Monday, 18 January 2010

Watchmaker dan Fashion Watches.

Seiko. Sebuah syarikat 'watchmaker'.

Pening-pening. Itulah yang terjadi dalam kepala hotak aku semasa hendak menulis entry ni. Aku cuba memahami apa itu watchmaker, fashion watches dan couture watches. Hahaha. Study punyer study last-last tak berapa faham. Takper, aku nak tulis info asas jek. Apa yang aku tulis ni berdasarkan pembacaan aku pasal jam di website, blog dan forum.

Jam watchmaker vs jam jenama fesyen? Ok, sebelum tu kita kenal dulu apa dia jam watchmaker dan jam jenama fesyen. Jam watchmaker ni ialah jam yang dibuat oleh syarikat jam (memang buat jam jek) macam Seiko, Orient, Citizen, Alba, Swatch, Rado, Omega, Breitling, Tissot dan Titoni. Manakala jam jenama fesyen pula contohnya macam Bonia, Guess, DKNY, Calvin Klein, Elle, Esprit dan Levis. Kebanyakan syarikat jam jenama fesyen ni dia buat macam-macam produk seperti baju, seluar, beg, dompet dan aksesori. Jam ni kira produk tambahan mereka lah.

Kalau nak banding jam watchmaker dengan jam jenama fesyen, aku rasa teknologi, kualiti, seni dan nilai jam tuh lebih kepada jam watchmaker. Manakala design, kecantikan dan 'bling-bling' lebih kepada jam jenama fesyen.


Contoh jam jenama fesyen.

Selalunya aku tengok jam jenama fesyen ni memang stylo milo lah. Dah jenama pun jenama fesyen. Cuba korang bandingkan jam Levis dengan jam Orient mana lebih urban dan catchy? Tentulah Levis kan. Selalunya orang beli jam jenama fesyen ni ialah orang yang beli jam untuk gaya dan aksesori pakaian mereka. Terutamanya perempuan. Golongan ni selalunya tak fikir apa movement yang jam tu pakai, teknologi apa yang terdapat dalam jam tuh, sejarah jenama jam tu dan lain-lain lagi. Tu yang aku perhatikan lah. Kalau silap sorry ekk. Hehe. Ada ke orang perempuan yang bila nak beli jam dia duk fikir jenis movement jam tu? Mekanikal ke quartz? Rasa takder dan kalau ada pun sikit sangat. Orang perempuan atau lelaki golongan macam ni selalunya akan fikir jam ni style ke tak, ikut perkembangan fesyen ke tak, matching dengan baju ke tak dan paling penting cantik pada pandangan mata mereka. Huhu…

Kalau tanya kat aku suka jam jenis apa? Watchmaker atau fesyen? Aku jawab aku suka dua-dua sebab masing-masing bagi aku ada aura tersendiri. Cuma setakat ni aku belum ada jam jenama fesyen lah. Tengok kat internet teringin gak nak pakai jam jenama Calvin Klein ke, DKNY ke. Huhu. Sebab jam-jam ni kalau buat melaram memang sesuai sangat. Haha. Ok, sekarang pasang niat nak angkat satu jam jenama fesyen Ayisy. Yeh!


Contoh jam jenama fesyen.

Jam Swatch lain pulak. Dia ni watchmaker tapi hampir semua jam yang di buat memang up to date dan mengikuti trend fesyen. Design yang catchy dan lebih sesuai untuk golongan muda remaja.

Sebelum aku akhiri entry nih, aku ada satu soalan yang masih membelenggu kepala ni. Kalau jam jenama Power Rangers dan Ben 10 nak kategorikan apa ekk? Hik3! Dan satu lagi, aku terjumpa satu istilah iaitu Couture Watches. Jap, aku nak study jap. Haha. Bye!

*duit tak masuk lagi. Ekkk! Nak makan apa.

13 comments:

mila said...

abis jam fesyen tu tak berapa bagus ke kalau nak banding dengan jam watchmaker? mcm make sense jugak sebab jam akak yang rosak tu adalah fesyen watch......emmmm

ayisy said...

kak mila, saya tak berapa pasti sama ada bagus ke tak jam fesyen tuh sbb saya takder pengalaman pakai jam fesyen. huhu.. tp kalau nak beli jam saya rasa baik beli jam watchmaker sbb syarikat jam tu mmg khusus buat jam. Jadi teknolgi dan kepakaran diaorang lebih baik berbanding lain.

hans said...

owh,ko memang minat pasal jam yer
nanti besday aku kasi hadiah jam la
haha
betul lah tu
jam fesyen setakat nampak menarik jer
tapi kalau nak teknologi terkini baik pada syarikat pembuat jam kan

duniajam said...

Jam fesyen/butik adalah jam yang berjenama fesyen. Contohnya Alain Dellon, Pierre Cardin, BUM, Guess & macam yg ayisy cakap tu. Jenama-jenama ni bukan saja buat jam, tapi juga buat pakaian, kasut, selipar, seluar & juga aksesori lain. Jam adalah salah satu produk diorang. Diorang hanya beri lesen kepada kilang jam, untuk buat jam jenama diorang & ikut design yg sesuai dengan jenama diorang tu.

