selalu keluar iklan jam Rolex.

Harga jam Rolex korang jangan tanya lah. Kalau korang nampak aku pakai jam Rolex ori, tu maknanya aku dah jadi jutawan. Hak3! Takpun aku dah kawen dengan golongan bangsawan/usahawan. Hehe.


Sejarah Rolex ditubuhkan oleh Hans Wilsdorf dan Alfred Davis. Mereka menubuhkan syarikat "Wilsdorf dan Davis" di London. Perniagaan utama mereka pada masa itu adalah mengimport Hermann Aegler's Swiss movement ke England. Pada tahun 1908 Wilsdorf telah mendaftarkan nama "Rolex" dan membuka ibu pejabat di La Chaux-de-Fonds, Switzerland. Nak tahu lebih lanjut kenapa dia letak nama Rolex boleh baca di sini. Aku cuba faham tapi susah nak terjemah kat entry ni. Haha.

Bila aku baca sejarah jam Rolex nih, gempak gak pencapaian diaorang. Patutlah jenama Rolex terkenal di seluruh dunia. Rolex merupakan pembuat jam kalis air sehingga 100m (330ft) pertama di dunia pada tahun 1953 melalui model Rolex Oyster Perpetual Submariner. Banyak lagi inovasi yang mereka lakukan sebenarnya.


Kemudian, bila aku usha website dia, peh! Banyak-banyak website jam kat dunia ni, bagi aku website Rolex lah paling cantik. Secantik jam-jam keluaran mereka. Tak percaya? Jom usha website Rolex. Hehe.Selalunya syarikat jam kat dunia ni buat jam untuk dress, military, pilot, diver dan sport. Tapi Rolex lagi style. Macam-macam jenis jam dia buat. Antaranya adalah The Scientist's Watch, The Leader"s Watch, The Driver's Watch, The Explorer's Watch dan sebagainya. Harap-harap lepas nih Rolex buat jam untuk The Teacher's Watch. Hahaha.

Bila aku dah tengok jam-jam Rolex, mula la kemaruk nak satu. Tapi memandangkan duit aku tak cukup nak beli walaupun untuk bayar downpayment, terpaksalah aku pendam dalam hati. Nak tak nak cari jam jenama lain yang design seakan-akan Rolex. Cari punya cari terjumpa jam Seiko 5 bentuk ala-ala Rolex. Layan jek lah. Cuti nanti nak cari satu kalau ada duit tak pakai. Hehe.

Comments

paan said…
nak lagi menarik , kuarkan the blogger watch..leh straight update blog dari jam tangan je...siap leh amik gambar sekali...
uncle said…
nice citer ttg rolex..kawan uncle nak tolak kat uncle 3 bulan lepas.RM15K hahah uncle mulanya mmg minat tapi tak jadi lah sebab gred AA pun saling tak tumpah camtu..karang pergi mana2 pun org still anggap rolex tiruan karang padahal ori mori lagi
duniajam said…
Rolex satu jenam lagenda dalam dunia horologi. Aku memang sangat minat dengan model Submariner & kalau ada rezeki memang nak angkat gak satu. Boleh baca blog aku pasal model ni.

Aku dah tak rela pakai jam replika walau apa gred sekali pun. Aku rasa menipu diri sendiri. Bila tengok orang lain pakai jam2 camni, macam2 tanggapan orang nilai samada ori atau tak. Tak kisah la kalau org anggap replika pun asalkan diri sendiri tak rasa tertipu & aku pun takmau ada perasaan nak menipu orang pakai jam replika. Dosa plak dok tipu orang. Ehehe..

Rolex Daytona dalam gambo tu jual di antara RM40k-60k. Model vintagenya dah cecah USD$100k. Bila orang dah mampu tu, dah tak kira dah walau berapa harga sekalipun asalkan Rolex ada ditangan. Satu kepuasan memilikinya...
Azie said…
hoye!! I like da teacher's watch.. bile time msuk klas jek, dy bunyi cm loceng skola... huhu
ayisy said…
paan, haha.. kalau ada betul2 mmg popular la jam tu dikalangan blogger. huhu.

uncle, wuh! 2nd hand pun rm15k. huhu... kalau teringin sgt nak pakai tak salah beli yg tiruan. takpun beli yg seakan-akan mcm Rolex ttp jenama lain mcm Seiko dan Orient. huhu

duniajam, aku minat Rolex Submariner yg bezelnya hijau tuh. Ada dlm gambar blog duniajam. huhu. Rasa kemas dan lain dari yg lain.

Aku pun tak sanggup pakai jam replika/palsu. Aku lebih rela pakai jam Q&Q. Janji ori walaupun murah. Hehe.

Azie, emmm? Pernah jumpa the teacher/s watch ke?
Amirah Rashid said…
tu la
zmn skrg ni
org pkai yg tiruan pn da nmpk mcm ori
tp org mcm da set dkt mind dye yg sume tu bukan ori
haishh
ayisy said…
amirah rashid, huhu. ha'ah. bila org nampak seseorang tu pkai branded, selalunya akan fikit tak ori. apapun, yg penting kepuasan diri sendiri apabila memakai sesuatu brg tuh. :)
uncle said…
betul cakap duniajam tu..kalau betul2 cintakan jam atas dasar kesenian dan kejututeraan enjin jam..kita takkan sanggup berpaling tadah pada yg murahan. terasa seperti menipi diri sendiri -YA mmg betul..sebab tu lah uncle pencen beli jam tiruan 3 tahun lepas. uncle sekrang ni hanya minat B&R dan Rado jer hihihihi sumpah tak nak tukar yg lain
ayisy said…
uncle, bila kita beli sesuatu, yg penting kepuasan diri sendiri. biarlah apa org nak kata.

