Thursday, 13 August 2009

Hantaran Oh Hantaran...


Sebenarnya, aku rasa macam tak layak jek bila berbicara mengenai hal nak kahwin ni. Orang kata sunat pun tak kering lagi. Hak! Tapi apa guna ada blog kalau kita tak tulis apa yang nak dikongsi ye tak. Hik3! Oklah, mungkin entry kali ni agak memanaskan lobang telinga orang pompuan tetapi percayalah, ia juga akan menyejukkan hati seorang lelaki. Huhu.

Bila kita lihat pada zaman sekarang, budaya meletakkan hantaran tinggi semakin menjadi-jadi. Walaupun aku rasa isu ni dah basi tahap dah tumbuh kulat, tapi aku tetap nak cerita daripada kaca mata aku sendiri. So, bacalah dengan penuh kesabaran. Peace! Orang perempuan, siapa yang nak letak hantaran RM1000? Angkat tangan, nanti aku masuk meminang. Hue3!

1. Perempuan kata hantaran tinggi/mahal bukti cinta lelaki. Hakikatnya ia adalah bukti perempuan tu bernafsu tinggi dan cinta terhadap kebendaan/duit. Kah3! Just joke!

2. Perempuan kata hantaran tinggi/mahal bukti lelaki bersungguh-sungguh. Adakah apabila seseorang lelaki itu sanggup berkahwin dan sanggup meninggalkan segala keseronokan hidup bujang, sanggup membahagikan masa dengan anak isteri serta sanggup memikul tanggungjawab bukan bukti lelaki itu bersungguh-sungguh?

3. Perempuan kata hantaran tinggi/mahal untuk menampung perbelanjaan kahwin. Iyeke? Ke untuk menampung segala kemewahan dan kemeriahan majlis perkahwinan tersebut tanpa perlu menampung kos yang tinggi (pihak perempuan)?

4. Perempuan kata hantaran tinggi/mahal sebab perempuan tu ada Diploma, Ijazah dan PHd. Ek eleh, ada apa dengan semua tu? Kalau Ijazah Sarjana Muda Rumah Tangga takpelah jugak. Realitinya? Lelaki hanya memandang 4 ciri yang dikatakan Nabi kita. Ada Nabi kita kata perempuan tersebut mesti ada Ijazah? Master? Pastu mesti letak hantaran tinggi? Hi3!

5. Perempuan kata hantaran tinggi/mahal bukti lelaki betul-betul nak kat perempuan tu. Alahai… Bila lelaki nak kahwin tu kira betul-betul nak la. Kalau buat main-main, baik lelaki tu takyah kahwin, wat habis duit dan masa jek.

6. Perempuan kata hantaran tinggi/mahal bukti lelaki dah mampu daripada segi kewangan. Hidup kita kadang-kala naik turun bai. Mungkin sekarang seorang lelaki itu hanya penoreh getah tetapi di masa hadapan? Entah-entah jutawan. Kuasa Allah, siapa yang tahu.

Aku rasa cukulah setakat itu sahaja. Aku cuma bergurau. Heh! Aku kalau dah takder idea nak tulis entry memang suka berbual kambing. Tapi kalau sebut wang hantaran, biarlah sesuai dengan kemampuan pihak lelaki. Korang yang pompuan tu cermin diri gak la, kalau biasa-biasa jek dari segi dalaman dan luaran hantaran pun biasa-biasa jek lah. Ni tak, muka tak seberapa, perangai pun tak berapa senonoh, nak letak hantaran tinggi sebab kononnya status keluarga/keturunan perlu dijaga. Heh!

*entry ini bukanlah disebabkan aku dah gatal nak kahwin tapi cuma saja-saja jek aku tulis. Jangan ambil berat sangat eh?

*gambar gua ambik daripada reezazain.wordpress.com

10 comments:

nadrahfihil said...

if hantaran tinggi tu leh menyusahkan hidup kte laki bini di kemudian hr nnt... baik tk yah...

norman kru tu pon kaya...tp hantaran kawen...cuma bersandarkan sekeping hati yang ikhlas... =)

CZ's thinking. said...

betul tuh..hantaran skrg bukan main tinggi lagi..lebih kepada macam nak jual anak pun ada...huhu tapi kalu kat penang jgn ckp la..kalu nak kawin anak mami tak da RM10000 baik x yah..huhu

kalu makin tinggi hantaran alamatnya ramai la laki-laki kat luar tuh bujang tua...huhu

ayisy said...

Yup! Betul tu. Tapi andai kata kedua-dua belah pihak setuju, apa salahnya kan. :)

HEmmm? Tapi sekarang ramai bujang tua yg dah kaya kawen dgn artis, org popular dan hot. Hehehe..

imanshah said...

Norman KRU bagi isterinya sekeping hati yang ikhlas sahaja..huhu

.o r k e d. said...

ala,pe susa.ikot kemampuan pihak lki la.1 thing, girls yg nk antaran tgi tu sllu er high maintanance.nk bli make up la,handbag la,perfume.nk yg branded je.

puluh ribu tu sllu org2 kaye yg ltak.da durank mmpu.laen org,laen cara,kn?

noor afzan said...

yup, biar hantaran tu dipersetujui kedua belah pihak..

kalau lelaki tu x mampu jgn le dipaksa..
mana nak cekau duit.
yang penting nikah tuh..
wajib woo~

Siti Husna said...

ish3...
sume tu duste blaka..

ayisy said...

Mana ada aku tipu.. Betulll apeeerr.. Kih3!

misz athiqah said...

wei kamu semua....
norman tu kasi duit mas kahwin je sbb bini dia tu dah tua....dah dua kali jadi janda...
korang nie baca tak newspaper...
kalo ayish nak hantaran murah...
pi kawin ngan yang janda...
yang dara tak usah jeling pun tau...
dapat janda kaya lagi tak payah kasi pape...hah...jawab ayish...
pe jadah plak bsandarkan hati yang ikhlas...
mengarut tu suma....
bukan jual anak sayang oit hantaran tinggi tue....adui...budak2 nie...

ayisy said...

Kutunggu jandamu
Maaf bila ku menyumpahi
Saking aku cinta padamu
Kau jandapun aku mau......!

Hehehe.. Pedih2 dengan kata-kata misz athiqah...