Aku Yang Tak Jiwang. Hak3!


Kumpulan Boboy

Tiada lagikah artis berkumpulan yang dipelopori remaja masih bersekolah pada masa kini? Ingat lagikah kita pada zaman dahulu sekitar awal tahun 2000 di mana banyak kumpulan muzik yang diwakili remaja belasan tahun? Kumpulan seperti Newboyz, Q-Face, Boboy dan Antz menyerikan persada muzik tanah air kita dengan lagu-lagu seperti Izinkanlah, Sejarah Mungkin Berulang, Lukamu Lukaku Jua, Norkia, Sebati dan sebagainya. Hehehe.. Bro Fairuz, aku takder niat tersembunyi eh tulis entry kali ni. Saja berkongsi pendapat. Hee..

Bila dilihat keadaan sekarang, jarang kita dengar kumpulan muzik remaja belasan tahun membuat album. Kadang-kadang, bila teringat zaman sekolah dulu, area tahun 2002-2004 rasa rindu menerjah. Hidup aku dihiasi pelbagai genre lagu especially lagu-lagu kumpulan remaja ni. Aku (masa darjah 5,6) dengan adik aku siap beli album Boboy tu beb. Hak3! Lentok abes dengar lagu diaorang masa tu. Nyanyi sikit!

Kuterima semua ini

Sudah kehendak takdir Ilahi
Berakhirlah semua kini
Episod cinta ini...
Menjadi sebuah memori...

Kumpulan nasyid (bertema remaja) juga aku rasa tak terkecuali meletupkan pasaran industri muzik tanah air zaman tu. Contoh macam kumpulan nasyid In-Yeam, UNIC, Mestica dan sebagainya meletup-letup sebab tema nasyid yang mereka bawak bersifat keremajaan. Haha… Orang yang tengah berpacar-pacaran tu kompom senyum sorang-sorang bila dengar lagu Kasih Kekasih, Nur Kasih, Hanya Tuhan Yang Tahu dan Setanggi Syurga. Ceh! Geli sehh! But, aku layan gak. Ahakz!

Oh yer, berbalik kepada tajuk asal, kenapa sekarang dah takder kumpulan muzik remaja belasan/bersekolah ekk? Sekarang aku tengok banyak kumpulan indie jek. Aku layan diaorang punyer muzik tapi rasa macam dah bosan plak sebab selalu dengar. Bro Fairuz? Bila nak buat comeback Q-Face? Ehehehe… Oh yer, semalam aku dengar berita Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia. Al-Fatihah untuk arwah… Baru bulan lepas tengok dia buat show, dah meninggal semalam. Huk!

??? What The Shame?

*gambar gua ambik dari khairilhusni.blogmas.com, liriklagu.com

**mendengar lagu sebegini bukan bermakna aku jiwang. Ala, macam la yang dengar lagu rock metal-metal tu dah kira ganas. Dengar lagu ganas tapi orangnya tak ganas apa jadah? Hehe.. Gurau jek.

Comments

Ala..,lagu2 Boboya ku lnsung x suka la..,aku x tau nape..,lagu kumpulan indie pun sesetengah lagu je aku suka..Klu ikut kmpulan belasan tahu yang aku suka masa tu cuma spin ngan new boyz.,
dulu layan gak band2 nih..
siap hapal lagik..
agaga~
biasa la..
masa tu kan muda remaja~
IMANSHAH said…
Masing2 ada artis kegemaran masing2..semua orang ada kelebihan..hurm , takziah buat keluarga Ustaz Asri...
WaNnY said…
layan waktu skolah rendah je dulu...pastu dah tidak...haha...klaka jek bile ingat balek..
nadrahfihil said…
dulu sy minat new boys... sbb muka tomok cam muka bf sy time tu... hikhik tkde kaitan...

sejarah mungkin berulang.. (sengau2 sket)
hikhik
Anonymous said…
der lagi yg tertinggal..
kump exist time mamat lu..
4u2c..A to Z ngan 2 by 2..
aku dak setahun jagung pun layang gk lagu2 group ni mekipun aku x sempat kenal ngan band2 ni..

lagu2 lama dari 50an hingga 90an pon aku layan gak cuma lagu baru2 skunk ni jer kadang menanah tinger aku dgr..
hahaha
ayisy said…
Ehehehe.. Korang pun layan gak eh.. Huhu.. Tapi aku layan sampai sekarang. Tak tau la napa. Mungkin bila aku dengar lagu daorang, teringat zaman sekolah, tu yang besttt! :)
CZ's thinking. said…
group2 nie memang top gila time dulu..selalunya girls la yg slalu jadi pengikut setia diaorang nie..huhu sampai pengsan la kalu tgk konsert diaorang..hehe aku tak layan sangat group2 nie dulu tapi dgr macam tuh jer la lagu diaorang coz ada la juga yang sedap di dengar..huhu tapi skarang aku memang minat tomok..hahah mgkin suara dia tak macam dulu lagi kot..kuang3x
ayisy said…
betul tu. pompuan la yg minat giler.. aku pun mnat gak.. ehehehe..
misz athiqah said…
giler layan boboy..hehe...
tak2...akak pun layan gak boboy..dulu r..masa si fairus tu wat kumpulan antz tu pun..best gak lagu2 dia..
ayisy said…
Hahaha.. Aku mmg layan lagu sedap tak kire kumpulan apa.. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...