Saya Anak Malaysia...! Layan Lagu Malaysia yeh...!


Apa sudah jadi dengan lagu Indonesia? Ku sangkakan meletop sampai kiamat rupanya lemau di tengah jalan. Seriously sejak aku sekolah menengah sampai akhir tahun 2008, lagu-lagu Indonesialah yang menghiburkan duka lara sepanjang kehidupanku. Antara artis pertama yang menarik perhatian telinga aku ialah Peterpan. Sebelum tu, bagi aku nyanyi sikit boleh.

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi

Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali

Rasa yang kutinggal mati

Seperti hari kemarin saat semua disini...

Lepas Peterpan, menyusul pula kumpulan Radja, Dewa 19 dan Ratu. Ratu? Yeh!

Aku punya teman...

Teman sepermainan...

Kemana ada dia selalu ada aku..

Hehe. Sampailah sekarang, ada lagi lagu Indonesia yang still aku layan iaitu 'You Say Aku' . Bila dengan jek lagu ni ia membuatkan mood aku bertambah ceria. Apa yang membezakan lagu Indonesia dulu dan sekarang dalam diri aku ialah kalau dulu boleh dikatakan aku langsung tidak mendengar lagu tempatan sebab terlalu asyik dengan lagu Indonesia. But, sekarang aku dah jarang dengar lagu Indonesia. Really?

Dalam pemerhatian aku la, bukan setakat berlaku dalam diri sendiri tetapi aku berani kata masyarakat Malaysia dah kurang layan lagu Indonesia. Betul ke? Ini pendapat aku jela. Cuba tengok carta-carta stesen radio Malaysia, kedudukan teratas dimonopoli artis Malaysia. Walaupun aku dah hampir dua tahun tak layan radio mahupun tv, tapi aku tetap dapat rasakan yang artis Indonesia semakin kurang pengaruh manakala artis Malaysia dah mula tunjuk taring.

Meet Uncle Hussain, Estrange, Bunkface, Yuna, 6ixth Sense dan banyak lagi boleh dikatakan telah berjaya menarik hati peminat muzik tanah air. What happen? Entahlah... Aku sekarang pun tengah layan lagu-lagu artis Malaysia macam ACAB, Mestica, In-Team, UNIC, Yuna dan korang jangan gelak kalau aku kata mamat bernama Ayisy tu layan Q-Face dan Antz. Pedulik apa orang nak kata aku jiwang ke apa. Janji lagu diaorang sedap untuk dilayan telinga aku. Eleh, sibuk cakap orang jiwang, macam la ko tu rempit sangat. Heee...

Adakah kerana sikap sesetengah rakyat Indonesia yang begitu membenci negara Malaysia sehingga menggelar Malaysia sebagai Malingsia menyebabkan rakyat negara kita ini mula menjauhkan diri daripada artis-artis kelahiran negara tersebut? Ataupun memang artis Malaysia semakin superb? Entahla, aku pening duk pikir dilema ni. Hak3! Lagipun, sejak aku belajar kat IPGM, aku mula layan lagu-lagu asli. Proud To Be Malaysian bro! Siapa yang layan lagu asli? Hands Up Please………! Wuu!

Akhir sekali, korang semua tengah layan lagu mana? Indonesia atau Malaysia? Ke tengah dok layan lagu kanak-kanak? Ibu ayam dikejar musang kiok-kiok, anak ayam cari ibunya kiok-kiok.... :P Heh!

*tak salah layan lagu luar tapi supportlah sikit lagu artis Malaysia. Peace!

*jom layan lagu ACAB, Saya Anak Malaysia! Picit link bawah ni.

http://www.imeem.com/shyesya/music/V708BIgb/acab-saya-anak-malaysia-dr-sam-cover/

*selamat menyambut bulan kemerdekaan pastu bulan Ramadhan. Yeh!

Comments

Deqna said…
bagus,smangat ni la yg aku suke..

indie pown giler besh apee..

Zee Avi pon lagik besh,x cayer ko dgr lagu kantoi,bitterheart n honeybee kat utube..

made by zee avi taww..

=)
Admin said…
Aku punya teman
Teman sepermainan
Dimana ada dia selalu ada aku

Dia memang manis
Dan juga baik hati
Dan dia slalu ada waktu
Untuk membantuku

Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia juga katakan
Tuk ingin jadi kekasihku

Cukuplah saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Kutak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra

Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra...

=P
Nadiene said…
jap.. ko kena berdiri dulu nie,,

1 , 2 , 3 mula.....

Allah peliharakan Sultan
Anugrahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur Luaskan kuasa
Menaungkan Kami
Rakyat dipimpini berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

*** teringat pulak aku dulu kat skola naekkan bendera negeri,,**
Fairuz Selamat said…
layan qface .. ahahahaah
makasih.1!
PK said…
Saya anak Malaysia!!!!!
Deqna said…
aku boikot bangla!!'

haha..
ayisy said…
Zee Avi mmg best! Lagu kantoi membuatkan sesiapa yg buat terasa. Hehehe...

Wow! Die nyanyi lagu TTM la Peace!

Yup! Ahaha... Bro Fairuz tak nak buat comeback q-face ke?

Yah! Kita anak Malaysia. :)
saya suke lagu ACAB..
Yang pasal teman tuh..
x hingat pulak tajuk die..
aduh la~

lagu tu sesuai tuk wat video kawan2bile time nak grad..
Fairuz Selamat said…
yeah..
tq dude..!!

comebck?.. insyaallah.. ade rezeki memang nak.. tp kene look seriously la after this..

sbb our industri dah berat kepada lgu org luar..
Diana said…
jgn lupa faizal tahir ngn lydias diery.... haaa tomok pn jgn lupa!!!ahahahahah :P

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???