Kehidupan Aku Bersama Teknologi Tanpa Wayar.


You’re so beautiful
So damn beautiful
Said you’re so beautiful
So damn beautiful

Dah, stop. Sory la weh hari ni aku tengah layan lagu Akon Ft Dulce Maria yang diberi nama Beautiful. Sedap gak lagu dia. Dulu aku mana layan lagu Akon sebab suara macam buat-buat manja nak tarik perhatian. Gediks seh dengar, siyes. Haha...

Tengah sedap layan lagu sambil togak air sirap free cikgu kpli belanja tadi, tiba-tiba aku dapat idea nak cerita pasal wireless. Wireless kalau dalam bahasa ibunda dan ayahanda kita bermaksud tanpa wayar. Kalau tengok sejarah hidup aku, aku mula kenal teknologi wireless semenjak ayah aku beli televisyen Panasonic 14 inci berserta alat kawalan jauh tanpa wayar. Peh! Teruja bai dapat tengok tv ada 'kontrol'. Boleh tukar channel tanpa picit-picit butang kat tv. Heh! Pastu main 'kontrol' tv tu, halakan sensornya di dinding pastu tengok ia masih berfungsi menukar channel walaupun tak dihalakan ke tv. Wah! Hebat! Tepuk tangan..!


Kemudiannya, kereta kawalan jauh. Siyes meroyan kalau pergi mall, lalu kat bahagian permainan kanak-kanak, hati meronta-ronta ingin dibelikan mainan. Pergi mall tak fikir benda lain dah, fikir mainan jek. Bila ternampak bahagian permainan tu, hati aku seronok tak terkata, syahdu beb bila teringat kembali. Cam nak nangis plak. Kereta kawalan jauh pertama dalam genggaman aku ialah sebuah kereta seakan Ferrari berharga RM19. Hanya boleh bergerak ke depan dan belakang. Tapi sudah cukup untuk menggembirakan hati aku ketika itu. Setiap saat, minit dan jam aku duk memerhatikan/belek kereta tersebut. Sayang! Last-last kereta tu rosak sebab adik pompuan aku cabut antena kereta tu, terus jahanam. Huh!


Bila dah besar sikit, mula layan radio. Eh, radio boleh dikategorikan wireless ke? Lantak! Walkman pertama aku beli di pasar lambak berharga RM10 jek. Jenama Palito, comel jek cam kotak rokok. Tapi signal memang hampeh yang amat. Sok sek sok sek jek. Tapi dah cukup buat aku jakun. Heh! Darjah 6, beli walkman kaset jenama Sony yang paling murah tu. Besar beb sebab boleh play kaset. Sekarang ada lagi kat dalam laci rumah. Hahaha.. Kalau aku bawak pergi kampus kompom kena nganjing dengan budak-budak. Pe barang pakai walkman kaset! Sekarang MP3 paling koman la.

Hah! Ni la walkman Sony aku dulu. Tapi aku punyer warna hitam...

Habis sekolah, pakai handphone. Handphone brand Nokia 6320i. Masih dipakai sampai sekarang. Sayang weh... Teknologi wireless yang ada adalah infra merah dan gigi biru. Dengan gigi biru, anda boleh bertukar lagu, gambar, video dan fail dengan gajet lain secara mudah dan pantas. Well, masa tu taklah jakun sangat sebab dah besar. Dah tak heran dengan teknologi. Agaknya kalau ada teknologi wireless boleh hidu bau ketiak orang pun aku tak heran. Ahaks!

Sehingga sekarang, aku ada laptop. Masih belum ada pengalaman guna mouse wireless. Nak beli mahal weh. Baik beli modem broadband, boleh surf internet ekk. Aku tengah dok fikir ni, camne segala dokumen, fail, gambar dan video boleh ditransfer guna internet melalui internet tanpa wayar. Korang bayangkan, contoh la, kawan aku Si J menghantar lagu melalui internet tanpa wayar kepada aku, camne lagu tu boleh sampai kat aku. Lagu tu terbang kat udara ke? Korang nampak ke lagu tu masuk dalam modem broadband tu? Cuba download satu fail apa-apa, pastu tenung modem broadband korang, nampak apa-apa tak? Kalau korang nampak sebarang gelombang/jisim/zarah semasa fail itu didownload, bagitau aku eh?

Kah3! Menda la aku ngarut ni. Korang jangan la buat betul-betul. Kang tak pasal-pasal mereng. Orait, korang pernah dengar pasal satu teknolgi di mana arus elektrik (karen) boleh disalurkan secara tanpa wayar. Giler style. Mesti best kan kalau dapat guna laptop tanpa pakai wayar(charger) yang berselira tu takpun cas handphone dari jauh jek. Tak payah susah-susah betulkan belitan wayar semasa mahu menggunakannya. Huhuhu.. Bila la teknologi tu nak di komersialkan. Awak nak tahu tentang teknologi ni dengan lebih lanjut? Boleh baca website ni kalau nak ehh? http://news.bbc.co.uk/2/hi/technology/8165928.stm

Ok, itu jek aku nak cerita. Esok kalau ada masa, aku cerita pasal PBS. Hari ni ada benda best berlaku semasa aku PBS. Tapi gambar dan segala bahan bukti belum sampai di tangan aku. Take care korang, babai!

*gambar gua ambil dari shop.jimbeam.com.au, abc.net.au

Comments

ishiko said…
ahaks...wlkman kte cm sme jew...versyen dlu2...stil de lam laci gk ~
ayisy said…
hehehe.. sama ehh? bila tengok walkman tu, teringat zaman muda2 dulu.. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???