PBS Di SK Wan Ibrahim, Hari Pertama...


Semasa perhimpunan, muka kering jek. Kah3!

Hai! Mungkin minggu ni aku akan update blog dengan cerita PBS(SBE) aku. Kepada insan yang bukan bergelar guru pelatih, meh aku bagitau, PBS dalam bahasa Melayunya bermaksud Pengalaman Berasaskan Sekolah. Ia merupakan satu latihan untuk guru pelatih merasai suasana, sistem pentadbiran dan masalah yang terdapat di sekolah. Masa yang diberi cuma satu minggu. Cukup menyeronokkan bagi yang minat tetapi sangat memeritkan bagi orang yang tidak minat. Aku? Aku biasa-biasa ajek. Ada part yang aku minat, ada part yang aku tak minat. Cara?

Pemilik blog semasa mendaftar di pejabat sekolah. Muka innocent jek. Haktuih!

Cerita pertama, waktu persekolahan di sekolah ini bermula jam 7.40 pagi. Amat berbeza dengan negeri Johor yang sesi persekolahannya bermula jam 7.10 pagi! Walaweh! Bersemangat sungguh orang negeri Johor nih. Hahaha... Whatever lah... Janji kita tak datang lewat ke sekolah kan. Aku bersama 2 orang rakan sekursus dan 3 orang rakan lain kursus merempit dari IPGMKTAA pada pukul 7.10pagi. Sampai-sampai kat sekolah tu ada 3 orang aweks dan sorang bro dari IPGM lain. Haha... Usha? Mana boleh, cikgu tak boleh tunjuk tauladan tak baik pada murid. First impression aku tentang sekolah ini adalah ianya sungguh besar, cantik dan berbukit. Haishh... Part 'bukit' aku tak suka pasal penat beb naik turun. Hahaha.. SMKDBL Batu Pahat takper sebab aku sayang. Muaaccchh!

Hak3! Cam syiaall jek aku macam budak kecik.

Mula-mula, macam biasa la jumpa boss (guru besar) dulu, lepas perkenalkan diri, kami ke tempat perhimpunan. Lepas perhimpunan, kami mula serabut tak tau nak buat apa. Last-last pergi round satu sekolah. Dekat jam 9.30 pagi, kami menuju tempat paling best di sekolah iaitu kantin. Muahaha.. Well, walaupun kami bukan pelajar lagi, tapi tetap makan kat meja murid pasal malu nak masuk tempat makan cikgu. Kah3! Apa yang mengejutkan aku semasa di kantin adalah harga makanan yang sungguh murah (bukan psiko). Kuih sebiji 20 sen, nasi ayam+teh tarik=rm4 sahaja. Nasib baik aku tak bantai nasi lemak murid punyer, kalau tak duit aku habis 30 sen jek. Hak3! Bapak murah! Sadis sungguh keadaan ini. Meleleh air mata weh. Makcik kantin, jom ambik kontrak cafe kat IPGMKTAA, saya janji tiap kali makan mesti pergi cafe makcik. Ngeh3!

Semasa berada di galeri SK Wan Ibrahim. Style yo!

Lepas makan, kami cari bahan kat perpustakaan. Belek sana, belek sini. Kat sini ada galeri yang cukup stylo. Macam-mcam ada, sejarah sekolah, barang antik dan piala. Pameran angkasa pun ada. Smart dan unik. Tahniah aku ucapkan untuk sekolah ni. Paling mengujakan aku adalah 'Puppet". Aku dah macam budak kecik main bendalah ni. Maklumlah, tak pernah jumpa la katakan.

Puas cari bahan kat perpustakaan, kami cari bahan kat prasekolah. Habis di prasekolah, kami round lagi. Tengok-tengok dah jam 1.15. Apa lagi, rempit balik la. Singgah jap 7Eleven kat Kuala Lipis pastu pergi teman 2 member servis motor. Dah, tu jela aku nak cerita untuk hari ni. Esok aku cerita lagi kalau best. Hahaha... Pengajarannya, kalau korang yang kat luar tu teringin nak masuk IPGM atau budak U yang nak ambik KPLI, aku cakap baik tak payah la. Susah jadi cikgu ni. Ko ingat senang ke. Aku dah tengok suasana sebenar camne jadi cikgu dah tahu susah, belum lagi merasa ye tak? Motong sawit atau noreh getah lagi enjoy wa cakap lu.

Comments

Nadiene said…
sekali imbas muke ko macam pelakon yg bername sape nta,, aduii. aku luper r.. huee,, p/s:ko jgn wat muke garing lagi mcm kat skola rejo sari x silap aku,,uhaauh
naz. said…
wakaka. muke ko takde baik lagi!
kekeke..

erk
Precious said…
Welcome to the club. Jaga2 jangan ngorak anak murid, eh! Pelepuk kang!!
skieyn said…
"berhati-hati dengan kebanyakan cikgu sekolah tue.."

sebab dah pernah kena ngn diorg..
ayisy said…
Pelakon? Hahaha...

Eh, kenapa dengan muka aku? Dah macam org jahat ke?

Hahaha.. Takkanlah nak ngorat budak kecik.. :P

Taklah berdebar sangat. Huhuhu..
aZRi aZLaN said…
good luck bro.

dah besar, jgn macam budak2.

hahaha...
CZ's thinking. said…
sound interesting jer kan....huhu tak dpat lagi rasa macm tuh..kikik..
mesti best kan bila stdnt pgl cikgu...huhu
ayisy said…
huhu.. kdg rasa best, kdg2 rasa cam tak layak jek.. :P
cikgu lia said…
semoga jadi cikgu yag sbnr cikgu..pnggiln cikgu dr ank murid amat berat.terpikul satu amanah dan pengharapan..
eiymnajmie said…
nie sekolah rndh aku dolu.nie ak nk buat sbe kat c2 ps raye nie..any advice??

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...