Yahoo! Akhirnya Kau Terima Blog Ini. TQ



Gua tabik sama lu Yahoo! kerana sudi meletakkan blog aku di search enjin lu. Yang baca entry ni mesti ada yang cakap aku kerek ataupun ada yang kata hek eleh baru dapat rank kat Yahoo! dah kecoh. Anyway, walau apepun yang orang cakap, tak salah kan kalau kita berkongsi sesuatu yang aku rasa patut. Bukan semua orang tahu apa itu fungsi dan kelebihan jika blog atau website korang tersenarai di search enjin seperti Google, Yahoo!, AltaVista, Bing dan sebagainya. Yang asler dalam bidang ni aku memang respek korang.

Semenjak aku ada blog, aku suka tengok blog aku diindex oleh search enjin macam Google. Anyway, walaupun blog aku sedikit sebanyak dah tersenarai dalam Google, tetapi masih belum mendapat perhatian Yahoo!. Sedih beb Yahoo! wat dono jek dengan blog aku. Rasa cam nak frust menonggeng jek bila taip nama blog sendiri kat Yahoo! pun tapi masih tak keluar list blog aku. Saban hari aku menanti penuh harap agar Yahoo! mengindex blog aku.

Macam-macam cara aku buat supaya Yahoo! index blog aku. Teknik SEO la, ping, submit url blog dan macam-macam lagi lah. Dan akhirnya, hari ni selepas 6 bulan blog ini lahir di dunia, Si Yahoo! sudi menerima lamaran pinangan aku di search enjinnya. Yes! Huuuhuu…! Mungkin dia lambat sebab jeles aku terima pinangan Google awal-awal dulu kot. Ekeke…!

Alhamdulillah... Tersenarai jugak blog aku kat Yahoo! Bukan main susah nak meminang Yahoo! ni. Huh!

Apa kelebihannya kalau blog kita tersenarai dalam search enjin? Well, semua pemilik blog mestila nak ramai pengunjung datang ke blognya kan kecuali private blog. Apa guna ada blog tapi tiada orang yang baca walaupun sorang kan. Jadi, selain kawan-kawan korang yang baca, apa salahnya tarik pengunjung luar supaya meriah sikit blog korang. Aku ni cakap jek tapi blog sendiri lemau. Aku rasa susah nak tumpukan pada blog semata-mata melainkan aku ni blogger sepenuh masa. Huhu…

Ahah! Ni la keyword yang memakan diri. Mintak-mintak Datuk Pengarah tak taip 'ipgmktaa' kat Google. Dah la link blog aku nombor satu. Mampos aku.

Kadang-kadang, apa yang kita nak kita tak dapat. Tapi yang kita taknak, kita dapat. Perkara macam ni berlaku dalam diri aku. Semalam, bila aku tengok analisis pengunjung blog aku, ada pengunjung yang terjumpa blog aku dengan menaip keyword ‘ipgmktaa’. IPGMKTAA maksudnya Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan. What the hekk? Dah la Google letak link blog aku nombor satu untuk keyword tersebut. Mati aku mati… Sebab kenapa aku tak suka? Sebabnya cuba korang bayangkan kalaulah yang menaip keyword tersebut ialah Pengarah IPGMKTAA aku, takpun orang HEP ataupun paling ngeri pensyarah jabatan teknologi maklumat IPGMKTAA, tak mati aku bila diaorang jumpa blog aku? Silap-silap aku boleh kena tindakan tatatertib secara drastik kerana menulis blog yang ada unsur-unsur mengutuk tempat aku belajar.. Waaaaa….!

Untuk hari semalam ada kemungkinan 5 visitor blog aku guna keyword 'ipgmktaa'. Siapa la insan tu... Kalau korang yang taip, angkat tangan! Jangan bagi aku takut. *sumber daripada Nuffnang.

Pengajarannya, berani tulis berani tanggungla… Ekekeke…!

*kedudukan keputusan carian website atau blog di Google adalah tidak tetap. So, mungkin apa yang aku tulis dalam entry ni berlainan dengan keadaan sebenar. Peace!

Comments

amalina wahida said…
oho.. nak jugak..nak jugak.. nak jugak.. nak jugak.. dalam yahoo!!!!!



*sorry menjerit!! hahahha*
. said…
baguslah.
Nadiene said…
tahniah master,heee.. aku taip name header aku, memang 1st rank kt yahoo, tp kua pe nta,ahhah
ayisy said…
TQ Semua...

Nak jugak? Hehehe...

Fid, Yahoo! mmg susah woo nak dapat... Hampeh tol...
Hahaha.,,Ku phm apa yg ko rasa.,ko bygkn betapa peritnya utk blh tersenarai kat dlm yahoo..sedangkan klu nak ikut populariti,google lagi ok.,tpi yahoo lak lgi susah dri google..Aku pun wat mcm2 cara nak ada dlm seach list kat yahoo.,tapi buat masa ni ni x mndaptkan hasil lagi la..yg pasti aku akn terus berusaha..
Deqna said…
xcited btul ko ea ayisy..

hiks3~
Fairuz Selamat said…
hahaah.. tahniah.!! ehehe.. eh tp mcm ne ek.. mcm fairuz nye.. takde lak wat pape.. tp leh lak nak search kat yahoo
ayisy said…
of coz excited...

bro fairuz, kalau blog popular senang jek ada kat yahoo!.. huhuhu... lagi2 blog artis, takyah wat apa2 pun kompom dah ada kat yahoo or google.. ;)
ayisy said…
to Pejunag Kesenian Extrm... Semoga usaha kau berjaya!!!
SaRa_wo Sensei said…
ermmm....sebentar tadi dah try taip IPGMKTAA..mmg kuar lorhhhh
congrat ayisy...
lepas nie leh tambah
'ruangan ilmiah bersama cikgu ayisy'
hik3....
adilah md shah said…
salam alhamdulillah...blog sy pun setakat ni boleh cari kat yahoo..google of course..searchme n net search engine...tapi selamat dari di"surf" oleh pengarah...hehehe
aZRi aZLaN said…
blog aku juga sudah ada dlm senarai yahoo!

kita geng.

berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

kita 2 bole poyo sekejap.

hahaha
ayisy said…
Tahniah semua! Pasni kita pegi serang yg lain.. Bing ke, Live ke dan sebagainya. Huhuhu.. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???