Dugaan Dan Rezeki Di Ramadhan Pertama.
Alhamdulillah, akhirnya setelah 2 bulan aku menginap di daerah kelahiran Dato Siti Nurhaliza, hari ini, aku pulang ke sebuah daerah di mana pada zaman dahulu, sekumpulan tentera Siam yang kehausan telah memahat batu untuk dibuat perigi. Haha... Pulang ke kampung pada 1 Ramadhan dengan menaiki keretapi yang sekali lagi mendelaykan dirinya. Aku dah macam peminta sedekah tersenggut-senggut duduk kat kerusi stesen keretapi Kuala Lipis semasa menunggu buah hati yang lambat(KTM). Say sucks to KTM!!!
Satu Ramadhan 2009 yang penuh dugaan. Baru hari pertama dah macam-macam dugaan berlaku. Heh! Nasib baik mood steady jek. Kalau korang nak tahu, masa aku tidur kat dalam train tu, entah camne kanta cermin mata aku tertanggal sebelah. Cari-cari tak jumpa. Ahh sudah... Senoneng mata aku sebab rabun sebelah mata. Dalam pale hotak sudah memikirkan bajet yang perlu dilaburkan untuk ganti kanta baru. Paling-paling habis RM 50. What The Money! Susah dicari tetapi mudah dihabisi.
Tak cam style plak kan boleh bolong cermin mata ni... Heh!
Sampai rumah terus tidur sampai tengah hari. Rutin biasa jika balik ke kampung menaiki keretapi. Bangun, bangun, tengok ada surat untuk aku. Haish.. Aweks mana plak hantar surat ni. Orang sekarang SMS jek. Haha... Ok dah, sebenarnya surat tu Kedai Cermin Mata The Vision(Sing Kong) bagi. Rupanya dia bagi hadiah sempena besday aku. Hah! Baucar RM80 untuk pembelian cermin mata baru. Ahhhhhh! Camne dia tahu cermin mata aku rosak? Hak3! Rasa bahagianya hidup bila cermin mata rosak pastu ada orang bagi baucar RM80. Banyak tu... Boleh beli cermin mata baru! Yah!
Happy besday to aku. Ceh, dah sebulan lebih baru dapat hadiah. Hak3!
Bila dapat baucar, otak dah mula fikir macam-macam. Nak beli macam-macam. Mula aku rempit pergi Parit Raja, entah camne boleh plak hujan kat jalan Parit Karjo. Patah balik rempit terus pergi Batu Pahat. Well, pertengahan perjalanan, hujan turun gak. Haih! Alang-alang rempit, biar sampai ke pangkal Simpang Rantai, BP. Heee... Nasib baik kat BP tak hujan dah. Tapi sumpah rempit dengan mata rabun macam naik motor atas bulan. Ditambah dengan hujan lebat, mata rabun, sejuk dan menunggang Honda Gelombang 125S, bertambah senoneng la bawak motor tu.
Masa beli dan repair cermin mata tu (siap 45minit), aku terpaksa jalan tanpa cermin mata. Tak nampak pape weh. Disebabkan tak nampak papelah, aku termasuk sebuah kedai kasut baru berhampiran kedai cermin mata tu. Belek-belek, terbeli sandal Kronos RM 18.50. Bapak murah! Keh3! Ok kepada budak BP, aku syorkan siapa nak beli sandal, selipar yang stylo, pergi la kedai kasut sebelah Sin Kong (The Vision) Jalan Soga/Jalan Rahmat. Macam-macam ada. Murah plak tu. Siyes aku cakap.
Ok, tu jek laporan harian sempena bulan Ramadhan tahun ini. Jangan pelakon Nia Ramadhani plak korang fikir. Kepada pembaca, aku ucapkan selamat berpuasa. Kalau korang berumur 7 tahun ke bawah dan cukup puasa tahun ni, aku belanja korang topup RM5. Ada tak? Hahahaha...
Comments
x kn sblum ni x der tanda2 nk tetanggal? hmmm nasib sblah klu dua2 blah maunya kamu meraba2... :D
Slam kenal n slamt beposa...
:)
saya intake jul 07 iptaa masa ppismp gak..
skrg kat besut...
nasib baik spek ko berlubang aje!
spek aku hancur bkecai dah weh.
hohohohohohoho...
Hehe.. Tu la pasal Azwa. Nasib baik kanta jek hilang, kalau spek pecah nangis woo..
heheehee...
:D
btw samat pose..
bagus jugak idea lekat kanta kat mata nih. takyah takut patah lagi. hehe.
isk2..
nasib baik bawa moto tak pakai spek tak jadi paper..kalu tidak mati wooo..huu