Facebook Dan Persoalannya.
Adehh. Masa entry ni ditulis aku dalam keadaan lepak tersangat. Tadi siang jadi penyibuk kat pertandingan debat ala parlimen peringkat IPGM untuk junior. Walaupun aku AJK tapi jadi tukang menyemak jela, kerja tak buat pun. Hak3! Aku kalau kerja yang tak minat memang jangan harap nak rajin. Petang pulak aku ada perlawan bola tampar antara blok kediaman. Sungguh lepak tapi tetap nak update blog ni ditemani air Livita Honey. Hi3! Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, jangan minum air ni selalu yer, tak baik untuk kesihatan. Lain la Pakcik Ayisy ni yang dah tua dan selalu keletihan akibat tak nak makan sayur yang pahit! Wekkks!
Air Livita Honey aku untuk malam ni. Woi syarikat Livita, bagi la aku komisyen sebab dah promote barang lu. Heh!
Tengah sedap teguk air Livita tu sambil termenung, tiba-tiba dapat satu idea yang berbunyi kenapa pengguna Facebook majoriti guna nama sebenar? Manakala pengguna Friendster, Tagged dan Myspace majoriti guna nama glemer, tipu-tipu atau nama yang takder kena mengena dengan dirinya. Persoalan ni sungguh mencabar kepala hotak aku. Kenapa ekk...?
Benda-benda macam Facebook, Friendster dan Tagged memang dah femes sejak dulu lagi. Aku jek yang kolot masuk IPGM baru tau. Aku tengok budak sekarang maju giler, umur 12, 13 tahun dah ada Friendster. Lagi style budak umur 13 tahun dah ada blog. Walaweh... Aku masa umur camtu masih main Bayblade lagi wey. Hak3! Haaa... Dunia-dunia. Hebat sungguh. Aku umur 20 tahun baru ada blog. Selekeh plak tu. What The Shame bro!
Jadi, persoalan utama yang sedang bermain dalam otak aku adalah kenapa majoriti pengguna Facebook guna nama sebenar manakala di Friendster, Tagged dan Myspace diaorang guna nama samaran plak. Aku dulu letak nama sebenar gak kat Facebook tapi sekarang dah tukar nama samaran. hue3!
Comments
sbb tu ramai gune name betol..
igt ak je perasan , upenye kau pon perasan.. ahaha
facebook adalah ciptaan yahudi.
dia boleh detect ko punya info.
Azri,moh kite boikot FB..