Friday, 22 January 2010

Pensil Warna Oh Pensil Warna.

Staedtler Luna. Terbaik daripada zaman sekolah!

Huih! Dekat seminggu aku tak kemas kini blog. Haha. Minggu ni aku sibuk sikit. Dengan kuliah memanjang, tunggu duit masuk,mewarna buku anatomi, buat fail untuk diaudit, teman member setting motor...Huh! Memang sibuklah sampai blog ini dilupakan. Esok pun ada kuliah ganti untuk raya Cina, lepas tu gerak pergi Raub cari aksesori Pengakap. Peh! Aku tahun ni jadi Pengakap siyut. Hehe. Nak buat macam mana ia dah jadi salah satu daripada silibus PISMP. Dah ngajar kat sekolah nanti komfem kena jadi cikgu penasihat badan beruniform yer tak.

Oklah, kita ke tajuk utama entry ni. Pensil warna. Korang tahu apa itu pensil warna. Kalau tak tahu sah korang kecik-kecik tak pernah pergi sekolah. Ataupun korang sekolah zaman perang Jepun dulu di mana pensil warna mungkin tiada dijual pada zaman tuh.

Dulu masa kita kecik mana ada duit nak beli pensil warna ye tak. Nak tak nak minta mak ayah la belikan. Beberapa hari sebelum masuk tadika, mak aku belikan pensil warna jenama Staedtler Luna yang ada gambar kapal layar tu. Hahaha.

Daripada tadika sampailah sekolah rendah, entah berapa banyak pensil warna aku beli. Macam-macam jenama aku dah pakai. Tapi yang terbaik adalah Staedtler Luna. Jenama lain memang agak hampeh la. Hehe..

Walaupun aku sejak kecil dah pakai pensil warna Luna, namun bakat aku dalam bidang kaler mengkaler (bahasa pasar) memang tiada. Macam-macam pertandingan mewarna aku masuk tapi hampeh. Ingat lagi masa tadika dulu, ada pertandingan mewarna. Hadiahnya dapat kereta kebal mainan. Peh! Kecil-kecil dulu mainan memang jadi buruan. Punyer la semangat aku kaler last-last aku tak menang. Sedih giler seh masa tuh. Memang aku mengharap sangat nak mainan kereta kebal tu. Terkebil-kebil aku masa tengok budak yang menang tu pegang mainan kereta kebal.

Sekarang bila dah besar memang haram la aku tak reti kaler-kaler ni. Tapi kalau nak banding zaman kecil dulu dengan sekarang, sekarang bertambah baik la. Sikit jek baiknya tu. Hak3! Ok, hayatilah lukisan yang aku kaler nih. Kalau markah penuh 10, agak-agak cikgu nak bagi berapa? Haha. Mesti dapat 3,4 jek. Wekkk!


Haha. Hasil yang tak berapa seni daripada aku.

Yang ni belum siap lagi tu yang serabai. Ececeh!

10 comments:

fiD said...

seriuz! dulu aku menangis nak dapat benda nie!..

teringat cikgu jarah!hahaha

isha said...

sesak nafas nak hafal bentuk cell tu

Nur Azmina said...

tak boleh lupa kena marah dengan cikgu tadika sebab mewarna lambat sangat.

orang lain sume dah siap kaler cuma tinggal kita sorang je.

nasib baik menang.
haha..^^

.millalara. said...

luna.. huu.. dulu nak luna yg paling panjang! pastu upgrade, nak luna yg dalam bekas beg boleh lipat2.. haihh la.. usang dah memori..

Amirah Rashid said...

mmg best warnawarna ni!
time budak2
perghh
comot gilaa
skrg.
lg laa
haha :D

Afzainizam said...

Sembah Takziah Atas Kemangkatan
DYMM Sultan Johor
Menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan
DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.
AL FATIHAH
(1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

AMIN
Salam tulus ikhlas dari kami

Warga Johor http://firestartingautomobil.blogspot.com

Tiga keadaan menghadiahkan bacaan al-Quran kepada si mati:
1- Apabila seseorang itu membaca al-Quran kemudian berdoa kepada Allah supaya si mati itu diampuni dan dirahmati insya-Allah diterima Allah, seperti mana seseorang itu bertawasul dengan amalan-amalan soleh.
Tidak harus menolak manfaat doa selepas bacaan al-Quran kepada si mati.
2- Membaca al-Quran kemudian berdoa supaya Allah menghadiahkan pahala bacaan al-Quran itu kepada si mati. berkata Ibn Solah: “Harus meyakini manfaatnya kepada si mati supaya dikurniakan Allah kepada si mati pahala bacaan seperti mana pahala bacaan yang diperolehi oleh hamba yang hidup.”
3- Membaca al-Quran dari awal diniatkan kepada si mati, maka pahalanya akan sampai kepada si mati dengan izin Allah s.w.t.
Berkata Abu Abdullah al-Ubay: “Jika dibaca al-Quran dari mula sudah diniatkan untuk dihadiahkan kepada si mati akan sampai seperti mana yang diniatkan, seperti pahala sedekah dan doa.”
Imam Ibn Rusyd di dalam Nawazil pula menyebut: “Jika seseorang itu membaca al-Quran kemudian di hadiahkan kepada si mati harus dan si mati akan peroleh pahala dan manfaatnya”

ayisy said...

fid, Aus...aus. Baca sifir 5 kat depan. Hehehe.. "Cikgu Jahrah".

isha, mmg sesak nafas. lg2 masa zaman SPM dulu. Haha

nur azmina, saya plak tak boleh kaler lama2 nnt tangan kejang. hihi..

millalara, betul tuh. dulu mak ayah beli yg pendek jek. teringin nak pakai yg panjang. hehehe..

amirah rashid, masa kecik2 mmg sentiasa comot. main guling2 atas lantai rileks jek. :P

afzainizam, takziah disucapkan. aku sbg warga Johor di negeri orang hanya melihat dari media massa jek.

hans said...

hahhahaa
rindu pensel luna 32 kaler aku dlu
hahaha

ayisy said...

hans, peh! dulu teringin pakai kaler yg byk2 tuh. tp paling byk dpt 12 btg jek. hahaha..

Dila Jamalia said...

hye cikgu! hehe. nice blog u have :)