Pagi Sabtu Yang Touching (Drama Nur Kasih TV3)
Pagi Sabtu tadi buat pertama kali aku hiasi masa dengan menonton filem touching bertajuk Nur Kasih. Baru beberapa hari lepas aku bercerita mengenai gambar berkaitan drama tersebut, tah camne pagi ni boleh pulak aku terbukak YouTube lalu menonton drama ini. Terima kasih aku ucapkan kepada Celcom Broadband kerana sepanjang pagi ni kau memberikan servis terbaik untuk aku, tengok video YouTube macam tengok kat tv beb. Heh! Sewaktu entry ni ditulis pun aku masih menonton drama ini, dah dekat 3 jam lebih aku duduk depan laptop sejak pagi tadi. Touching la katakan. :P
Tahniah aku ucapkan kepada pembikin drama ni. Touching giler beb! Sob3! Nasib baik aku maintain jek dari mula start tengok. Hak3! Kepada mat-mat motor, apa kata lu tengok citer ni, kompom lu pun touching. Ok, aku rasa dah ramai gak yang tengok cerita kan. Kalau yang tak pernah tengok, korang boleh tengok kat YouTube, taip jek Nur Kasih. Oh yer, nak promote sikit, aku juga sedang layan drama Blogger Boy kat YouTube, cerita ni memang style. Kisah seorang lelaki yang bekerja sebagai guru dan blogger. Hehehehe… Cam sama jek dengan aku. Ala kau tu guru pelatih jek Ayisy, tulis blog pun cam taik kucing mana boleh compare dengan watak cerita tu. Peace!
Selama ni, kalau aku tengok drama Melayu yang bertema cinta kebanyakannya agak mengecewakan tetapi yang ni bagi aku memang super duper high class. Yeh! Cuma yang agak aku terkilan adalah watak Nur Amina yang dari mula tak pernah aku tengok dia senyum. Haih! Masam memanjang. Yang watak adik Nur Amina tu plak gedikzs bai. Macam lalok jek, aku rasa kurangkan la sikit gedikzs tu biar nampak natural. Heh!
Antara dialog yang paling fantastic dalam drama tu bagi aku adalah ketika perbualan Nur Amina dengan suaminya Adam. Camni bunyinya:
Adam: Awak dengan saya macam langit dengan bumi,
Nur Amina: Tapi bukankah langit dengan bumi saling memerlukan...
Peh! Ayat yang mampu membuatkan hati aku terawang-awang dalam mahligai bayangan harapan. Heh! Maklumlah, hati orang tengah terluka la katakan. Walau apapun, drama Melayu sebeginilah yang rakyat Malaysia mahukan, ada nilai hiburan, kasih-sayang, cinta, agama dan pengajaran. Takkan kita nak layan cerita rempit jek ye tak? Ok, akhir kata, marilah ajak mak, ayah, adik, abang, kakak, nenek, atok dan jiran anda menonton drama ini, kalau dah terlepas kat tv takper, YouTube ada. Nak seribu daya taknak tak payah tengok. Hehehe…
Comments
mmg superb..
x rugi layan..
saya kadang2pun terlepas gak nak tgk jumaat malam..
so, soknye layan kat youtube la..
jom layanzzz~
ape2 pun khabir bahtia pun cita memang best..warna gambar dia lain..cantek..
x penah miss tgk !
=D
A'ah.. Kat TV3 pun aku selalu tengok. Hidup tanpa tv takper, jangan tanpa internet. Hahaha..
i luv this drama lorh!!
sgt bes kn..
tp xpat nk ekot la...
then lgk stu wifi bengong cam gylerr
haha..