Sekarang....Hidup Aku Down Giler



Ahhh. Start minggu lepas aku rasa down. Dan start entry ni aku malas nak bahasakan diri Ayisy. Rasa tak selesa siot. Sebab tu bukan diri aku sebenar. Aku bukanlah seorang yang sopan sangat dengan membahasakan diri menggunakan kata ganti diri saya, awak, mu, kawan, Ayisy, kami dan sebagainya. Sejak sekolah menengah aku dihidangkan perkataan aku, kau, ko, gua, lu, bro dan brader. Ceh! Aku bukannya budak bandar, asalnya aku cumalah dari sebuah kampung. But, kehidupan dan alam persekolahan aku di bandar bernama Batu Pahat mengubah segalanya. Ingat lagi masa form 1, mak aih... aku rasa semua orang di sekeliling aku ganas-ganas. Budaya hip hop, graffiti, skin head dan punk boleh dikatakan berada di sekeliling aku. Aku mula tengok budak bergaduh depan mata, breakdance dan bertikam lidah. Masuk IPGM, situasi tersebut berubah. Kawan dari pantai timur membahasakan diri demo, kawe, mu dan saya. Utara pulak depa, hang dan sebagainya. Aku? Dari selatan, terselit kat tengah-tengah budak berasal dari tempat itu tadi. Heh! Layan kepala? Bolehlah. Ada yang boleh masuk, ada yang tidak. Dan aku rasa, akulah budak paling jahat kat IPGM. Ahhh! Down!


Oklah, seminggu dua ada beberapa perkara berlaku yang menyebabkan hidup aku rasa down. Bermula dengan spotcheck bilik oleh warden. Walaupun takder berlaku apa-apa tindakan dan rampasan, tapi aku rasa paisey giler. Kemudian, rancangan pergi Pulau Perhentian dengan member sekelas aku terbatal. Bukan sebab rancangan tu batal, tapi aku yang membatalkan diri. Sebabnya? Boleh ke kalau rancangan tu kita dan rakan-rakan yang rancang, tapi ada sesetengah kawan kita tu bawak sekali pensyarah join serta sekumpulan pelajar yang tiada kene mengena dengan aku. WTH? Kalau kau nak bawak pensyarah, baik buat rombongan terus. Sewa bas IPGM, open penyertaan kepada semua pelajar. Potong mood aku betulla. Kan lagi senang kalau kita-kita jek yang pergi. Baru rasa seronok bercuti. Semoga yang pergi tu bergembira lah! Esok aku pergi air terjun lagi. Hahaha! Rempit reramai lagi syok! We Are The Youth! Hati Panas!

Kemudian, satu hari tu blog aku ni dilabel blog perasan bagus oleh seorang blogger. Yup! Kalau betul itu realitinya, aku terima. Kita tak boleh puaskan hati semua orang dan kita juga tidak boleh paksa orang suka dengan diri kita. Tapi, aku nak cakap kat blogger tu, kalau setakat blog lu baru tulis satu entry, pastu nak kutuk blogger-blogger lain, pe jadah lu! Kesian aku tengok blogger-blogger lain jadi mangsa. Aku tak kisah kalau yang mengutuk blog orang lain tu seorang blogger terkenal dan blognyer memang berpengaruh. Ini blog sendiri pun baru satu entry dah nak riuh sekampung. Apepun, aku nak ucapkan terima kasih la kerana blogger tu telah mengingatkan aku supaya jangan terlalu angkuh dan bersederhanalah dalam segala segi. Wa caya sama lu beb!


