Melancong Ke Melaka.

Sengal ubi betul badan aku. Rasa dah dekat 3 hari aku menyenyapkan blog ini. Sory la start semalam member aku Hafiz balik B.Pahat. So apelagi, berjalan-jalan la kitaorang. Sabtu lepas kami pergi Kluang. Ceh, kau kan dah pergi Rabu lepas, semalam pun kau pergi lagi. Takper-takper, hari tu kau pergi sorang-sorang semalam kau pergi berdua. Berdua denganmu pasti lebih baikkk... Hahaha.. Dan tadi, kami rempitan pula ke Bandaraya Bersejarah iaitu Melaka. Yah!

Sebenarnya, dah banyak kali aku pergi Melaka sejak kecil tapi tak pernah jemu. Ada jek benda baru yang best kat Melaka ni. Korang yang tak pernah jejak kaki ke Melaka, bawak-bawakla diri korang ke negeri Parameswara ni. Kompom best wa cakap lu. Korang nak apa? Shopping? Makan angin? Melawat tempat bersejarah? Tengok mat saleh? Makan cencalok? Semua ada kat Melaka ni. Eceh!

Walaupun dalam bulan puasa, kami tetap bersemangat kentang naik motor ke Melaka (2 jam 30 minit). Padahal kalau pergi kuliah time puasa, mak aih..melepek jek kat kelas. Hehehe.. Oklah, tadi aku lepak kat Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Pulau Melaka dan Eye On Malaysia Melaka. Wuw! Eye On Malaysia Melaka yang paling aku jakun sekali. Korang yang setakat pernah naik Eye On Malaysia versi Fun Fair tak payah gelakkan aku sebab jakun. Hahaha.. Pe barang main kat Fun Fair. Tak tinggi. Ecehceh.. Kerek giler lu mat. Bayaran masuk, siapa ada Mykad, RM10. Kalau students RM8 (bawak kad). Eye On Malaysia tu akan berpusing sebanyak 5 kali. Ok la tu kan. Hehe..

Mulanya, aku fikir nak shopping kat Melaka, tapi kenapa ntah takder yang berkenan. Masuk kedai dan blah. Dalam perjalanan pulang balik, ada satu insiden mendebarkan hati apabila member aku, Hafiz kena kejar denagn mat rempit kat Muar. Hahaha.. Giler bahaya. Ada ke masa kami tengah bawa motor secara sopan, mat rempit tu boleh weng-weng dan hon kat Hafiz. Kiranya nak ajak berembat la. Hafiz plak boleh hon balik dan tunjuk isyarat b*t* kat mat rempit tu. Haa kau, terus kena kejar. Aku plak masa tu dah jauh kat depan dan takder kena mengena dengan insiden ni. Tengok-tengok Hafiz potong aku sambil dikejar mat rempit tu. Adehh.. Seram gak beb. Last-last Hafiz berjaya meloloskan dirinya selepas berkejar-kejaran selama beberapa minit. Tengok-tengok dia dah sampai B.Pahat dulu, giler laju. Hak3! Giler arr kau Hafiz boleh cari pasal dengan mat rempit tempat orang. Haihh.. Aku pulak yang risau. Pengajarannya, kalau ada orang weng-weng kat korang, wat bodoh jek. Kalau betul nak berembat, jom lawan hoki? Takpun bola tampar? Baru jantan ye tak? Hak3!

Ok, tu jek laporan khas sempena melancong ke Melaka. Take care semua. Dah beli bunga api ke belum? Ekekeke..!

Aku di dalam Eye On Malaysia Melaka. Haha. Teruja giler bai.


Di depan Eye On Malaysia Melaka. Kasik bakar siapa yang belum pernah pergi. Muahaha.

Tengah sedap lepak kat Mahkota Parade, ada amoi kasik bendera Malaysia. Seluut la! Aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!


Ni kat tempat arkeologi area A Famosa. Ada perigi lama. Aku plak tengah pikir orang zaman dulu tak kena kurap ke mandi kat perigi kotor ni. Haha..

Kat dalam Dataran Pahlawan (Mall).


Kenapa ejaan Banda Hilir tidak dieja Bandar Hilir? Adakah zaman dahulu belum wujud huruf R? Hihi..

