Bosan, Terkilan dan Seronok.



Friendster sekarang dah tak relevan sebagai medium untuk bersosial di internet? Korang semua yang masih aktif berFriendster, seronok tak main Friendster? Aku dah lama tak menziarahi laman web tersebut sebab bosan. Kalau ziarah pun tak sampai seminit pastu blah. Tapi semalam aku terperasan yang Friendster dah letak Chat Box kat bawah page dia. Lebih kurang macam Facebook la tapi aku rasa dah terlambat Friendster untuk berbuat demikian. Haha… Lantaklah diaorang nak buat apa. Yang penting kita sebagai pengguna tahu batas-batas tertentu semasa menggunakan laman web tersebut.

Oh yer, aku hari ni tak dapat update pasal PBS aku sebab tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Kalau aku paksa tulis gak, kompom amat membosankan. Buat pengetahuan korang, tadi aku dapat khabar gembira bahawa taiko Bahasa Melayu di Malaysia iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berada di Kuala Lipis. Dengar khabar esok dia nak pergi IPGMKTAA. What The Hekk aku takder kat kampus esok! Aku kat sekolah...! Oh... Sungguh terkilan hati aku kerana aku nak sangat-sangat jumpa beliau. Huk! Sedih beb. Idola Bahasa Melayu aku tu. Siapa yang tak kenal beliau, sini aku cerita sikit, beliau adalah antara penulis buku Tatabahasa Dewan yang femes tu. Kira kitab agung Tatabahasa Bahasa Melayu la. Setiap mahasiswa yang mengambil jurusan Bahasa Melayu, wajib ada buku tu.

Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim bersama suami.

Seterusnya,, tadi aku buka akaun Google Adsense. Dah dekat sebulan gak aku lupakannya. Tengok-tengok earning aku bertambah tanpa disangka. Alhamdulillah... Rezeki Tuhan bagi. Dan buat kali pertama boleh cashout. Hak3! Nilainya biarlah rahsia sebab kalau korang tahu kompom korang cebikkan bibir yang comel tu. Heh! Tapi aku tak cashoutkan pun sebab tak reti. Pening gak prosedur nak dapatkan cek dari Google. Takpe, esok aku study camne nak buat. Ala Ayisy, baru berapa USD dah nak sebok. Orang lain beratus-ratus USD tak kecoh! (malam pertama beb, eh bayaran pertama beb! Mesti terlebih passion.) Peace!

Gambar gua ambil daripada maximumpc.com, bharian.com.my, gravitasfreezone.wordpress.com

Comments

naz. said…
ouh. ni aku jeles nih!
apesal google adsense aku masih tak di approve lagi haa?
takkan sbb aku pilih bahasa 'english', tapi kandungan blog aku bahasa melayuuu???
kenapa? kenapa?? kenapa?????
ayisy said…
Blog berbahasa Melayu tidak diterima Adsense. Huhuhu.. Adsense aku cuma utk blog bahasa inggeris shj. Blog ayisy ni tak guna adsense. :)
zetty said…
org bru wat fs..sbb fs lme dh x leh nk bukak sbb x ingt psword...ble wat y bru nie...urmm dh laen...ad pningkatan laa fs skrg nie...ok laaa....
naz. said…
tak faham lah pulak.
:DDDDD!


adsense ko guna link apa?
then macam mana ko boleh dapat pulak?
adehhh.. dop pahe kawe..
ayisy said…
Google Adsense aku letak kat blog yang aku buat khas utk Adsense. Huhu.. Dan semestinya berbahasa Inggeris. Bahasa Melayu tidak diterima Google..
org skunk ni da xmen fs la..
skunk evolusi facebook lak..
ko ble nak wat??
ayisy said…
Eheh! Pakcik dah lama buat ye nak. Boleh taip nama Wak Jempret di Facebook. Nanti anak jumpa la pakcik kat situ.. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...