Kerja Sukar Yang Dikatakan Mudah Oleh Masyarakat.



Ingat lagi tak masa kita kecil-kecil dulu? Bila cikgu tanya awak bila dah besar nak jadi apa, aku pun akan menjawab dengan nada bersemangat waja "nak jadi cikgu, polis dan bomba!". Heh! Itu jela modal yang aku ada masa kecil dulu. Sikit-sikit cikgu, polis dan bomba. Takder benda lain dalam kepala hotak aku. Tapi, itulah realiti kita masa kecil-kecil dulu, mana kenal apa itu Sains Komputer, Farmasi, Jurutera dan sebagainya. Apa yang kita nampak setiap hari, itulah yang menjadi cita-cita kita. Right?

Latihan yang dilakukan sebelum jadi guru.

Bak kata orang tua-tua, mulut masin. Haa tu la ko Ayisy, yang ko cakap nak jadi cikgu masa kecil-kecil pehal. Kan dah jadi betul-betul. Heh! Nak wat camne den, sejak azali aku memang dah terbukti kena jadi cikgu. Haktuih! Hehe.. Gurau jek.

Bila disebut pekerjaan bernama guru, pasti masyarakat luar yang takder kena mengena dengan kerja guru akan mengatakan jadi cikgu best! Malah, ada segelintir yang mereng, kutuk-kutuk cikgu tak tentu pasal pastu nak saman. Walaweh... Korang yang cakap camni silap sebenarnya. Meh sini aku terangkan satu persatu. Ni baru sikit... Takper, kang taruk semua korang menangis plak kerana terlalu sebak menghayatinya. Burok bebenor kalau jantan nangis. Gembeng!

Tengok, mana ada beras free. Semua pakai duit bai!

1. Ramai kata kerja cikgu setengah hari dari pagi sampai tengah hari jek. Well, itu cuma waktu mengajar biasa jek, tak termasuk kelas tambahan, mesyuarat, urus kelas, urus murid bermasalah, jadi tukang kutip duit yuran...bla3...

2. Ramai kata kerja cikgu senang, masuk kelas ngajar. Aku nak cakap, sebelum ngajar buat apa? Buat Rancangan Pengajaran Harian adik oiii... Belum Rancangan Pengajaran Mingguan dan Tahunan. Alat Bantu Mengajar lagi? Aku buat satu ABM pun makan 2 hari bai!

3. Ramai kata kerja cikgu rilex. Rilex tengkorak kau. Habis yang tukang settlekan urusan surat menyurat (termasuk surat ajak mak bapak datang sekolah mesyuarat PIBG), penyediaan kertas soalan peperiksaan, buat kertas kerja, jadi guru kelas, guru panitia, latih murid dan hantar murid masuk sukan. What The Time bro...

4. Ramai kata kerja cikgu style. Style? Kemon bro, kalau dah jadi cikgu takkan kau nak dress up Hip Hop, Punk atau street style. Kalau kau dress up jugak, jangan tanya kenapa la bila anak murid kau pakai tali pinggang kepala bling-bling boleh putar.

5. Ramai kata cikgu merungut pasal gaji. Aku tak nafikan. Tapi bro, kita sekarang hidup zaman millenium, mana ada beras free. Cikgu manusia jugak, ada life, anak bini, rumah. Ala, kalau cikgu dahulukan duit buat bayar itu ini kat sekolah ada lu orang kecoh? Bukti macam cikgu aku la, belanja duit macam-macam kat sekolah dan aku sendiri nampak. Dia takder ungkit pun.

6. Ramai kata cikgu sekarang malas. Ala, kalau anak korang sendiri dah malas nak belajar, paham-paham jela.

7. Ramai kata cikgu sekarang tak pandai didik anak murid. Abes, kalau dah baka mak bapak tu memang suwey, nak wat camne ye tak. Ingat, didikan bermula dari rumah. Sekolah tu cuma orang kata perbetulkan mana yang salah.

8. Aku rasa cukuplah tujuh sahaja. Taruk bebanyak kan ada yang tak puas hati plak.

Tali pinggang bling-bling, cikgu-cikgu ada bran pakai camni?

Akhir kata, aku minta maaf andai kata terkasar bahasa. Aku selesa tulis macam ni. Sebab rasa macam tengah cakap dengan member. Kih3! Majulah Cikgu Untuk Negara!

foto credit to:
louisvuittonaddicted.blogspot
wacanasyukur.wordpress.com
greatbosing.blogspot.com

Comments

IMANSHAH said…
nampak macam banyak btol kerje guru kan..memang tak dinafikan dik. Namun, percayalah, kalau kat sekolah, ramai juga guru yang tak macam guru..nanti anda akan ketemukannya..selamat berguru dan menjadi guru
nadrahfihil said…
saya sayang cikgu saya.. ^__^
Deqna said…
huhuiii..

lame sudah ak xjenguk blog kau nii,

aaa..betol3!! aku sokong gile ah pendapat ko!!

majula cikgu untuk negara!!
cayaalaa brO!!
CZ's thinking. said…
cita-cita dari kecik2 sampai sekarang naj jadi cikgu juga..hehe
ayisy said…
hahaha.. thanks Deqna.. :)

Nak jadi cikgu? Kalau kau skrg kat U, abes nanti masuk KPLI. Huhu..
Admin said…
waduhhh~ malu sih..

xreti ngt galop,
yg yg abeh jdik skip,
haha~
Admin said…
love that profile photo!!
tringt tyme dlu2,
i have 1 =)
ayisy said…
Eheh! Gallop jangan tak gallop! Gambar profile? Alahai.. Muka skema giler, masa tu muda lagi la katakan. Heh!
CZ's thinking. said…
mmg cdgnya mnacam tuh ayisy..huhu dh tuo dah nie...
ekosulistio said…
makasih infonya... sangat bermanfaat.. tak tunggu kunjungan baliknya.. thanks

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???