Comments

bahaya tul kawan awak nama hafiz tuh..
sib baek ley lolos..
kalu idak, naya je kan..
huhu~

melaka mmg best tuk layan jalan2~
Dan said…
weh best ila dpt naeek mata ats m'sia tu..ak g melaka rtu xsmpat nk naek..haihh
pudding pie said…
salute la!
sy dok merantau kat melaka nie,
tak taw pe yg bestnyer..
rse biase2 jer camne??
ha3 =)

bhya tul merempit tuh..
ish2, seb bek x ekciden..
Along Fina said…
hafiz nak kene dgn aku kot..
ececeh... cam kenal jerk..

aku spanjang idop ni pon, aku tak penah g tempat2 tu.. huhu..
(fina mmg pemalas!)

aku just penah menjejakkan kaki ke melaka kat... erm... oye.. kat RNR mane ntah.. huhu...

jgn ikut spti sye ye kwn2.. (dgn nada sopan santun..)

(",)v
nursuhaila said…
erm
melaka memang tempat yang best nak g jejalan
shoping,amek gambar,sume boleh wat
ahakz
ayisy said…
afzan, bahaya memang bahaya. Tapi kadang2 kita tak cari pasal, orang lain plak cari pasal.. :)

iqakiko, kalau pergi Melaka, pergi la situ. Huhuhu.. Tapi jalan ke situ agak memeningkan la. Aku pusing 2,3 kali baru sampai..

pudding pie, cuba teroka Melaka area Banda Hilir. Kat situ memang syiokk! Huhuhu..

Fina, ajak la ayah pergi. Suruh dia ajak aku sekali pastu belanja. hehehe...

nursuhaila, ya betol tu! Melaka syokk!
Along Fina said…
adeh.. ayah aku bz keje memanjang la ayisy.. apekate ko yg blanje aku pg kat stu.. hehehe...

bole la cikgu!!!! cikgu mmg rock!!
m i a said…
huhu..smpai da ke melaka..xsempat singgah msjud selat ek..best gak situ,msjid kt tgh lautt..huhuh..
ayisy said…
A'ah. Dah banyak kali sebenarnya. Huhuhu.. Tapi dulu selalu pergi dengan family. Mia orang Melaka eh? Aiseymen, kalau tak boleh singgah rumah jap. hehe..
ayisy said…
aku belanja? boleh aja. huhuhu.. tapi naik motor jek la. kau follow belakang. hehehe...
Along Fina said…
aku naik moto follow ko?? erm.. tapi duit minyak ko bayo la erk.. hahaha.. buleh3...
ayisy said…
ecececeh.. duit minyak motor berapa jek cik adek oii.. Hehehe.. pergi balik melaka dari batu pahat (2jam) cuma rm8 jek.
Along Fina said…
itu kalo dari batu pahat.. kalo ko nak ajak aku naik moto follow ko, ko kene datang shah alam, pastu dtg umah aku dlu, bru aku bleh follow ko naik skuter kesayangan aku pg mlke.. ha.. tu ko kne kire la bpe nak baya duit minyak moto.. hehehe... (sbb aku tak hafal jalan...heheheee)
ayisy said…
err..jarak antara BP dengan Melaka samala dengan Shah Alam ke Melaka. 2jam perjalanan. Huhuhu..
Along Fina said…
ha, maksudnye, mule2 ko dari baru pahat pegi shah alam (maybe melalui melaka) 2 jam +2jam=4 jam.
pastu dari shah alam tu, pegi mlke, tambah 2 jam lagi, 4jam + 2 jam.. total, 6 jam... so 6 jam je ko naik moto.. aku? 2 jam je.. hehehe... balik pon ko kene gak anta aku..

so ko,
RM8 x (2 jam x 3 kali perjalanan) x 2(sebab kene anta kau balik) = RM48.00

aku, RM 8 x (2 jam x 1 perjalanan) x 2 (untuk aku balik) = RM 16.00

ko kate nak belanje kan?
so......

ko + aku
=RM 48.00 +RM 16.00
=RM 64.00 je...

sekian terima kasih..

dari, budak kejuruteraan mekanikal.
hahhaahaha
(^^,)v
ayisy said…
ececehh.. kita share separuh-separuh la. hik3! kau rm32, aku rm32, baru adil. hehehe..

kire upah aku pergi shah alam dan teman kau..
.ShazaSulaiman. said…
hoho..
pegi melk ri tuh..
but xnek pn eye on msia..
bajet larikk...
haha...

ayisy, np kalo kat tmpt aku,,broadbnd ke ape2 band jela pn..
lembab gak??
sangsi rasenye nk bli broadbnd..
eish2x..
Along Fina said…
ala.. ko kate nak blanje...
takde2.. tak kire...
Anonymous said…
Salam semua,

Jika memerlukan penginapan murah apabila melawat Melaka sila ke http://www.maskadry-homestay.webnode.com tq
Anonymous said…
Yes, really. So happens.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...