Saturday, 9 January 2010

Kenapa Baru Sekarang Nak Memberontak?


Dua dari kiri tu aku lah masa form 4.

Bila masuk jek tahun 2010, terus aku teringat zaman tahun 2000 di mana orang tengah kecoh pasal Y2K. Kejap jek 10 tahun masa berlalu. Sekarang ni kalau nak tunggu habis seminggu tak rasa menda dah. Sebulan pun dah tak rasa.

Tahun ni masuk tahun kedua Program Ijazah aku. Tahun depan tahun ketiga dan seterusnya tahun terakhir. What? Huhuhu. Aku masih ingat masa tidur kat hotel Centre Point Kuala Lipis sehari sebelum mendaftarkan diri di IPGM. Sekarang dah dekat 3 tahun ia berlalu. Huhu.. Kejap jek kan masa berlalu. Terbayang dalam fikiran aku masa sebelum masuk IPGM dulu. Kehidupan giler aku dan member form 6 akibat tak dapat masuk mana-mana IPT. Dan sekarang, member-member aku yang buat Diploma dah masuk sem akhir.

Ini masa zaman form 6 sebulan. Haha. Jiwa kacau! Tengok arr muka aku mana ada nak senyum. Hik3!

Umur dah menjangkau 21 tahun. Lagi 5 tahun entahlah aku jadi apa. Tengok diri aku sekarang macam tak umur 21 tahun. Masih ada jiwa remaja dan muda. Seingat aku, aku lebih matang masa mula-mula masuk IPGM pastu lama-lama jadi budak-budak balik. Hak3! Kenapa ekk? Bila belek-belek gambar masa form 5 dan awal-awal di IPGM, aku rasa diri aku lain sangat-sangat. Bukan lain makin dewasa tapi...susah nak cakap.

Masa awal-awal kat IPGM. Gambar ni dah ada kot kat blog.

Ingat lagi tak zaman sekolah dulu cikgu selalu cakap masa remaja, pelajar cepat memberontak? Masa tu kan, aku tengok kawan-kawan aku macam tu lah. Bila cikgu marah, kawan-kawan aku melawan. Selalu buat masalah disiplin. Aku pulak tak macam tu. Masih boleh tahan dan jiwa memberontak tu takder. Bukan nak puji diri tapi tu lah... Boleh dikatakan skema rama la aku. Cikgu cakap dengar jek, cikgu suruh ikut jek dengan hati ikhlas. Tapi masalahnya, kenapa baru sekarang jiwa nak melawan dan memberontak tu muncul dalam diri aku. Pantang ada orang buat slek dengan aku jek mesti aku rasa macam nak sut jek kepala dia. Lepas tu kalau aku kena tegur sebab buat kesalahan, atau cuba ubah cara hidup aku , dalam hati aku kata "hidup aku, cara aku, aku punyer sukalah". Janji apa yang aku buat tak salah dan tak melampaui batas. Serius sekarang hati aku bengang jek. Tapi taklah selalu. Kadang-kadang jek bila ada sesuatu yang berlawanan dengan diri aku.

Ni wajah aku terbaru. Wuhuuu! 2009 mari!

Bila fikir balik, ikutkan hati memang lama aku buat giler. Cuma bila terfikir, untungnya aku diterima belajar kat IPGM, dibayar oleh kerajaan dan dijanjikan pekerjaan, aku tak patut bertindak mengikut hati. Bukan semua orang dapat nikmat macam yang aku dapat. Takperlah, kuatkan hati, keraskan hati lawan dugaan ini. Hidup memang macam ni kejap senang kejap susah. Kalau kau jadi raja pun tak semestinya hidup kau senang kan. Oklah, cuma nak cakap sikit. Cikgu aku pernah cakap zaman sekolah lah paling senang. Dan sekarang, apa yang cikgu cakap tu memang betul. Huk3! Takper-takper Ayisy, kau teruskan hidup dan kuatkan semangat. Yah!

13 comments:

Candy Dandy said...

PERUBAHAN YANG DRASTIK..
MAAF FONT BESAR :p

Fiffy Syafiqa Hazirah said...

wakakaka... xyah la nak memberontak... kau grad dah ada kerja.. ak ni tgu la time grad nt xde kene ak rebel habis2.. wakakaa

ayisy said...

candy dandy, emmm? hehehe. takper :)

fiffy syafiqa hazirah, huhu. masalahnya jiwa aku ni. pelik. masa muda remaja dulu takdelah plak camni. sekarang baru camni. huh!

hans said...

hahahha
ayish
itula
letak lagi nama wak jempret
bila dah tua nih hormon semua dah berubah
tu ada cepat emo la semua tu
relaks2
cool
kalau x macam mana nak join aku ganti maria tunku sabri nih
hahaha

ayisy said...

hans, hahaha. Aku tak tahu lah kenapa sejak dua menjak ni rasa nak memberontak jek. Takpelah, lama2 ok kot. hehehe..

aku kalau dapat jln2 dan mkn2, ok terus! haha

Nazz@Purple said...

Kalo jiwa xkuat ..cam tu la..mayb kite terpengaruh dgn persekitaran..

Cam nazz dulu mase skola skema gak..tak reti nak langgar2 peraturan nie..bila masuk U..belsah je perangai..mayb sebab family jauh..dorang xtau..

ayisy said...

nazz@purple, mungkin juga. sebab yelah kita dah besar tiba-tiba kena treat mcm budak sekolah tu yg sakit hati. tu yg mula rasa nak melawan... huhu..

noor afzan said...

bro..
ada few frens pun sama ngan bro..
tiem awal 20's memang macam 'jiwa kacau'..
suke je nak 'memberontak' x tentu hala..
tapi x pe, benda tu x lama..
lama2 ok la balik..

ayisy said...

noor afzan, oh.. kalau camtu taklah sy risau sgt. huhuhu.. thanks! :)

[z@ck] said...

duk mktb mmg byk dpt advantage..
elaun dapat, hostel dapat..

kalau duk U..amik PTPTN..pastu nk kena bayar balik..

bersyukurlah jadi pljar IPGM

SuRayA^i. said...

btul, mse sgt cpt blalu~
dlu rse cm br abes spm..nh da nk msuk final sem dgree da pun~

fiD said...

member, apehal ko emo plak??? sape usik ko/ bior aku suuut palak dyer, hoohohhoho...

ayisy said...

zack, betul tuh. tp ada gak kekurangannya. papepun, terimalah seadanya di mana kita belajar. huhu..

suraya, cepat kan masa berlalu... huhu.. terasa macam baru smlm meninggalkan sekolah. huhu

fid, takder mende pun.. biasalah kdg2 sait hati cuma kali ni aku tulis kat entry utk melepaskan tekanan. hahaha.. nnt aku cerita la masa cuti.