Jam-jam berjenama fesyen ni selalunya guna enjin dari China. Sebab murah. Bila pakai kat jam diorang, disebabkan nama terkenal, jam tu dijual mahal & sama harga dengan jam watchmaker. Ada juga yg guna enjin Jepun. Namun, ada juga jam butik yang mewah sampai tak termampu nak beli.... Contohnya Gucci, Louise Vuitton, Versace, Dunhill & lain2 lagi. Jenama-jenama mahal ni pula guna enjin Swiss & ada yg ditempah khas & dibuat pakai tangan. Sebab tu harga sangat mahal.

Watchmaker pula adalah pengeluar jam semata-mata. Diorang tumpu 100% buat jam. Jadi dari segi kualiti & kepakaran, sudah tentu watchmaker lebih baik. Tak semua jenama fesyen ni tak bagus. Ada yg berkualiti & sampai aku pun tak mampu nak tolak sebab design & rare walaupun aku lebih suka jam dari watchmaker.

Mana yang baik? Untuk pengumpul jam macam aku, watchmaker jadi pilihan. Untuk yang sukakan sesuatu jenama fesyen & trendy, jam butik menjadi pilihan. Tapi kalau tanya aku jam apa yg bagus untuk disimpan/kumpul..... jam watchmaker lah & ini juga adalah nasihat seller kedai jam & otai2 jam.

Amirah Rashid said...

wahhh,
suka jam yg branded2 eh :D
xpe la,
passion masing2 ;)
i pakai jam yg dpt dkt sunway lagoon tu je
waterproof!
hee :D

GhOsToNe said...

chantek jom!

ayisy said...

hans, hahaha... jam fesyen sesuai utk yg mementingkan gaya. tapi jam2 watchmaker byk gak yg berfesyen. jadi terpulang lah pada individu tu nak beli yg mana. huhu..

duniajam, thanks utk informasi tu. Lepas ni kalau aku nak beli jam jenama fesyen, nak pastikan beli yg enjinnya selain Made In China. Hehehe... Rasa mcm tak best jek enjin China walaupun bagus.

Jenama mcm Gucci, Louise Vuitton, Versace, Dunhill tu dia punyer mahal mak aih. Tengok baju/beg jenama diaorang dah cukup. Huhu..

amirah rashid, kalau jam mmg saya suka yg branded tp yg berkemampuan jek lah. Yg beribu-ribu ringgit sy tak mampu beli lg. hehe...

pergi sunway lagoon dpt jam? wah! mcm best jek. ni yg nak pergi sunway lagoon! hehehe..

ghostone, hehe. JOM!

zack zukhairi said...

kadang2 ada fashion watch yang tempah watchmaker buatkan jam utk company diorg... :)

ayisy said...

zack, oh! thanks utk info nih. tp klu fashion watch yg buat sendiri jam diaorang, mesti gempak walaupun tak sebagus watchmaker. lg2 kalau enjin diaorang buat, peh!

just call me uncle said...

uncle jadi pemerhati disini hihihi

ayisy said...

uncle, hehehe. OK! hihihi..

Afzainizam said...

salam buat kamu si ayisy yahhh aku suka entry jam ko tu.....

ape pun masa yang kita ada yang dapat kita ukur melalui jam tangan

Allah dengan Maha cermat dan Maha adil telah membagikan waktu dengan seadil-adilnya, dengan secermat-cermatnya tanpa akan luput satupun. Setiap orang pastilah akan mendapat jumlah waktu yang sama, yaitu 60 mnt setiap jam, dan 24 jam setiap hari di tempat manapun di dunia ini. walau kat mana sekali pun....sekalipun tetap masih lagi 24 jam per hari 60 mnt per jam.

setulusnya dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

Afzainizam said...

Sembah Takziah Atas Kemangkatan
DYMM Sultan Johor
Menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan
DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.
AL FATIHAH
(1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

AMIN
Salam tulus ikhlas dari kami

Warga Johor http://firestartingautomobil.blogspot.com

Tiga keadaan menghadiahkan bacaan al-Quran kepada si mati:
1- Apabila seseorang itu membaca al-Quran kemudian berdoa kepada Allah supaya si mati itu diampuni dan dirahmati insya-Allah diterima Allah, seperti mana seseorang itu bertawasul dengan amalan-amalan soleh.
Tidak harus menolak manfaat doa selepas bacaan al-Quran kepada si mati.
2- Membaca al-Quran kemudian berdoa supaya Allah menghadiahkan pahala bacaan al-Quran itu kepada si mati. berkata Ibn Solah: “Harus meyakini manfaatnya kepada si mati supaya dikurniakan Allah kepada si mati pahala bacaan seperti mana pahala bacaan yang diperolehi oleh hamba yang hidup.”
3- Membaca al-Quran dari awal diniatkan kepada si mati, maka pahalanya akan sampai kepada si mati dengan izin Allah s.w.t.
Berkata Abu Abdullah al-Ubay: “Jika dibaca al-Quran dari mula sudah diniatkan untuk dihadiahkan kepada si mati akan sampai seperti mana yang diniatkan, seperti pahala sedekah dan doa.”
Imam Ibn Rusyd di dalam Nawazil pula menyebut: “Jika seseorang itu membaca al-Quran kemudian di hadiahkan kepada si mati harus dan si mati akan peroleh pahala dan manfaatnya”