Meraung Di Lata Meraung Part 3


Nature

Assalamualaikum. Ni part last pasal Lata Meraung yang aku nak cerita kat korang. Dah puas aku meraung kat blog ni. Ceh! Kesimpulan yang boleh dibuat tentang Lata Meraung ialah ianya merupakan sebuah air terjun yang menepati ciri-ciri sebuah air terjun, nature, tiada pencemaran sama ada zahir dan batin dan mampu membuatkan korang tersenyum sendirian selepas pulang dari air terjun ini. Heh!

Kalau korang nak rasa kena hentam dengan air terjun, boleh lepaks kat batu ni.

Jika ada diantara korang yang merasakan dirinya agak sibuk dengan kerja, bosan dengan pelajaran dan mengalami tekanan emosi apakata korang ambil cuti dan pergilah melancong ke tempat-tempat macam ni. Dijamin korang akan happy. Aku dah rasa. Sehari sebelum aku pergi Lata Meraung, aku mengalami keadaan sukar apabila perasaan down menguasai diri. Lepas bergiler-giler'an di Lata Meraung jek, perasaan kegembiraan mula menerjah ke dalam diri aku sehinggalah ia berlarutan sehingga sekarang! Fantastic!

Sedang menikmati keenakan dihentam air terjun. Yeh!

Esok hari minggu kan? Ambillah peluang ini untuk merilekskan diri. Budak Afzan Bikes! Eh? Ada ke pertubuhan haram ni? Ekekeke... Apa citer minggu ni? Takder rempit-rempit lagi ke? Kalau ada, riuh-riuhkanlah yer.

Siap boleh main-main keretapi lagi... Korang bila lagi?

Pratonton pertandingan Mr.IPGM. Aku yang cikeding pun nak masok! Haktuih!

Comments

Deqna said…
ceh!

aq mmg jelous ah ngan trip meraung kat Lata Meraung hg!
bes gila!
wheeee bessnyaaaa~~~

hg suka menjeleskan akuu..

*jeless gila nii..
;PPP
Fairuz Selamat said…
peh bestnye... waaa... aku kalau ade peluang ni.. hari2 aku wat latihan vokal.. latihan vokal ngan air memang adalah antara yg terbaik..bestnye.. hah ko jgn jd ikan duyung sudahhh.. ehehe
ayisy said…
hehehe.. Jangan jeles Deqna. Kat BP ada WetWorld, pergila.Huhu..

Wat latihan vokal dgn air? Aik! Camne tu?
lata meraung???

tmpat mandi mandaku zmn kecik2 dlu..
rndunyer tyme tuh...
ayisy said…
Emm? Wah! Best la kalau camtu. Kecik2 dah dapat mandi air terjun. Hehehe..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???