Melancong Ke Kluang.




Boulevard di Kluang Parade. Hahaha... "I walk a lonely road
The only one that I have ever known
.. Aha..aha..."

Hek eleh, apa pesen kau tulis tajuk camtu Ayisy. Macam la Kluang jauh sangat dengan rumah kau. Hehehe...

Kluang, sebuah bandar di tengah negeri Johor. Masa aku kecik, semasa aku tinggal di Mersing hampir setiap minggu aku lalu bandar Kluang. Dulu, aku suka betul lalu bandar Kluang pasal boleh tengok landasan keretapi. Eceh! Kecik-kecik dulu aku memang mat jakun tengok keretapi. Tapi sekarang bila tengok landasan tu jek rasa nyampah melimpah-ruah dalam hati aku ni. Hahaha... Hari Rabu lepas aku rempitan ke Kluang sebab dah bosan dengan Batu Pahat. Asyik explore B.Pahat jek, tu yang giler pergi Kluang. Naik motor dalam 45 minit jek.



Dalam Kluang Mall yang baru.

Best ke Kluang tu? Heh! Kalau 10 tahun dulu ada apakemendenya kat Kluang tu. Ingat lagi dulu kalau aku lalu Kluang, mesti singgah The Store kat BCB. Beli majalah Anak-anak Sidek dan Along. Hihihi.. Siapa dulu beli majalah tersebut? Yah! Kita sama minat. Tapi hari Rabu lepas, segalanya berubah. Cewah! Boleh dikatakan maju gak Kluang ni. Ada Boulevard kat Kluang Parade. Mak aih tergeliat lidah nak sebut Boulevard. Tapi memang style dowh area Kluang Parade. Aku naik motor keliling situ rasa macam naik motor kat dalam taman Babylon. Pastu ada jejantas macam kat RNR PLUS Ayer Keruh Melaka. Giler gempak.

Heh! Ye ye oh jek aku cerita. But, memang style tempat tu cuma kedai kat dalam mall tu kureng sikit la. Area tepi tu ada bazar Ramadhan tapi aku tengok dah sibuk jual kain baju nak raya. Hak3! Dan yang paling penting, ada sebuah kedai idaman para lelaki yang mementingkan gaya ketika bersukan walaupun kaki bangku macam...macam siapa ekk? Aku? Aku kaki kerusi jela takla bangku sangat, masih mampu tukar gear motor dengan cekap sekali. Hak3! Nama kedai tu Reble Sports. Konsep, harga dan gaya hampir serupa dengan al-Ikhsan. Barang complete bai. Kat B.Pahat aku rasa takder kedai camtu lagi.



Dan akhir sekali untuk menamatkan pengembaraan aku di Kluang, aku singgah Kluang Mall. Masih baru tetapi dah cukup memuaskan hati kaki shopping. Kemudian, hati tergerak nak singgah stesen keretapi Kluang tetapi terpaksa dibatalkan akibat taknak fikir pasal balik Lipis. Hua3! Ok, tu jek laporan akhir rempitan ke Kluang Rabu lepas. Selamat berpuasa sambil bercuti! Bye!

*ok, jom pergi serang Kluang semasa berbelanja untuk raya. Hahaha...
*orang Batu Pahat, Muar, Pontian dan Segamat, apakata korang pergi Kluang, aku jamin best!

*entry ini pertama kali diupdate menggunakan Mozilla Firefox. Cun gak browser ni, patutla femes. Dulu lembab nak mampos kat laptop aku. Sekarang dah laju plak. Berapi-rapi...

Comments

IMANSHAH said…
Suka makan kopi ngan roti bakar Kluang Station
nursuhaila said…
hehehe
memang
kluang lagy besh dary bp
rasenye r...
Along Fina said…
penang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii best... hehehehee
aisha said…
haha..;g best kalo dpt jumpe kluang man gagaga
ballpenmerah said…
xpernh2 aku sampai johor
ayisy said…
imanshah, kau pernah pegi situ eh.. Aku dulu masa mula-mula naik keretapi, selalu singgah kedai tu. sekarang dah jarang sbb ramai sangat orang.. Huhu..

nursuhaila, kamu orang kluang ke? huhuhu...

fina, kamu orang Penang ke?

aisha, kluang man dah bersara dah. hik3!

muiz, kau orang Kelantan eh? Jauh tu nak pergi Johor. Satu hari. Heh!
Along Fina said…
tak la.. aku org shah alam.. cme aku study kat uitm penang.. hehehe

ko penah sampai penang lom?
nora said…
kita pernah berkongsi rasa tentang menyampah ruah pada rail keretapi...

sekarang rasa agak rindu.
sedikit je~
ayisy said…
Oh.. Shah Alam aku pernah pergi, penang belum tapi mak aku pernah. Hehehe..
ayisy said…
alie, hahaha.. aku menyampah sebab lambat giler. kena tunggu berjam-jam.. Huh!
Along Fina said…
ayisy, ko buat la comment window.. senang skit aku nak komen..
ayisy said…
komen windows maksudnya pop up komen? ok, nanti aku tukar eh.. :)
aisha said…
erkk da besara ek keluang man..
ooo ok2... nmpk sgt la da lme x smpai kluang tuh huhu
Along Fina said…
yayh!!! ha.. kan senang skit nak komen... tq kerana mempertimbangkan cdgn aku nieh..
segala macam tempat aku dah sampai kat semenanjung nih. dari perlis sampailah johor. tapi tentang kluang mall, belum lagilah. dah lama tak pergi kluang, dah banyak perubahan yer. just wanna ask mr. ayisy, kat ipgm anda sudah sem brape? sekarang cuti ape yeh? midsem?
ayisy said…
Yup! Kluang dah banyak perubahan. Tak sangka berubah macam sekarang,. Dulu bosan jek.. Huhuhu..
nursuhaila said…
isk..bkn orang kluang or bp
mahupun org johor...
erm stdy dekat ipgm ktho r
so kluang 2 slalo gak jady destinasi jalan2
ayisy said…
Oh.. IPGM KTHO. Kalau aku dok maktab situ, tiap2 hari balik rumah makan free. Hahaha..
Anonymous said…
aku duk kluang dh 14tahun tapi xpenah makan kt station kete api kluang,penah dtg bape kali tp xpenah mkn c2,jakun sgguh aku..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???