Bell&Ross? Wah! Mahal jam tuh. huhu..
duniajam said…
Walaupun ramai yg mind set jenama mahal tu replika/tiruan, tapi kpd collector jam, ia tak penting asalkan diri sendiri tak tertipu... kita yg pakai tau dia ori & tak malu nak berdepan dgn org. Kadang2 pakai replika/tiruan kita mengharapkan org lain anggap ia ori, padahal kita tau dia tiruan... sedikit sebanyak fikiran kita terganggu. Psiko dibuatnya. Bila orang tengok/jeling2 jam di tangan, dengan sendiri kita akan psiko diri sendiri. Kita sendiri yg akan buat macam2 andaian. Psiko...

Secara logiknya dgn keadaan kemampuan skrg, jam replika/tiruan yg ada di tangan tu kalau ori, kita tak mampu nak beli pun. Kawan kita plak tengok mesti boleh tau jam tu tiruan & boleh agak kita tak mampu pun. Contohnya Rolex Submariner replika RM100+. Kalau ori harganya RM19k.

Aku cakap dari pengalaman sendiri & org lain. Chopard replika aku pakai dulu kalau ori harganya RM15k. Mmg aku tak mampu beli..... lagi... Bila kawan tanya harga, gagap juga nak jawab. Takkan nak bgtau 15k. Kena gelak la jawabnya. Sng je nak test orang... jumpa org pakai jenama mahal, tanya "ori ke?"... Boleh tengok reaksi dia. Bila dia jawab lak, bagitau harga tak menasabah @ lebih murah dari sepatutnya. Sah tiruan!!! Kalau ori, mesti boleh jawab dengan konfiden & tak takut. Kwn aku pakai replika sebulan ja... pastu nyesal beli sebab tak ikut nasihat dulu. Mahal plak dia beli tu... boleh dpt jam ori. Kalau nak beli replika gak, jangan beli kalau harganya lebih RM250. Tak berbaloi. Jam replika boleh dapat bawah RM150.

Pernah gak sekali aku pakai Chopard replika pi kedai jam... seluk tangan & cover tak nak kasi seller nampak. Pasal rasa malu dengan dia & diri sendiri. Lepas tu, terus tak pakai & last skali jual.

Biarlah pakai jam murah asalkan dia ori. Aku pun ada 2 Q&Q... 1 quartz, 1 automatik. Pakai yg branded bukanlah untuk kemegahan & nak menunjuk.... tapi untuk kepuasan diri sendiri. Perasaan ni aku tengok wujud ramai di kalangan collector.
ayisy said…
duniajam, betul tuh. Pakai jam bukanlah utk menunjuk tetapi suatu kepuasan dan minat. Aku paling sedih bila orang cakap "kau beli jam banyak-banyak, mahal-mahal buat apa? bukan orang tahu pun". Padahal kita beli jam sebab minat dan untuk kepuasan diri sendiri.

Pernah gak terfikir nak beli jam replika Bell&Ross. Fikir-fikir macam tak berbaloi. Baik beli jam jenama Jepun. Kualiti lebih baik dan tak menipu diri sendiri. Huhu..
duniajam said…
Hanya mereka yg gila jam saja faham akan kehendak ni. Kalau orang lain, memang dok cakap membazir, buang duit la, rugi la, buat apa la.... macam2 la yg tak enak....

... tapi pernahkah mereka yangg dok cakap tu terfikir yg mereka juga pun sama jugak. Ada orang, jam tak pakai pun, tapi kasut berlambak2.... kumpul kasut... ada yg kumpul beg, kumpul pakaian jenama mahal sampai 200-300 sehelai... kumpul barang kemas, kumpul itu ini semata-mata nak tunaikan tuntutan, kehendak & hobi sendiri. Yang suka hias rumah dgn pelbagai perabot, aksesori rumah.... laman yg penuh dgn rimbunan pokok2.... macam2 manusia punya hobi...

Ada pula yang suka modified moto, kereta...buat macam2 nak bagi laju, pasang aksesori sampai ada yg hilang rupa kereta punyalah nak nampak kelainan... berlabur kat kereta tu ada yg melebihi harga kereta sendiri. Tapi semua tu adalah kepuasan pemiliknya. Itu hobi & kegemarannya. Hanya dia saja yang merasai kepuasan tu. Lantaklah apa orang lain cakap asal diri sendiri bahagia.

Sebab tu kita tak perlu nak mengata orang sebab diri kita sendiri pun lebih kurang sama ja.

Layan hobi biarlah ikut kemampuan. Janganlah layan diluar kemampuan sampai terjejas hidup, penuh dengan hutang.... sebab ada yang beli barang2 branded ni semata-mata nak menunjuk. Orang lain beli barang baru, dia pun takmau kalah beli gak barang yg sama yg lagi beso & lagi mahal... punyalah nak tunjuk dia mampu...... dari pengalaman kwn aku sendiri ni....



ps: B&R adalah antara jam yang aku sangat minat. Design casing segiempat dengan dail & jarum berupa pilot kokpit kapal terbang serta rupa yang ringkas sangat menarik perhatian. Paling murah RM15k.... Kena tunggu beli Rolex Submariner baru aku beli jam tu.... Barulah tak ralat nak beli.... Entah bilalah Labu.... Lambat takpa walau makan 5,6 tahun... janji dapat... kena banyakkan bersabar...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???