Siapakah Sahabat Pertama Dalam Hidup Anda?

Bila aku termenung memikirkan mengapa masa berlalu begitu pantas, aku terus teringat satu benda nih. Korang ingat lagi tak siapakah kawan pertama dalam hidup korang? Kawan di sini bukannya saudara, sepupu ataupun anak saudara. Senang cerita siapa kawan bukan saudara korang yang pertama dalam hidup?

Aku masih ingat lagi siapa kawan pertama dalam hidup aku. Tapi aku lupa nama dia lah. Dia jiran aku. Haha. Masa tu aku tak sekolah lagi. Selalu main korek tanah depan rumah. Haha... Peristiwa yang betul-betul terkesan dalam fikiran aku adalah kawan aku tu pernah terjatuh dalam longkang pastu mak dia selamatkan dan bawa balik rumah. Aku wat bodoh jek dan terpinga-pinga. Kih3!

Emmm… Agaknya macam mana lah dia sekarang ekk? Mesti dah besar. Kalau jumpa pun mungkin tak ingat. Tapi kalau dapat jumpa dan kenal balik mesti best kan. Hahaha. Bila jumpa mesti tergelak-gelak terkenang zaman kecik-kecik dulu. Huhu..

Kawan-kawan zaman tadika pun aku dah lupa. Kat mana lah korang ekk. Seronok teringat zaman persahabatan sebelum sekolah dulu. Kawan dengan budak pompuan selamber jek. Siap main korek-korek tanah sama-sama tanpa ada perasaan segan silu. Cuba sekarang, lu giler apa nak main kejar-kejar dengan budak pompuan. Silap-silap boleh kena tahan masuk lokap kalau buat. Hahaha..


Ni kawan sejak darjah tiga sampai sekarang. Dekat 12 tahun dah. Haha..

Ni kawan sejak Semester 1 Persediaan di IPGM. Huhu...


Comments

Nadiene said…
mi, macam mane pulak kawan jadi isteri??? heeeee =P
Anonymous said…
my 1 is my ex-bf....
but now dye da pergi dr hidup sy...

life must go on...
huhu...
oraittt wakkk!!!!!!!!!...
kengkawan time senang mmg ramai..tp bile time susah,semua jadi kelkatu..lari abes..

so,hidup kena pandai cari kawan

salam ziarah.nice blog
ayisy said…
fid, hehehe. tu ada. kalau aku jd dgn tut mknanya kwn jd isteri. hahahaha..

anonymous, wow! sahabat pertama pernah jd bf. huhu.. menarik. yup! hidup perlu diteruskan!

mimie, betul tu. kebanyakan org mcm tuh. huhu.. kwn yg betul2 kwn sikit jek. :)
Afzainizam said…
Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu…. Wow entry yang menarik

Pada suatu perkenalan yang telah lama
yang tidak disangka-sangka
satu jalinan persahabatan
di antara kita

dek keluhuran
ketulusan hatimu
sifat memahamimu
dalam mengeratkan hubungan

dalam jalinan persahabatan
sesungguhnya
kunci sebuah persahabatan
adalah pengertian dan kepercayaan

kawan kita yang pertama ialah ibu bapa.... kerana dia lah yang paling setia mendengar segala permasalahan teman setia dikala susah dan senang.....

kemudian barulah kawan sekeliling kita... betul tu kawan masa senang senag aje bila susah hilang tah kemana
Mahirararara said…
kawan , ramai .
tp yg btul susah laa .
boley dikira bape kerat yg ado :pp

dpt gather blk ngn mmbe2 lm aspecially yg dr tadika lgi ,
mmg best .
ye laa , kecik2 dlu comot2
da besar punye ncem cun !
haha !
ayisy said…
afzainizam, betul tu kawan pertama adalah ibu bapa. susah nak cari yg ada masa kita senang dan susah.

maheyra, kecik2 dulu mmg comot. main comot2 pun rilex jek. baju comot selamber. cuba skrg? haha.. silap2 tak kuar rumah.
Suraya I. said…
kwn pertama sy rmi la kot..sbb sy ade geng ngan bdk2 yg duduk selorong ngan rumah sy mse kecik2 dlu
ayisy said…
suraya, huhu.. selalu masa kecik2 mmg kita akan berkawan dgn jiran terdekat kita. :)
ISZA said…
kawan mmg banyak tapi sahabat sukar di cari, persahabatan bermula dr sk ren hinggalah ke alam remaja.. tapi kini sahabat ini bagaikan musuh hanya kerana keegoan masing2, adakah ianya akan kembali pulih?
ayisy said…
cikgu isza, kadang2 walaupun kita berkawan rapat mesti ada sekali sekala kita salah faham. kalau masing2 dgn ego masing2 mmg takkan selesai. huhuhu.. kena pandai cari jalan penyelesaian dan buang ego jauh2. :)
Anonymous said…
kejap kejap.
yg tengah minum air tu, BUKAN hafiz kan?
kan?? kan??
haha
xD
ayisy said…
tirah watif, emmm? ha'ah. Hahaha.. Mmg Hafiz. Kenapa? Kenal dia ke? :)
Anonymous said…
haha.
senior.
kenal-kenal.
haha
ayisy said…
tirah watif, hoho... dia kawan sy tuh. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???