Laporan Akhir PBS Aku Di SK Wan Ibrahim.
Ok beb! Entry hari ni merupakan penutup bagi cerita PBS aku. Menda la kau Ayisy dah 2 hari lepas habis baru nak cerita penutup. Takper, dah nama pun ending, tu yang lambat.
Hari terakhir ngeteh di kantin sekolah. Kuih 4=RM1 jek. Bala murah giler.
Ending PBS aku boleh dikatakan syok jugak. Minta tanda tangan guru besar, pastu cari bahan terakhir di perpustakaan kemudian duduk di perhimpunan murid. Sambil-sambil tu ambik la gambar sekolah buat kenangan. Walaupun sekolah SK Wan Ibrahim tu dekat benor dengan IPGMKTAA, tapi rasa sedih plak bila nak blah dari sekolah tu. Hari pertama bingung-bingung, hari last rasa sedih plak. Kejap jek seminggu berlalu. Yang best aku dapat hadiah cabutan bertuah masa jamuan J-QAF. Hua3! Sebuah pembaris Ben-10 warna hijau. So cute…(orang yang bagi..muahahaha).
Abaikan muka aku yang senoneng. Baju aku ada belang biru, so korang jangan psiko aku pakai baju budak sekolah. Hahaha... Cam **&* jek. (kamera low tu yang kurang jelas)
Jadi, aku nak ambil kesempatan ni untuk memohon ribuan ampun maaf andai sepanjang kami berada di sekolah ini kami mengkecikkan hati guru-guru, mengguris perasaan guru-guru dan sebagainyalah. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SK Wan Ibrahim di atas kerjasama yang anda berikan. Muaaacchh! Huh! Pengaruh cerita Upik Abu dan Laura.
Heh! Aku nak cerita, sepanjang aku berada di sekolah tersebut, ada sorang murid lelaki admire kat aku. Hek elleh Ayisy, cam syiaall jek kau perasan. Haha. Well, aku bukan nak perasaan, tapi aku pelik dengan sorang murid lelaki ni, asyik-asyik pandang aku (bukan perasan tapi kalau dah selalu pandang perasan apanyer). Aku plak dah rasa lain macam. Pehal mamat nih? Aku tak paham betul. Last-last masa dia pandang aku, aku senyum dan angkat kepala tanda kenapa. Dia senyum-senyum pastu bisik dengan kawan sebelah dia. Walaweh, aku sekeh pale baru tau. Hehehe.. Gurau jek, kang sekeh betul-betul tak pasal-pasal dapat surat saman.
Hah! Ni la mamat yang macam tak puas hati (asyik tengok aku) dengan pailang Batu Pahat. Padan muka kau aku snap curi-curi muka kau. Hahaha..
Ada sorang murid plak over peramah dengan kami. Layankan jela, best gak. Aku diam jek pasal tak reti layan, tapi member aku yang lain boleh plak layankan, tanya macam-macam, siap bagi nombor tepon, YM dan sebagainya. Haha.. Solute la kat korang. Baru boleh jadi cikgu sejati. Cikgu ROS (PBS) la katakan, eh bukan..murid kat sini panggil kami cikgu ROCK. Kah3! Tak boleh blah bila parking motor jek murid kat atas bangunan jerit…”Cikgu ROCK!!!”. Nasib baik diaorang tak tunjuk tangan lambang ROCK tu. :P
Comments
~x0x0x0~
sian dak tuh kena snap pic curi2..
kenapa x confront depan2 die je bro..
tanya la kenapa die tgk bro..
kot bro ada iras2 abang sedara dia gamaknye~
bdw, sila jwb tag aku dgn suka citanya.. :p
pe la cikgu ni, tu pon mareh...
Fina, aku rasa mcam betul apa yg kau cakap. Heh! Perasan la plak.
aku cakap mmg slaloo btol.. hahahaaa
hahaha...
>>membayangkan muke ayisy transform jadi mat arab.. (-__-") <<<
awak ada simpa lg x logo sekolah tu???