Minggu ni pulak, aku rasa sedih bila masa main bola tampar, aku main tak menjadi. Asyik fail jek. Ahh.. Lantaklah. Start hari ni, hidup aku dah mula sibuk dengan perbentangan, kerja kursus dan kerja-kerja akademik di IPGM. Masa aku tulis entry ni pun baru balik dari workgroup untuk Bahan Bantu Mengajar. Jam menunjukkan 12.29 malam. Minggu depan dah mula perbentangan. Pastu SBE, BIG. Heh! Itulah realiti kehidupan. Masalah yang datang kita harus kuatkan semangat menyelesaikannya. Hidup umpama roda kata orang-orang kita. Hari ini kita sedih, esok lusa mungkin kita akan gembira. Akhir kata, sory la kalau entry ni takder kena mengena dengan hidup korang tapi kalau ada diantara pembaca entry ni mengalami situasi yang sama dengan aku, cuba sabar dan kuatkan hati melawan dugaan yang menimpa. Cuba selesaikan masalah dengan tenang. Buat pembaca yang rasa tak suka dengan blog ni, aku terima. Sory la kalau wat sakit korang. Kalau yang selesa dengan blog ni, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum.

*entry yang agak emo bagi aku. Takper, esok pergi mandi air terjun. Insyaallah, aku akan kembali cool. :) Doakan aku selamat pergi dan pulang esok. Assalamualaikum!

Comments

Deqna said…
hmm..
deqna ske bace entry kau beb!!
dun worry~

nampaknyer same jer kite wey,, kadang2,bukan nangis sbb becinta ke hape,tapi dgn kerja++++ yg betimbon2..

kan2..

sabar je la ea Ayisy....huhu
adilah md shah said…
salam...laa nape rase down ni...taw x..Allah beri ujian kepada manusia sebab Allah sayangkan kite.. supaya kite ni sentiasa beringat.. jd bangunla dari kisah2 yang buat ayisy down ye... lelaki...kuatla sikit...jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran untuk menjalani kehidupan yang akan datang...ok =)
aZRi aZLaN said…
pesal down ni cikgu?

weh, ko xyah la pikirkan sgt pe yg org kata.

ko pekakkan telinga, bisukan mulut, buat bodoh je dgn pe yg org nk kata. ko adalah diri ko sndiri.

ko menulis sbb nk luahkan perasaan.

dorg xda hak nk sekat2 pe yg ko rasa. lgpn ni blog ko.suka ko la nak wtpe kan?

psl keja yg bnyk tu, jgn tangguh2. dpt trs wat. mcm tu bru xpening pale.

okeh cikgu syami?
Deqna said…
ye!!

sokong kata2 En. Azri!!

jangan mengalahh weyhhhh!!!!!!!!!!
be strOng!!!


=)))))))))))))))
amalina wahida said…
ishh.. habis dilemma sedih lah plak..







*persetankan jer bende2 kecik nih.. jgn bg kita dikuasai emosi..naty semua keje tak jadi.. =))*
nursuhaila said…
kiter mmg x blh nak puaskan aty sumer org
lantak r drg 2 sumer
yang penting kiter blogging ni
bkn nk tunjuk bagus...
ayisy said…
Thanks to semua! Aku dah ok pun. Dah cool wey! Tengok kat chat box, ada bdak sound aku. Tapi tak tunjuk siapa die. Pe jadah lu! Kadang-kadang mmg kita rasa tak mampu nak lwan perasaan sedih, tapi kalau ada orang yg memberi kta semngat, mesti kita boleh hadapinya. Tu pentingnya kawan2. :)

*aku rasa budak yg kutuk aku kat chat box tu mesti kenal aku sbb dia panggil aku syahmi. What the shame! Hua3!!!
Nadiene said…
syahmi,, ilek larr.. aku semangat p on9 jaoh2 nie smate2 nak tengok entry ko,, balek cni jek terus aku p on9.. pedulik jek pe diorang cakap,, meng0ng budak2 tu,, papepon ko tok guru akuu,, jangan d layan orang mereng,, ok??
ayisy said…
huhu.. thanks.. Aku dah orait skrg.. Eh, kau jgn ckp aku tok guru plak. Aku bkan bagus pun.. Siap dah kene kutuk bai.. Heeee... Papepun Daus, teruskan jd blogger. Dan entry kau terbaru tu, aku berdekah tengok nazi bawak motor takder no plat. Giler rempit!

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...