Facebook Dan Persoalannya.



Adehh. Masa entry ni ditulis aku dalam keadaan lepak tersangat. Tadi siang jadi penyibuk kat pertandingan debat ala parlimen peringkat IPGM untuk junior. Walaupun aku AJK tapi jadi tukang menyemak jela, kerja tak buat pun. Hak3! Aku kalau kerja yang tak minat memang jangan harap nak rajin. Petang pulak aku ada perlawan bola tampar antara blok kediaman. Sungguh lepak tapi tetap nak update blog ni ditemani air Livita Honey. Hi3! Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, jangan minum air ni selalu yer, tak baik untuk kesihatan. Lain la Pakcik Ayisy ni yang dah tua dan selalu keletihan akibat tak nak makan sayur yang pahit! Wekkks!

Air Livita Honey aku untuk malam ni. Woi syarikat Livita, bagi la aku komisyen sebab dah promote barang lu. Heh!

Tengah sedap teguk air Livita tu sambil termenung, tiba-tiba dapat satu idea yang berbunyi kenapa pengguna Facebook majoriti guna nama sebenar? Manakala pengguna Friendster, Tagged dan Myspace majoriti guna nama glemer, tipu-tipu atau nama yang takder kena mengena dengan dirinya. Persoalan ni sungguh mencabar kepala hotak aku. Kenapa ekk...?


Benda-benda macam Facebook, Friendster dan Tagged memang dah femes sejak dulu lagi. Aku jek yang kolot masuk IPGM baru tau. Aku tengok budak sekarang maju giler, umur 12, 13 tahun dah ada Friendster. Lagi style budak umur 13 tahun dah ada blog. Walaweh... Aku masa umur camtu masih main Bayblade lagi wey. Hak3! Haaa... Dunia-dunia. Hebat sungguh. Aku umur 20 tahun baru ada blog. Selekeh plak tu. What The Shame bro!

Jadi, persoalan utama yang sedang bermain dalam otak aku adalah kenapa majoriti pengguna Facebook guna nama sebenar manakala di Friendster, Tagged dan Myspace diaorang guna nama samaran plak. Aku dulu letak nama sebenar gak kat Facebook tapi sekarang dah tukar nama samaran. hue3!

Comments

Deqna said…
coz,FB tu ala2 VIP sket,
sbb tu ramai gune name betol..

igt ak je perasan , upenye kau pon perasan.. ahaha
aku pun tak tahu knape aku gune nama sebenar kat facebook.,asal ha..,?????????????
aZRi aZLaN said…
macam yg aku cakap.
facebook adalah ciptaan yahudi.
dia boleh detect ko punya info.
Deqna said…
btol tu..aku sokong Azri..
Azri,moh kite boikot FB..
ayisy said…
Hehehe.. Abis tu pengasas Google pun Yahudi. Ekekke... Bg aku nak guna Facebook bleh tp jgn la melampau2 sampai semua nak share kan.. Hehehe.. Yg penting Facebook menarik trafik utk blog aku. Hi3!!!
CZ's thinking. said…
FB yahudi punya ker?...tapi memang kebanyakkannya guna nama betul(tapi tdk aku..huhu)...betul cakap ayisy boleh guna FB tapi jgn la sampai melampau-lampau..yang bukan-bukan pun dipromotenya..
ayisy said…
Yup! Budak Yahudi yg punyer. Bekas pelajar Harvard kalau tak silap. Kalau boleh kita elakkan kanla drp guna benda2 yg dia buat. Tapi kalau dah terjoin, apa kata korang berdakwah guna benda2 camtu. Dakwah tak semestinya org2 tertentu jek kan? Menyuruh perkara baik pun dikira berdakwah. Kat Friendster ramai member aku yg berdakwah. Baguslah! Huhu

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???